Pages

Tuesday, January 13, 2009

Assalamualaykum dan salam sejahtera

Terpanggil untuk memberi pandangan..sekadar pandangan dari seorang saudara yang masih ada secebis simpati terhadap nasib saudaranya

Kehilangan kerja dan susutnya pendapatan tika masih bernafas di bumi yang tidak dihujani peluru dan bedilan mortar bukan bermakna telah terputusnya harapan untuk terus hidup..Lagikan ulat di celah batu mampu meneruskan kehidupan apatah lagi kita di bumi malaysia yang aman dan damai.Kita masih mampu untuk mencari rezeki Allah yang Maha luas namun mereka tidak mampu untuk mendiamkan tangisan dan jeritan anak-anak kecil yang ketakutan lantaran dentuman bedilan dan peluru yang bersilih ganti.

Boikot hanyalah secebis usaha yang mampu kita laksanakan bersama untuk memastikan kelangsungan hidup saudara kita di semenanjung Gaza.Janganlah hanya mampu mengeluh sedang di sana masih ada ruang untuk kita bertindak bersama.

Kekuatan terbesar ekonomi Negara Israel terletak pada rangkaian perniagaan yang sebahagian besar kuasa membelinya adalah kita ummat Islam.Jika difikirkan secara mendalam..sanggupka h kita memberi setiap sen yang dibelanjakan di mana keuntungan tersebut menjana ekonomi untuk membunuh saudara kita.Bayangkan andai pembunuhan itu terjadi pada keluarga kita..Jangan hanya mulut dan bibir sahaja meluahkan simpati terhadap penderitaan mereka namun tangan-tangan kita masih mampu menghulurkan dana untuk mendera dan menyiksa saudara sendiri..

Sebagai pengakhir pandangan.. memetik kata-kata seorang idola saya..

Boikot bukanlah idea sampah.

Biar pun ramai yang sinis dengan idea boikot ini, halaman web Israeli Products . Com (http://www. israeliproducts. com/) boleh menjadi salah satu jendela untuk kita menjenguk reaksi regim Zionis terhadap kempen boikot yang berlangsung di seluruh dunia.
There is suffering and crushing poverty in much of Israel today. Self defense is expensive. Rebuilding war-ravaged lives, homes and businesses requires support. Most social services have been reduced drastically. Over 1.5 million people in Israel live below the poverty line. One in every three Israeli children is growing up poor- without enough food, without dental care, or shoes that fit. This store is our small attempt to make a difference. Our goal is to make high quality Israeli products easier to find and purchase for U.S. consumers. We urge our customers to support both America and Israel by purchasing MADE IN U.S.A. and MADE IN ISRAEL products whenever possible.
Sebelum jatuh simpati kepada gigi dan kasut anak-anak mereka, fikirkan pula apa yang sedang dihadapi oleh anak-anak saudara kita di luar tembok tinggi mereka.
Boikot jangan dipandang sampah..

Sekadar berkongsi pandangan
Isobel street bentley

Friday, January 9, 2009

Secebis luahan rasa

Kesejukkan yang mencengkam seluruh jasad disebabkan penyaman udara yang dipasang sepanjang malam menyedarkan aku dari lena yang nyenyak di hujung minggu.Biasanya aku terjaga di tengah malam lantas memadamkan penyaman udara dari terus bekerja sepanjang malam. Barangkali mind-setting untuk berehat seketika di malam minggu menyebabkan otak tak bekerja untuk mengarah tubuhku bangkit di tengah malam. Pantas mataku menjeling ke arah jam. Ahhh..hampir jam 6 pagi..kelam kabutku mengejutkan anak-anak yang masih lena untuk menunaikan tanggungjawab muslim terhadap PenciptaNya di waktu subuh.Alhamdulillah..mereka tidak banyak kerenah walaupun si adik harus dikejut berulang kali.

Kedatangan hujung minggu memang dinanti-nantikan lantaran seminggu hari-hari biasa penat mengisi aktiviti yang tak pernah berpenghujung. Letih tidak tergambar hanya hayunan langkah lesu terus maju setapak demi selangkah .Itulah harga sebuah kehidupan yang nyata perlu diteruskan. Segala cabaran harus dianggap penjana kekuatan dan pemankin kejayaan.
Kepalaku ligat berpusing meneroka sebarang idea untuk menceriakan waktu-waktu istimewa sebegini.Pastinya aku tak mahu mensia-siakan nikmat lapang waktu yang Allah kurniakan.Sebolehnya ingin kuisikan dengan sesuatu sekurang-kurangnya memberi natijah keharmonian kepada rumahtangga dan keluarga tercinta.

Tanganku pantas memaut dahan pintu pantry..mata melilau melihat bahan-bahan mentah yang ada di dalam..sementara otak ligat bekerja merumus resepi yang bersesuaian.Emmm...LAKSAM!!! Sudah lama kami sekeluarga tidak merasa masakan Pantai Timur ini. Bukan aku tidak mahu memasaknya..namun setiap kali bibirku meluahkan hasrat KEke arah itu..pastinya suamiku menghalang. Walaupun dia sendiri menggemarinya, namun dia tidak mahu memenatkan aku yang sudah kepenatan.maklumlah..hidup dirantauan segalanya perlu di buat sendiri..begitu juga proses memasak laksam yang agak memakan masa dan memaksa ku berdiri sehingga segalanya selesai.

Ku kuatkan semangat di hujung minggu.Alhamdulillah..LAKSAMKU berjaya juga di masak. Ia menjadi juadah sarapan pagi kami di pagi Sabtu. Suami,anak-anak dan adik lelaki yang tinggal bersama kami menjamu dengan selera. Aku tersenyum puas..Alhamdulillah atas kurniaan ilham dan idea di pagi minggu.

Ku capai lap top yang berada di tepi sofa. Jari jemariku menari menekan keypad mencari berita dalam dan luar negeri.Tidak puas rasanya melalui hari-hari tanpa mengetahui perkembangan terkini dan semasa. Walaupun kekadang hatiku bagai dijerut kuat,disiat ngilu bila menatap keperitan dan penderitaan saudara seaqidah dan seagama diperlaku bagai tiada harga diri dan maruah, namun untuk membiarkan hari berlalu tanpa mengikuti perkembangan mereka ternyata lebih memenatkan akal yang tertanya-tanya.Baru semalam rasanya hatiku berbunga bangga tika perkhabaran wira Muntazer al-Zaidy melontar penghinaan yang dasyat kepada pemimpin laknatullah itu.Walaupun balingan sepasang kasut itu dianggap hanya sekadar lontaran sepasang kasut yang tidak mengena sasaran oleh pemimpin berhati kejam itu namun ia tetap satu penghinaan untuknya yang akan terus di kenang di sepanjang sejarah tamadun manusia.

Mengikuti berita penderitaan ummat Islam Palestine melalui media tempatan tika berada di bumi Australia ini begitu menguji kesabaran. Paparan berita yang begitu bias dan tidak adil amat menyakitkan hati.Melihat gambar si kecil hanya memegang lastik buatan sendiri di muka depan akhbar digambarkan sebagai "young militant boy" membuatkan hatiku terkedu..benci, marah dan dendam membuak-buak..Seketika hatiku berbisik"kenapa mesti mengharap secebis simpati dari mereka untuk menyebelahi Islam sedangkan mereka juga dalang di sebalik penderitaan ummat Palestine?"

Fikiranku terganggu..Islam di serang dari segenap penjuru. Dari titisan darah yang membasahi bumi, jeritan,tangisan, ratapan dan airmata menjadi saksi segala keperitan lantaran fizikal yang disakiti. Semua menjadi bukti penindasan hanya kerana benci dan dendam terhadap agama Ilahi. Nun jauh di sana..barangkali ramai yang tidak menyedari meskipun diri sendiri bergelar muslim. Ummat ini juga sedang diracuni di segenap urat saraf dan nadi yang bergerak. Bisanya racun itu mampu melenyapkan segala keberanian yang pernah digeruni pihak lawan suatu waktu dulu. Natijahnya mata-mata muslim di seluruh dunia hanya mampu melihat, bibir mereka hanya diam membisu dan anggota tangan mereka bagaikan terkunci oleh jeriji yang maha berat.

Benar...di sana ada pemimpin negara yang bagaikan wira lantang bersuara seolah mendesak agar dunia bertindak sesuatu untuk menghalang kekejaman fizikal oleh Israel laknatullah. Namun suara yang sama itulah melaungkan Happy New Year dan Selamat Tahun Baru, meraikan satu pesta yang terang dan nyata menjadi jarum halus merosakkan nilai akhlak muda-mudi harapan agama dan bangsa.Sudah terang lagi tersuluh berbagai masalah sosial semakin membarah lantaran aqidah dan agama bukan menjadi pemankin setiap tindakan.Samada tidak disedari atau sengaja tidak mahu menyedari..itulah realiti pemimpin yang hatinya telah malap untuk melihat bahaya racun senyap pemusnah akhlak dan pelenyap keperwiraan yang lebih berbisa dari hujanan peluru dan bedilan mortar..Itulah penangan serangan racun yang melemahkan akhak dan kekuatan keperibadian muslim..


Luahan hati...
Aminah munirah
Isobel street Bentley

Thursday, January 1, 2009

Summer 2008




Keriuhan anak-anakku di luar mengejutkan aku dari terlena. Kalau ikutkan hati mahunya aku terus melayan mata yang mengantuk lantaran keletihan berendam dalam swimming pool hampir tiga jam. Bak kata teman "kak tie sekeluarga nampaknya dah addicted dengan air ni". Apa pun itulah penangan summer kat bumi Perth. Hari-hari yang dilalui sepanjang Disember ini 40 degree dan kadang-kadang mencecah 42c.

(Along dan adik bersama ammah hamidah ketika di malaysia on holiday 2008)
Jam 7 pagi matahari sudah agak terik bagaikan pukul 10 pagi di Malaysia. Kulitku akan gatal bila terkena panahan cahaya matahari jika tidak dialas dengan sunscreen atau sunblock. Di waktu begini kerinduan pada winter seakan menggamit hati..alahai hati..tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.




Melayan kerenah anak-anak memang agak meletihkan,lebih-lebih lagi di usia begini. Menghampiri usia 11 dan 9 tahun, mendidik mereka memerlukan kecekalan dan kesabaran yang bukan sedikit. Di waktu mereka di bawah umur tujuh tahun setiap teguran hanya memerlukan sedikit alasan dan sebab lantas mereka akan mengangguk mengiyakan. Namun mencipta alasan dan sebab di usia mereka kini memerlukan aku dan abinya bijak mengatur kata. Mereka sudah mampu berfikir di mana kewajaran dan logiknya umi dan abinya mencipta sebab. Kalau anak-anak di zaman dahulu..sudah tentu sikap ini dianggap biadap dan kurang ajar.Namun bila kufikirkan, tiada bibit-bibit biadap yang lahir dari pertanyaan dan persoalan itu hanya lontaran pertanyaan yang tulus terbit dari lubuk hati kecil mereka. Aku tidak fikir bahawa sewajarnya aku memaksa mereka berdiam diri dari bersuara..Setidak-tidaknya aku sebagai ibu mampu mengambil kesempatan itu untuk berinteraksi dengan mereka secara matang.Alhamdulillah.. Kekadang aku tersenyum dalam hati..sengaja menyembunyikan rasa bangga mendengar kepetahan hujjah kecil mereka yang agak bernas .Ada ketikanya membuatkan ku terdiam.




Semua ini membuatkan ku insaf..bukan senang untuk mendidik anak menjadi insan beriman yang intelek dan kreatif.Tersilap mendidik menjadikan anak yang telah dibekalkan Ilahi dengan anugerah akal yang baik akan membesar menjadi insan statik dan reaktif. Sudah tentu anak-anak sebegini tidak mampu untuk menghadapi cabaran di zaman mereka walaupun cemerlang dalam pendidikan.




Semoga Allah menunjukkan jalan terbaik buat kami dalam mendidik mereka.




Yang Mencari redhaMU




Isobel street