Pages

Wednesday, May 14, 2008

Jauh Dari Mata Insan

(Buat diri ini dan juga untuk adik-adik yang sering ditemui saban minggu..Jumaat malam Sabtu sentiasa dirindu)

Bagi insan itu...Sekali terkenang dia jauh di negeri orang..
Tanpa orang tua dan sanak saudara..
Terasa seolah diri keseorangan di alam dunia..
Tiada bahu untuk berpaut..tiada tangan untuk menuntun..
Tiada teman untuk mengadu..
Jiwanya menjerit..meronta..perlunya dia pada manusia..
Tangisannya tak jua reda..
Hanya kerana dia mengemis secebis ihsan sesama manusia..

Bagi insan itu...
Bila menyedari diri jauh di negeri orang..
Tiada orang tua..tanpa sanak saudara..
Terasa bagai tiada mata yang menjaga..
Hati menjerit riang..nafsu menggelegak gembira..
Syaitan menjadi teman..
Lantas diri hanyut di bawa arus..
Hanya kerana menyangka..dirinya bebas jauh dari mata manusia..

Bagi insan itu..
Tika menyedari diri jauh di negeri orang..
Tanpa orang tua..tiada sanak saudara jua tiada teman..
Namun matanya tak menangis..hatinya tak merintih..
Semangatnya makin kental..langkahnya makin teratur..
Dibajainya iman..lantas suburnya taqwa..
Hanya kerana jiwanya berkata...Aku masih ada TUHAN..

Kak tie
dianella

No comments: