Pages

Sunday, March 30, 2008

Kasih Ummi


Udara awal pagi yang segar membangkitkan ketenangan yang sukar diungkap oleh kata-kata.Perasaan halus menyelinap meresapi segenap urat darah menikam sudut hati..Hujan renyai-renyai yang turun seolah-olah menyambut kedatangan musim luruh menambah nyamannya suasana pagi.

Keriuhan anak-anakku membangkitkan suasana seakan memecah keheningan.Selesai solat subuh, masing-masing sibuk menguruskan diri membuat persiapan untuk ke sekolah.Sesekali suaraku bising mengatur pergerakan mereka agar tersusun.Al-maklum kanak-kanak kecil seusia mereka perlukan bimbingan. Andai terleka segala rutin yang harus dilaksanakan setiap pagi terpinggir.Membekalkan diri dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran merupakan kemestian yang wajib mereka laksanakan setiap pagi. Itulah yang pernah diasuh oleh bapaku sewaktu kami kecil lagi.Dan itulah juga yang kutemui menjadi amalan dirumah mertuaku sewaktu langkahan pertama kakiku ke rumah itu setelah diijabkabulkan.


Biar pun hanya seayat dua cuma,namun aku mengharapkan keberkatannya mampu menjadi benteng buat mereka sepanjang hari. Bayangkan indahnya jika lautan ilmu yang terbentang luas di hari itu sedia menunggu untuk meresapi akal fikiran dan hati kecil mereka dek kerana keberkatan al-Quran yang dibaca setiap awal pagi.Sebagai seorang ibu, sedaya upaya kucuba terapkan apa sahaja yang terbaik untuk mereka.


Selesai membaca al-Quran,seakan tahu kewajipan mereka,tangan-tangan kecil itu menarik buku-buku fakta yang tersusun di atas rak di ruang tamu. Aku sengaja meletakkan buku-buku tersebut di situ agar mudah dilihat mereka. Bukan senang untuk menanam sikap suka membaca dalam diri anak-anak,kalau tidak kita ibu bapa berusaha untuk membentuknya. Aku tidak kisah mulutku letih menyuruh mereka membaca tatkala kuperhatikan ada antara mereka seakan liat untuk membelek buku.Kadang aku sengaja menunjuk-nunjuk,memberitahu mereka beberapa fakta yang menarik yang kufikirkan pastinya mereka taajub. Helahku menjadi...tanpa kusuruh, tubuh-tubuh kecil itu berpaling ke arah buku. Alhamdulillah...syukur pada Allah. Biarpun sekadar 15 minit setiap pagi sebelum kaki melangkah ke sekolah,namun bagiku,itu sudah cukup untuk meransang minda mereka sukakan ilmu dan maklumat. Aku cuba gunakan kesempatan kesegaran fikiran di awal pagi agar semua maklumat yang diperolehi tersemat kukuh di ingatan mereka.


Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah di atas kekuatan yang diberikan.Dengan izinNya jua aku mendapat tindakbalas yang amat membanggakan dari guru-guru mereka. Anak-anakku menunjukkan prestasi yang cukup baik di sekolah. Saban penggal anugarah award yang diperolehi menjadi pembangkit semangat mereka untuk menjadi yang terbaik. Malah ada guru yang menjadikan anakku contoh kerana sikap berani memberi idea dan membekal maklumat baru untuk dikongsi bersama ketika perbincangan di kelas telah disebut ketika perjumpaan ibubapa. Semua itu rezeki dari yang Esa. Namun sebagai insan aku sedar, kita disuruh untuk berusaha dan tidak hanya berharap rezeki turun dari langit. Kita mencuba...mengikut setiap langkah yang diajar ...menuruti setiap pengalaman silam yang terbukti berguna dan berkesan...kita berdoa dan selebihnya kita bertawakkal pada Yang Esa.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Allah juga maha adil..Kasih sayang dan adilnya Allah semestinya menjadikan doa dan rintihan kita mungkin diberi perhatian olehNYA.




TerimaKasih TUHAN

Yang mengharap menjadi ibu cemerlang

Dianella,Perth




sekadar mengingatkan diri sendiri

Dalam mengharungi liku-liku hidup,kita cuba redahi segala rintangan, jatuh bangunnya kita jangan fikir itu keupayaan sendiri. Saat kita diuji,mungkin hati akan mengiyakan...benar ini semua datangnya dari Tuhan, justeru pertolonganMU kudambakan. Namun bila saat itu berlalu..gelak tawa hadir mewarnai kehidupan...mungkin di kala itu bisikan nafsu berkata...aghhh...kalau bukan aku yang...bicara itu sememangnya racun yang akan mengikis dan merobek iman yang cuba ditanam selama ini. Sedikit demi sedikit ikatan iman itu terungkai dek kerana kealpaan kita. Kebimbangan Rasulullah terhadap Ummatnya di kala mereka diuji dengan kesenangan melebihi kebimbangan beliau jika ummatnya diuji dengan kesusahan.

Justeru.. dalam meniti kehidupan,wajar rasanya ketelitian dan waspada menjadi rencah dalam setiap tindakan. Biar akal berkata pada hati dalam setiap tindak yang dibentuk. Bukan hati yang mengawal setiap tanduk bagaikan raja yang lupa Tuhan yang lebih berkuasa.



Saturday, March 29, 2008

My beloved family



Hajat hati nak pergi Pinggu Island..Tapi tak kesampaian..Tak perasan pulak selama ni around that time ia tak bukak pasal breeding time..Tak apalah..paling kurang boleh tengok scene yang menarik..laut terbentang meluas dengan langit membiru.

a Gift Of Allah


Kasih ummi dan abi pada kalian berdua tidak berbelah bagi. Doa ummi dan abi untuk kalian tetap tersemat di hati. Harapan kami moga kalian menjadi muslim sejati. Moga mampu membawa sinar Ilahi ke pelusuk bumi.

Insan

Has there not been over man a period of time,when he was not a thing worth mentioning?

Verily,We have created man from nutfah(drops) of mixed semen ( sexual discharged of man and woman), in order to try him, so We made him hearer and seer.

Verily,We showed him the way,whether he be grateful or ungrateful.

(al-Insan: 76:1-3)

perth 2008