Pages

Friday, July 9, 2010

aku dan dia 2

Ti..awak seorang Muslim? Ti..kenapa awak tutup kepala awak? Ti..kenapa awak tidak seperti mereka? Segenap pertanyaan itu cuba kujawab secara jujur dan berhemah. Aku mengerti kehadiran ku di tengah-tengah kelompok mereka barangkali satu kesempatan untuk mereka mencari jawapan untuk setiap pertanyaan yang bersarang dalam benak mereka. Setengah mereka tidak pernah berpeluang bertemu seorang muslim apatah lagi mejadikan muslim sebagai seorang kawan.

Ti..awak nampak sungguh gembira.." Seorang kawan menegurku ketika berjalan menuju ke kelas setelah 10 minit break time berlalu." Oo ye ke..apa maksud awak?" Aku membalas." yelah..awak seorang Muslim..awak menutup kepala awak tapi awak tetap ceria.""Dia menjelaskan pertanyaanku." Saya ada kawan..dia kristian seperti saya,tapi setelah dia berkahwin dengan seorang bishop dia terpaksa menutup kepalanya..dan saya tahu dia tidak bahagia dipaksa berpakaian seperti itu."Panjang pula dia bercerita kepadaku."Urm..saya tidak memandang pakaian saya sebagai penghalang untuk mencari bahagia.Malah saya gembira menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim yang memerlukan saya menutup kepala.Saya masih boleh berkawan dengan awak dan bersama dengan rakan2 kolej yang lain dan awak semua menerima saya." Aku cuba memberi respon pada cerita dia.

" Saya tahu awak berbeza Ti..Awak tidak pernah menjauhi kami malah bersama kami. Saya sendiri selesa bercerita dengan awak.Saya tahu ramai orang Islam menganggap mereka lebih baik lalu mereka memburukkan kami tapi kenapa mereka datang ke negara kami.Kalau mereka terasa baik sangat..duduk sahajalah di negara mereka dan jangan datang ke sini." Seorang rakan yang lain mencelah..Aku faham maksud di sebalik kata-kata mereka itu. Aku arif..kata-kata pedas itu di tujukan kepada rakan muslim dari Timur Tengah yang hidup dalam kelompok mereka sahaja."Hehehe." Aku gelak kecil.."Carlos..bagi saya..kita semua manusia..kita tak de hak untuk menghukum orang.. kalau saya bersikap menghukum..saya mungkin tak tegur awak sebab saya anggap awak mungkin tak mahu berkawan dengan perempuan muslim bertudung macam saya." Dia memandang aku" Awak tak tegur saya pun malah saya yang menegur awak dulu kan..Kenapa awak tak tegur saya?Barangkali kalau saya tak tegur awak mungkin kita tak akan bertegur sapa apatah lagi berkawan..walaupun kita sama kelas.." Dia tersenyum..mungkin faham maksud di sebalik kata-kataku.." Dan saya fikir..mereka pun berfikir macam itu jugak...akhirnya takut untuk memulakan perkenalan dengan awak semua." "Ti..boley saya tanya awak something?'' "Apa dia?" Pantas aku menjawab" Betulkah Islam menghalalkan poligami? Bukankah itu satu penganiaan??" "Ya..betul. Agama saya menghalalkan poligami..Tapi Carlos..bukan bermakna semudah itu semua lelaki boleh mengamalkannya. Kalau dia tak mampu berlaku adil dan tidak mempunyai financial support yang baik dia strongly forbidden untuk berpoligami.Tapi kalau dia mampu..secara logiknya kenapa kita menghalang." Dia tersenyum..lalu aku menmbah lagi"Awak seorang lelaki..jujurnya saya ingin bertanya awak..andai awak ada keinginan untuk mencari perempuan yang lain atas apa sahaja reason perlu dan relevan yang hadir dan awak seorang yang kaya. Mungkinkah awak tetap bersama dengan isteri awak atau awak curang..Saya tak yakin awak akan terus setia sedang naluri awak berkata-kata kan..." Lelaki ini terdiam.."Dalam agama kami..ada penyelesaian..tiada salahnya awak beristeri lagi..Perempuan lain hadir dalam hidup awak sebagai isteri dalam keadaan cukup terhormat dan awak menyedari tenggungjawab awak sebagai suami.Mana yang lebih baik...status isteri yang cukup terhormat dengan gelaran perempuan simpanan yang nasibnya tidak pernah terjamin." "Tapi saya rasa satu sudah cukup bagi saya..satu pun mungkin tidak terjaga apatah lagi ramai" Dia membalas bicaraku." Baguslah awak..beruntung bakal isteri awak.."Aku cuba bergurau.."Tapi awak jangan lupa..Ini penyelesaian dalam agama kami bagi yang mempunyai sebab tertentu..paling kurang Islam ada solution untuk masalah ini.." Dia tersenyum...
Kalau tidak kerana masa yang terbatas barangkali banyak lagi persoalan yang ingin dia tanyakan padaku..

Ku kira inilah harga yang harus ku bayar berada di tengah-tengah mereka..melayan setiap pertanyaan yang hadir silih berganti..Semoga Allah kurniakan aku kekuatan dan cahaya ilham yang penuh hikmahnya.

Aku dan dia..


Merenungi wajah-wajah yang hadir di sekelilingku mengundang rasa bersalah yang sarat di hati.Kemesraan dan kejujuran dalam jalinan persahabatan yang terukir antara kami menambah beban di hati. Mereka terlalu baik..dan tiada bezanya pada sifat manusiawi..Sejujurnya itulah hakikat manusia..fitrahnya terlalu suci dan murni.. Hanya kadang kelahiran di tengah kemelut dan debu nafsu dan kerakusan hati menyebabkan buta pandangan untuk mencari siapa Pencipta..

"Saya tak sabar nak ke gereja Ahad nih..?" Dia bersuara."Kenapa?"Cepat sekali soalan ku kali ini..Memang tak kunafikan apa sahaja topik keagamaan yang singgah di telinga cukup untuk memikat minatku."Sebenarnya saya suka dengan seorang lelaki..dia selalu ke gereja..urm..so hari Ahad ni mungkin saya dapat jumpa dia kalau saya ke gereja.""Pantas dia menjawab soalanku."Awak selalu ke gereja?" "Setiap Ahad dan Jumaat saya tidak pernah lupa untuk ke sana.." Dia bangga membalas pertanyaanku.Aku memandang dia..rupanya dia kuat agama..tipical anglican memang agak patuh tidak seperti khatolik yang kristian hanya pada nama."Urmm..saya rasa awak bukan panganut khatolik kan..Awak mungkin protestan atau dalam pengenalan yang lain awak penganut Anglican."Dia memandang wajahku.."Maaf Ti..saya sebenarnya tidak tahu exactly mazhab saya dalam bahasa Inggeris cuma kami tidak meyembah Jesus..kami hanya percaya bahawa Jesus itu anak Tuhan..kami juga percaya Maria itu ibu Jesus tapi kami tidak menyembahnya seperti kepercayaan Khatolik."

Saat-saat seperti inilah sering kutunggu-tunggu.Kadang-kadang sengaja aku mencetuskan perbualan bersifat keagamaan agar boleh ku selit perbincangan ketuhanan.Aku tahu kunci pintu hidayah itu pada Ilahi namun tanggungjawab menyuluh arah pintu itu tidak pernah hilang dari bahu ini.Mungkin masih jauh untuk mereka mengungkap kalimah azimat itu namun seperti kata suamiku " Mungkin mereka tidak masuk Islam di tangan kita namun paling kurang kita telah memperkenalkannya, mencetuskan mahu dan minat mereka untuk mengenali indahnya Islam.Mungkin suatu hari nanti hadirnya suatu dalam hidup mereka yang mengembalikan ingatan pada cetusan titik ketuhanan yang pernah kita timbulkan dulu lantas membawa mereka pada kalimah tauhid itu.Siapa tahu.." Kupegang kata-kata ini..menjadi semangat buatku untuk sama2 membawa mereka kepada jalan cahaya..yang sifatnya rahmatan lilálamin..

"Ti..awak tahu banyak tentang kristian..Awak muslim kan.." Dia kehairanan.."Saya tahu tentang kristian,Jews,sedikit budha dan Hindu selain agama saya sendiri..Saya belajar semua itu semasa di university..heheh" Aku membalas pertanyaan dia." Tapi Ti.. apa tu Jew?Saya tak pernah tahu agama apakah itu"" Jew ialah salah satu agama yang datang dari Tuhan yang Satu..awak tahu..Jew,kristian dan Islam datang dari sumber yang sama..Adam,Abraham,Moses,David dan lain2 adalah nabi yang diutuskan pada Jewish begitu juga Jesus.Kami orang Islam percaya pada Jesus dan semua nabi2 itu adalah nabi2 yang mulia..tidak lebih dari itu.."Dia memandang tepat ke arah mukaku..Aku menambah kata"Walaupun 3 agama ini datang dari sumber yang satu tapi kita berbeza pada asas kepercayaan..seperti bezanya Islam dan Anglican..Kami percaya Tuhan itu satu dan hanya menyembah Dia sahaja..manakala awak juga percaya tuhan yang sama tapi mengatakan bahawa Jesus anak Tuhan itu..Muslim tidak sekali2 menduakan Tuhan dan Tuhan yang satu maha suci sifatnya dari segala sifat makhluk.." "Ti..saya tidak pernah tahu agama lain..yang saya tahu hanyalah agama saya..saya teringin untuk belajar dan tahu tentang agama lain.."Dia menambah kata..bagiku kata-kata itu besar ertinya..siapa tahu barangkali tutur itu bisa membuka jalan-jalan hidayah untuk nya..Hatiku berbunga riang dan perlahan kupanjatkan syukur pada Ilahi..

Seorang demi seorang rakan memenuhi ruang kelas dan mengisi kerusi yang kosong..sebentar kemudian kelibat Karen muncul menamatkan perbualan ringkas kami...Namun aku bersyukur..semoga peluang itu datang lagi seperti datangnya sinar mentari setiap pagi..ameen..