Pages

Tuesday, June 22, 2010

Petama kali melangkah ke bilik itu hatiku sedikit berdebar..berbagai perasaan datang dalam hati sementara bermacam andaian hadir dalam benakku. Namun aku cuba berlagak tenang sedang dalam hati Allah sahaja yang tahu.

Berada di tengah-tengah kelompok manusia yang..walaupun tidak asing bagiku namun mungkin aku asing bagi mereka..Aku masih ingat di hari pertama itu..dia berkata.."Urmm..awak perempuan muslim yang agak berani..meletakkan kaki ke International College macam ni.." Aku hanya tersenyum membalas kata-katanya..Sememangnya aku dan segala-galanya yang ada pada diriku memang asing untuk mereka.

Aku akur terlalu banyak perbezaan antara aku dan mereka. Namun aku sedar..jalan-jalan hidayah itu belum pernah tersuluh untuk mereka. Mungkin andai ditunjukkan jalan itu..mampu mengubah cara dan hidup mereka. Aku yakin dengan fitrah manusia yang Allah jadikan..Semuanya mahukan yang baik dan sempurna lalu agama suci ini yang datangnya dari MAha Pencipta adalah terlalu indah dan sempurna. Bagi mata hati manusia yang melihat dan akal yang mencari, sudah tentu berupaya membezakan jalan hidup mana yang lebih sempurna.

Aku tanamkan tekad dalam hati..semoga Allah merestui niat di hati dan memudahkan jalan ku ini..ameen

Aminah..