Pages

Saturday, May 31, 2008

Renungan di Pagi Ahad

Kata-kata hikmah al-'Ataaillah:

"Permulaan dari semua maksiat dan kelalaian serta syahwat itu kerana ingin memuaskan hawa nafsu,
Sedangkan asas segala ketaatan, kesedaran dan kesopanan akhlak budi ialah kerana ada penahanan hawa nafsu,
Sekiranya engkau berkawan dengan seorang bodoh yang tidak mengikut hawa nafsunya lebih baik daripada berkawan dengan seorang berilmu yang menurut hawa nafsunya,
Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang yang berilmu yang selalu menurut hawa nafsunya,
Sebaliknya kebodohon apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang hawa nafsunya."

Friday, May 30, 2008

Celoteh ilmu dalam USRAH

"Kadang kita fikir kita dah dilahirkan Muslim..buat apa kita nak bincang pasal tauhid lagi?"Aku berkata seolah menyimpulkan penafsiran ayat 21 dan 22 dari surah al-Baqarah semalam. Soalan yang kukira wajar untuk difikirkan bersama."Betul..teringat lagi masa kita zaman sekolah dulu..antara nota yang paling pendek ialah berhubung ayat-ayat pasal aqidah.Kalau nota yang panjang tu..mesti pasal cerita-cerita nabi,kita tak tahu pun nak relate macammana ayat-ayat aqidah ni masa tu."Sambung Azza lepas huraian tafsir ayat tersebut kukupas.

Ayat-ayat tauhid dan aqidah inilah yang menjana kekuatan iman muslim mukmin. Ayat-ayat ini jugalah yang membuka pintu hati non-muslim untuk mengenal siapa tuhan mereka yang sebenarnya. Betapa hebatnya iman para sahabiyah dan betapa unggulnya taqwa para serikandi."Cuba kita renung bersama..secara zahirnya antara kita dengan NUsaibah r.a, Aminah as-Silmi, Zainab al-Ghazali tidak ada bezanya. Mereka ni semua perempuan macam kita, kalau kita tak mampu nak angkat satu tong air maka mereka juga tak mampu nak angkat benda seberat tu ..sebab kudrat wanita kita sama je.." aku cuba membawa diriku mengimbas kembali rentetan hidup dan kisah serikandi terbilang ini dalam sessi perbincangan ayat21-22 tadi."Tapi hakikatnya antara kita dan mereka ada bezanya, kita masih tak mampu lagi untuk menjadi seperti mereka, iman yang kita miliki tak mampu menjadi sekuat mereka, di manakah silap kita?" Hatiku terharu tatkala mengimbau balik perjalanan hidup wanita muslimah terbilang ini."Marilah kita hayati dan renungi bersama..apa rahsia yang menjana kekuatan iman mereka?Kenapa mereka boleh menjadi sekuat dan setabah itu?" Hati bertambah pilu..insaf kelemahan dan kekurangan diri..kenapa kita tak boleh menjadi seperti mereka atau sekurang-kurangnya menghampiri level iman mereka..

+++++++++++++++++++++++

"Kita bertuah dikurniakan peluang merasai nikmat Islam dan Iman,kita ada sesuatu yang menjana kekuatan dalam diri kita,kita ada Allah yang rahmatnya sentiasa terbuka luas untuk hambanya,"aku menambah bicara lagi."Kak Tie..Kak Azza..Macammana ye kita nak kawal nafsu kita..maksud saya bila kita nak buat baik.. contohnya kita nak bagi derma..nanti hati kita akan kata..kau bukannya ada banyak duit pun..tapi masa tu kita nak bagi jugak..time kita nak bagi tu,hati kita berkata lagi..nanti bila kau bagi duit tu,sikit jadi duit engkau.. dahlahduit JPA bagi tak banyak..macamana ye nak buat?"Tiba-tiba Nabiki bersuara risau."Betul Nabiki..Memang kita ni tak sunyi dari bisikan syaitan,time kita nak buat baik tulah dia datang..Tapi ingatlah itu semua dugaan.Kalau kita lepas..ertinya time syaitan tu bisik ..jangan bagi tapi kita terus buat ..bermakna kita dah pass ujian tu"Azza cuba menjawab kemusykilan Nabiki."Apa yang kita harap dan doa selalu..moga diri kita dalam perhatian Allah..kerana bila kita diganggu syaitan atau nafsu berbisik kita akan cepat tersedar."Aku cuba menambah jawapan Azza.

+++++++++++++++++++++++

"Kak Tie,saya ada tengok you tube hari tu,pastu adalah sorang non-muslim ni dia dakwa"kalau kita mengaku tuhan tu betul-betul berkuasa..kenapa kita tak boleh menerima yang dia juga mampu untuk menyerupai makhluk. Seperti Tuhan yang boleh dan berkuasa menyerap dalam jasad Jesus."Umai pula mencelah meminta penjelasan pada kekeliruan yang dirasainya."Kita tak pernah menafikan Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dia inginkan apatah lagi perkara seremeh itu.Tapi kita tak boleh menerima bahawa Allah layak untuk menyerupai makhlukNya, agung dan hebatNya Allah tidak melayakkanNya untuk disamakan dengan ciptaanNYa."Aku cuba memberi sedikit penjelasan."Nanti mungkin ada orang akan kata..ish..Tuhan pun boleh makan tidur sama macam kita..mungkin juga manusia akan keliru antara tuhan dengan magician..kan haru..hehehe..macam mana pulak kita nak beza antara mereka?" Aku menambah seraya memberi sedikit gambaran dengan harapan boleh menjawab kekeliruan Umai tersebut..Umai kelihatan mengangguk-angguk kepala..Mudah-mudahan terjawab persoalannya itu.

Kak Tie..
Cannington-Perth

Thursday, May 29, 2008

ragam anak didik

Riuh-rendah anak-anak kecil bergegas keluar. Kanak-kanak lelaki menuju ke dalam Masjid di tingkat bawah manakala kanak-kanak perempuan menghala ke ruangan khas untuk muslimah di tingkat atas. "Sister can I go now."Murid-murid ku juga tidak sabar untuk keluar sama bila melihat anak-anak kecil lain sibuk di luar. "Yes, you can go now..but don't run,be quiet and good behaved otherwise you not allowed to get in to masjid and just pray in the classroom."Peringatan yang sama ku ulang pada mereka. Nampaknya mereka faham dengan amaranku setelah dua minggu mereka tidak dibenarkan menyertai jemaah dewasa di dalam masjid gara-gara bising dan nakal.

Melayan berbagai kerenah budak-budak kadang menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Adakalanya perlu kepada pengamatan yang berhati-hati.Kalau tidak pastinya terlepas pandang..ada sahaja helah dan alasan mereka."Where are you going?" aku bertanya seorang budak perempuan pada yang fikiranku berusia 10 tahun. Walaupun bukan dari kalangan murid-murid kelasku tapi tanggungjawab memerhati mereka semua merupakan tanggungjawab bersama seluruh tenaga pengajar. Murid-murid yang lain sudah berada dalam masjid."I am go..go..going to have a wudu' sister."Agak terkejut bila terpandang aku..tergagap dia menjawab pertanyaanku."Hurry up..They are praying as Imam is not waiting you.."Aku bersuara agak tegas. Tergopoh-gapah dia menuju ke bilik air..

Seketika aku melihatnya mundar-mandir di luar lagi..namun bila terpandang aku..cepat-cepat dia menuju ke arah pintu masjid. Dalam hatiku terbit rasa seakan tidak enak..Aku pura-pura tidak menyedari.Selang seminit aku menyusuri langkahnya.Setiba dekat corner berhampiran pintu masuk aku dapatinya terjegat di tepi dinding.Subhanallah.. rupanya dia berpura-pura masuk ke masjid dan mengelak untuk sembahyang.Ku pegang bahunya "You are cheating me. You thought you can cheat peoples by standing here and pretend to them you also prayed. Yes..you can cheat people but not Allah."Aku berkata kepadanya"Sorry Sister." "Just say sorry to me is not enough. You have to make istighfar to Allah. He is all-knowing,all-seeing and all-hearing for what you have done even peoples didn't see it."Matanya terkebil-kebil memandang mukaku. "Now get inside and pray properly."Aku menghela nafas..seketika hatiku menjadi kecut..kalau dibiarkan anak-anak ini membesar tanpa teguran dan bimbingan..apalah yang akan terjadi bila mereka besar kelak dan berada di tengah-tengah masyarakat yang sudah hilang pedoman ini.

Sister Tie
Dianella

Tuesday, May 27, 2008

Nilai pekerti

Akhlak ulama dan ilmuan Islam sepanjang zaman menjadi contoh teladan yang terbaik untuk diikuti. Elakkan permusuhan jauhkan persengketaan. Adakala diam itu lebih bermakna dari membalas kata. Ayuh! kita hayati syair pujangga tinggalan warisan tokoh ilmuan Islam.

Puisi al-Imam al-Syafie

قل بما شئت في مسبة عرضي فسكوتي عن اللئيم جواب

ما أناعادم الجواب ولكن ما من الأسد أن تجيب الكلاب

Maksudnya

Celalah apa sahaja tentang keburukkan dan maruahku
Hanya diamku dari membalas sebagai jawapan
Tidaklah bermakna aku tidak mampu menjawab(tidak mempunyai jawapan)
Tetapi Sang singa tidak akan membalas salakan seekor anjing

Ilmu itu Cahaya

"Aku dah banyak kali baca benda yang sama..masih lupa juga." Keluhan sebegini mungkin sudah beribu kali diulang bagi seorang pelajar. Atau " emm..dulu masa periksa aku dapat tinggi bila jawab soalan macam ni..tapi sekarang tak tahu pulak camne nak buat". Terfikirkah kita di mana silapnya hingga menyebabkan semua ilmu itu hilang dan lesap entah ke mana? Sedarkah kita kenapa ilmu yang kita baca dan cuba dikaut itu tak muncul-muncul diingatan?

Ayuh kita renungi bersama syair al-Imam as-Syafie. Walau kebolehan dan kemampuan kekuatan daya ingatan tajam beliau tidak pernah dinafikan sesiapa..namun masih merasa insaf dan merendah diri.

Puisi Imam al-Syafie:
شكوت إلى وكيع سوء حفظي فأرشدني الى ترك المعاصي

وأخبرني بأن العلم نور ونور الله لا يهدى لعاصي

Maksudnya:

Aku mengadu kepada Waqi" lemahnya ingatanku
Dia menyuruhku meninggalkan kemaksiatan
Dikhabarkannya padaku sesungguhnya ILMU itu cahaya
Dan CAHAYA ALLAH bukan untuk seorang Aasi

ّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّ

Harun al-Rashid berkata kepada Abu al-'Ataaiyyah"Berikanlah peringatan kepada ku"

Abu al-'Ataaiyyah menjawab"Aku takut" Harun al-Rashid berkata pula" Engkau bebas,aku tidak akan melakukan apa-apa terhadapmu"

Lalu Abu al-'Ataaiyyah berpuisi seraya menasihati khalifah Harun al-RAshid

ترجو النجاه ولم تسلك مسالكها ان السفينة لا تجري على اليبس

Maksudnya:

Engkau mengharap satu kejayaan Tapi engkau tidak mengikuti syarat-syaratnya

Sesungguhnya sebuah bahtera tidak belayar di atas di atas daratan.

Sunday, May 25, 2008

As-Syam

(My sister,ADA and her friends enjoy at epal farm covered by thick snow in Bouldan,Damshiq.10 years ago it was me in there)

Kadang manusia hanya akan mengerti untuk menghargai sesuatu bila ia sudah hilang dan tiada dalam genggaman. Kenangan waktu di Damshiq masih segar di ingatan.. kerinduan pada Dataran Syam itu begitu menggamit perasaan.

Thursday, May 22, 2008

Sembang Malam

(Gambar aku,Azza dan Kak Su tika kami berbarbeque sempena kepulangan Kak Hanum sekeluarga ke Malaysia on October 2007)

Mata yang mengantuk ini tiba-tiba menjadi segar kembali"Tie..ada someone tegur tu!"Beritahu suamiku sambil menjuih mulutnya pada laptop ku. Dia sejak sehari dua ini berhempas pulas menyiapkan final assignment tentang Taiwan sovereignty.

Aku bingkas bangun dan menjenguk pada skrin komputer.Bukannya ada sesiapa tegur, tapi salah seorang rakan baik kami baru je online yms.Alang-alang bangun hingga hilang rasa mengantuk kusapa teman dengan ucapan salam dan bertanya khabar.

Sambil menaip patah-patah perkataan,aku pasangkan niat tak mahu menggaggunya,mana tahu dia sedang menyusun fakta dan menulis untuk thesis Masternya itu."waalaikumusssalam,Alhamdulillah,"dia membalas sapaanku. "Tie ada webcam tak?"Dia bertanya lagi."Emmm..ada,tapi..webcam kami pandai berjalan sendiri merata-rata,entah ke mana lesapnya.."Aku membalas sambil mata melilau mencari webcam kami.

Tiba-tiba"Triiiit..triiit..."Rupanya dia membuat panggilan pula..Tidak sempat menjawab, aku membuat panggilan kembali.Seperti sudah lama tak berjumpa dan bersembang,alhamdulillah banyak perkara yang kami bualkan."Macammana kehidupan di Perth?"Walaupun soalan ini sudah berkali di tanya dan di jawab tika chatting tapi rasa tak sempurna kalau tak disebut,dia memulakan bicara."Alhamdulillah..baik..Ikin macammana pula?Tentu seronokkan belajar kat UIA?"Aku bertanya balik temanku."Alhamdulillah..suka sangat,banyak benda dan pengalaman baru yang saya dapat belajar di sini,ia seolah membuka mata dan fikiran untuk melihat dalam skop yang lebih luas." Bersungguh-sungguh dia memberitahuku.Aku faham benar,sejak dulu lagi dia memang berminat benar nak belajar kat UIA walaupun dan belajar hingga ke Oversea."Betul kin..lain tempat yang kita pergi..lain pengalaman yang kita dapat."

'Tapi Tie..kat sini macam-macam jenis orang yang saya jumpa..cukup lengkap..ada Wahabi,salafi dan macam-macam lagi.."Dia berkata lagi"Bagi saya kin..kita tak mampu nak bawak semua orang pada satu pendapat..Tapi sebagai seorang yang mengaku bahawa dia seorang yang mencintai Islam dan mendukung Islam sewajarnya dia menghormati orang lain juga."Aku menambah dan cuba memberi pendapatku."Saya setuju Tie..Saya pun lebih suka pada pendekatan yang natural namun dalam masa yang sama saya ada hujjah dan pendirian sendiri. So dengan cara tu saya bebas pergi ke majlis ilmu mana yang saya nak pergi. Kalau ada kesempatan saya akan bertanya dan kemukakan pandangan saya." Panjang lebar dia berkata, aku mengangguk kepala.Dalam hati, aku memang percaya dia boleh buat semua ni.Sejak zaman sekolah lagi dia memang suka bertanya dan mencari benda-benda baru.

"Macam sekarang..banyak pertubuhan-pertubuhan yang ditubuhkan,kebanyakkannya mahu membawa mesej Islam. So bagi saya,jangan kita saling buruk-memburukkan organisasi lain.Pada pandangan saya, kita wajar saling menghargai dan dalam masa yang sama kita ada prinsip sendiri. Hatta jemaah tabligh pun tak sepatutnya kita burukkan walaupun ada something kita tak setuju dan berbeza pendapat dengan mereka. Sebab mereka pun ada sesuatu yang telah mereka sumbangkan untuk perkembangan Islam." Terlanjur buka topik tersebut..aku cuba huraikan lagi pendapatku.Mana tahu kami boleh berkongsi something untuk manfaat bersama.Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Di kala manusia suka mencaci para pendukung Islam..menghina para ulama yang ikhlas berkhidmat. Siapalah kita untuk menghina mereka. Apa sumbangan kita untuk agama kalau nak dibandingkan dengan sumbangan mereka yang bertahun-tahun mengajak manusia untuk memahami dan menghayati agama.

Teringat kata-kata seorang teman (menantu seorang guru pondok di Kelantan) yang sama-sama mengajar di kolej dulu .Ayah mertuanya pernah berpesan"Jangan kita kurang ajar dengan orang alim (ulama) kelak hidup kita tak berkat."

Ummu Mujahid
Perth

Monday, May 19, 2008

Bila berlakunya SAAT itu.


Kesejukkan winter sudah makin terasa, apatah lagi di waktu subuh-subuh begini. Walaupun terasa berat mahu menanggalkan selimut yang membaluti tubuh,namun demi tugas yang beratur menunggu untuk ditunaikan, aku cepat-cepat bingkas bangun. Azan subuh yang di set-up dari Islamic finders di komputer sebelah katilku ini sudah lama memanggil.

Sambil menuju ke bilik air untuk berwudhuk,aku menjenguk ke bilik along dan adik."Alonng,adiik! cepat bangun,subuh dah banyak ni..cepat ambik wudhuk..ummi tunggu,kita sembahyang sama-sama." Aku mengejutkan mereka dari tidur. Suis lampu ku buka dan tubuh-tubuh kecil itu kelihatan bergerak.Mungkin silau dek kerana cahaya lampu..tangan-tangan itu menggosok-gosok mata.

Aku cepat-cepat mencapai telekung sembahyang selepas berwudhuk. Terasa beku seluruh sendi jari jemari bila terkena air, namun kehangatan mula terasa bila tubuh dah dibaluti telekung putih ini."alongg..adik..cepat!ummi dah siap ni,"aku bersuara lagi."I'm going" kedengaran suara adik diikuti bunyi seretan sepatu bulunya."Haaa..along mana?Cepat.." Anakku yang sulung ini..selalunya berat untuk terus bangun. Bila dengar suaraku makin meninggi..cepat-cepat dia bangun menuju ke bilik air.

Selesai solat subuh, seperti biasa aku mengakhirinya dengan bacaan al-Mathurat. along-dan adik ikut membacanya walaupun kekadang suaranya tenggelam timbul."Kita mintak dengan Allah agar jauhkan kita dari rasa sad and worry sepanjang hidup kita..Kita juga mohon agar Allah sentiasa sayang dan jaga kita" Setiap kali baca al-Mathurat,sedikit demi sedikit aku cuba jelaskan pada mereka kenapa kita perlu amalkannya. Kedua anakku memandang mukaku..Seketika hatiku rasa terharu dengan kurniaan rezeki AllaH yang tak ternilai ini. Rezeki cahayamata namun aku sedar..di sebalik rezeki ini, terbeban tanggungjawab mendidik yang cukup besar untuk ditunaikan agar mereka menjadi Muslim Mukmin yang bertaqwa.

Telekung ku lipat dan ku gantung pada hanger. Ku capai baju tebal atas katil sambil kaki melangkah menuju ke dapur.Kepalaku ligat berfikir.."Mahu masak apa hari ni?'Aku berbisik sendirian. Tudung periuk rice cooker ku buka, "emmm..nasi semalam banyak lagi..senang-senang buat nasi goreng..tak banyak cerita" Alhamdulillah..rezeki Allah tak pernah putus. Itulah rahmatNya yang melaut dan kasihnya yang menggunung untuk hambaNYa.

"Ummi..Is there any Earthquake in our Country,Malaysia?"Along bersuara memulakan bicara ketika kami bersarapan."Emmm..alhamdulillah setakat ni tak ada..tapi sesetengah tempat kat malaysia pernah terasa sedikit gegaran.Tapi earthquake tu berlaku kat negara berdekatan dengan malaysia, bukan di Malaysia" Aku menjawab pertanyaan Along."Ooo..tapi ummi..when an earthquake happened,most people died and some people could get injured even if they are muslims..is it ummi?" Seakan bimbang dengan tragedi yang berlaku akhir-akhir ini..along betanya lagi." Betul tu along..Sebab tulah, as a muslim kita mesti get ready setiap masa..begitulah keadaan bila hari kiamat..Ha..bila kiamat tiba-tiba terjadi..kita dah tak boleh buat apa-apa, kalau kita tak bagus, habislah siaplah kita."Aku cuba mengambil kesempatan untuk menanam benih-benih iman dan taqwa.. ke dalam hati mereka."So..if we are not good, does Allah will throw us into the hell ummi? even we are still a muslim?"Adik pula bersuara dengan mata membulat."yeeahh..Tapi Allah Maha Penyayang dan Pengasih..sebelum dia throw kita ke dalam neraka..Allah dah ajar dan bagi banyak chance untuk kita bagaimana kita nak avoid diri kita dari kena fire burning."Kedua-dua anak-anakku melopong melihat mukaku."Itu sebab kita baca al-Mathurat every morning dan evening.InshaAllah,kalau kita baca al-Mathurat...tiba-tiba kita mati within the hours kita baca al-mathurat tu..Allah kata Dia akan lepaskan kita dari azab api neraka."

"Kita juga kena selalu mintak ampun dengan Allah..mintak Allah selamatkan kita dari azab Dia..dan mintak moga Allah tetapkan kita jadi Muslim forever until kita mati."Along dan adik menggangguk kepala. Jauh di dalam hati aku berdoa moga iman yang ku cuba tanam dalam hati mereka akan terus berbunga dan berbuah..ameen.

"You know ummi..My religious teacher told us when qiamat is coming..other planets would come and crash the earth.No one know when it is going to happen.It might happen tonight.And you know ummi..He said.. on qiamat..All parents will say to their kids.."go away from me, I never know you."Along bersemangat menceritakan apa ang diajar gurunya di sekolah pada ku dan adiknya."One girl in year 3c was crying too much on that day, the teacher asked her why she cried, she said..because you say the qiamat would happen tonight."

"haa..betul kata cikgu along..kita tak tahu bila kiamat nak jadik..so kita kena buat bagus-bagus dari sekarang..okay?"'InshaAllah kalau kita semua baik..di hari akhirat nanti along, adik, ummi dan abi akan jumpa lagi dan kita semua akan tinggal sama-sama forever..." "InshaAllah ummi" along dan adik berkata dan tersenyum lebar. "emm..cepat dah 8.30 pagi dah..nanti loceng sekolah berbunyi ..cepat basuh mulut."

Alhamdulillah..aku berbisik memanjat syukur pada Allah..Semoga anak-anakku membesar dengan penuh keyakinan pada kekuasaan dan qudratMU ya Allah. Ameen.

Doa ummi
Perth

Mendidik biarlah dari rebungnya.



"Ummi, the girl that cried last week calls you miss tie." Mulut adik tak henti-henti bercakap sejak pulang dari madrasah tadi. Dia mula start untuk complain apa yang didengarinya tadi. "Yeaah..she is not supposed to call you miss..but sister Tie,is it ummi?""Emm..betul tu..lebih baik dia panggil ummi sister Tie.." Aku cuba melayan bicara anakku yang banyak mulut ini."But why did she cry?"Along pula seolah berminat nak tahu cerita yang dibuka si adik."Because ummi pinched her foot"Cepat-cepat adik menambah."Ooo.Why did you do that to her ummi?" Along bersuara lagi seolah-olah tidak puas hati dengan tindakan ku.


Aku cuba jelaskan pada along dan adik kenapa aku bertindak demikian pada budak perempuan tadi."Budak tadi .. dah banyak kali ummi nasihat..Jangan step over the Quran or any book. Tapi hari tu lepas ummi cakap je dia buat lagi. So ummi cubitlah kaki dia". Aku berkata pada along dan adik.Bulat mata along dan adik memandang ke arah aku."Ummi buat macam tu pada dia sebab ummi sayang dia,ummi tak nak bila dia besar nanti dia jadi orang yang Allah tak suka sebab dia tak hormat kitab Allah.Ummi harap dengan ummi cubit kaki dia tu, akan ingat dan tak akan buat lagi."Panjang lebar ku jelaskan pada mereka berdua the reasonnya.Walaupun hakikatnya cubitan aku tu,entah kena atau tidaknya pada kaki dia.Anak murid ku yang sorang ni memang terlalu sensitif..kalau aku suruh dia ulang bacaan berkali-kali pun, dia hampir menangis.

"Along dan adik tahu tak Quran tu ayat-ayat Allah..Tuhan kita. We have to respect it more than others."Keduanya lantas mengangguk. "Kalau kita tak hormat al-Quran dan buat al-Quran sesuka hati nanti Allah tak berkati hidup kita,mungkin hidup kita unhappy dan sad sepanjang masa."Sebaik mungkin aku cuba bagi penjelasan untuk memahamkan mereka.Maklumlah..mereka masih lagi anak-anak kecil.Seboleh-bolehnya aku cuba pastikan penerangan yang diberi tidaklah terlalu complicated sehingga mereka berdua sukar nak faham.

"You know ummi, when I saw a boy in my class steps over the Quran, I told to him not to do that,but he just said..so what??"Along berkata dengan nada serius. Anakku ini kalau bercakap memang bersemangat dan bersungguh..kata abi..serupa macam umminya."Alhamdulillah..ummi bangga dengan anak ummi.Biarlah dia cakap apa pun..at least along dah tegur dia,InshaAllah kita doa moga dia takkan buat lagi."Along menggeleng-geleng kepalanya seolah masih menyesali sikap kawan sekelasnya itu.

Sememangnya perkara ini banyak berlaku.Mungkin ibubapa mereka di rumah kurang memberi penekanan dalam soal ini pada anak-anak mereka.Justeru..sebab itulah aku sering memerhati dan menegur anak-anak kecil di bawah didikan ku di madrasah agar mereka hormati al-Quran dan ilmu pengetahuan. Sedaya upaya aku cuba pastikan mereka memmperlakukan al-Quran dan buku-buku dengan sebaik-baiknya.

Ummu Mujahid
dianella

Thursday, May 15, 2008

Sejenak Merenung Pada Diri

(Along and adik with al-Fateh were flying a kite..it was a windy day and the bright and colourful kite flew so cool .Definitely it was attracted so many eyes to look at..)

Kelahiran manusia ke dunia bukanlah kelahiran yang sia-sia. Manusia dilahirkan dengan matlamat dan tujuan. Allah s.w.t telah berfirman:وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون . Maksudnya : Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu. Persoalannya,sejauhmana manusia memahami konsep pengabdian. Apakah maksud pengabdian hanya ketika ketika tunduk dan sujud dalam sembahyang?Atau hanya ketika berlapar dan berdahaga di bulan Ramadhan? Sesungguhnya konsep pengabdian yang dituntut meliputi seluruh jiwa raga dan kehidupan manusia. Setiap detik yang berlalu..setiap saat yang hadir silih berganti, tidak pernah terpisah dari mengingati Penciptanya. Jiwanya kental dengan keimanan..Hatinya subur dengan ketaqwaan lantas diterjemah dalam setiap tindak dan amalan. Bukan sekadar lidah dan bibir melafazkan kesaksian..Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Namun hati turut membenar dan mengiyakan dengan penuh yakin setiap patah kata yang terucap. Lalu cuba dibuktikan dengan amal oleh seluruh anggota badan.

Pergertian iman itu cuba dihayati..ikrar dengan dengan lidah berserta tasdiq berpasak di hati. Bukan iman si munafiq yang hanya manis terucap di bibir namun hati tetap menafikannya. Iman seorang abdi penuh perhambaan..menyedari diri mengemis dan menumpang kasih dan redha
Ilahi. Setiap suruhan cuba dilaksanakan dan setiap larangan pasti dielakkan.Langkah di atur penuh berhati di perjalanan penuh berduri.


Demi kasih pada Ilahi,demi cinta pada rasul..setiap tanggungjawab dan suruhan cuba dilaksanakan. Dididknya hati dan jiwa ntuk menyedari dan insafi,di sebalik setiap suruhan itu tersembunyi seribu hikmah dan kebaikkan.Pulangannya tidak kembali pada tuhan namun kebaikkan pada si tuan amalan.


Jiwa abdinya tenang walau mata -mata manusia angkuh memandang sinis dan jengkel padanya. Hatinya kental memikul bebanan dakwah yang menjadi warisan Rasul tercinta sejak zaman berzaman. Hidupnya tidak terpencil malah dia di tengah-tengah manusia yang bermacam ragam dan isinya. Sirah perjalanan dan perjuangan insan tercinta menjadi ikutan dan panduan. Dia menyedari kesukaran yang diredahi hanyalah secebis kesusahan yang dialami rasul junjugan..Lalu kudratnya menjadi kuat..lantas hayunan kaki terus melangkah demi meneruskan perjalanan insan mulia tercinta.

Wednesday, May 14, 2008

Jauh Dari Mata Insan

(Buat diri ini dan juga untuk adik-adik yang sering ditemui saban minggu..Jumaat malam Sabtu sentiasa dirindu)

Bagi insan itu...Sekali terkenang dia jauh di negeri orang..
Tanpa orang tua dan sanak saudara..
Terasa seolah diri keseorangan di alam dunia..
Tiada bahu untuk berpaut..tiada tangan untuk menuntun..
Tiada teman untuk mengadu..
Jiwanya menjerit..meronta..perlunya dia pada manusia..
Tangisannya tak jua reda..
Hanya kerana dia mengemis secebis ihsan sesama manusia..

Bagi insan itu...
Bila menyedari diri jauh di negeri orang..
Tiada orang tua..tanpa sanak saudara..
Terasa bagai tiada mata yang menjaga..
Hati menjerit riang..nafsu menggelegak gembira..
Syaitan menjadi teman..
Lantas diri hanyut di bawa arus..
Hanya kerana menyangka..dirinya bebas jauh dari mata manusia..

Bagi insan itu..
Tika menyedari diri jauh di negeri orang..
Tanpa orang tua..tiada sanak saudara jua tiada teman..
Namun matanya tak menangis..hatinya tak merintih..
Semangatnya makin kental..langkahnya makin teratur..
Dibajainya iman..lantas suburnya taqwa..
Hanya kerana jiwanya berkata...Aku masih ada TUHAN..

Kak tie
dianella

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu





"Happy Mother's Day Ummi". Adik menghulurkan sekeping kad dan sebungkus kotak kecil yang comel.Sejak aku menjemputnya di pintu pagar sekolah tadi, adik seperti menyembunyikan sesuatu dibelakangnya."You not supposed to give it today". Along bersuara seolah ingin membetulkan tindakan adiknya. Adik terkebil-kebil seolah meminta kepastian."yeahhh..you should give it to ummi on Sunday".Adik tersenyum malu tersipu-sipu.."emm..its okay,terima kasih adik..saaayang anak ummi." Aku menyambut kad dan hadiah comel berisi coklat cadburry adik dengan senyuman dan ciuman penuh sayang.



Sebentar tadi..Along pula menghulurkan sekeping kad yang dibuatnya sendiri kepadaku.Happy Mother's Day ditulis berwarna-warni dan dihiasi dengan deretan lukisan hati.Ucapan "Thank you for caring me and support in me,lots of love from Mujahid"menyentuh hati kecilku.Anakku yang sulung ini sentiasa nampak cool,tapi bila sekali buat sesuatu...memang power.Terima kasih along..terima kasih adik..Tiada ucapan yang mampu ummi lafazkan untuk kalian berdua atas ingatan kalian buat ummi.Cuma doa yang mampu ummi panjatkan ke hadrat Ilahi..Moga anak-anak ummi jadi insan berguna untuk agama dan dan berbakti pada manusia.

Saaayang anak ummi
dianella..Perth.

Wednesday, May 7, 2008

Terima kasih Sahabat

Sunyi malam terasa begitu damai. Sesekali kedengaran deru kenderaan memecah keheningan malam. Ku cuba pejamkan mata agar terlelap..tapi nyata tak berjaya. Bicara seorang teman di alam maya siang tadi hadir bertalu-talu biarpun tanpa suara,hanya patah-patah perkataan sebagai pengganti diri. Seakan terbayang di mataku wajah tenangnya tatkala mengajukan soalan padaku. 'Tie..kenapa nak pregnant lagi?" Bait-bait pertanyaan itu terpapar pada skrin komputerku. Soalan yang pada ramalanku amat mudah dan senang untuk dijawab."Emmm..Sebab nak anak lagi.."Terpacul jawapan bodohku..lantas jari jemariku menari menyusun patah-patah ayat."Yelah..kenapa nak anak lagi?" Dia cuba untuk menjelaskan maksud sebenar soalannya sebentar tadi. Cuba untuk memahamkan aku makna tersirat di sebalik pertanyaannya itu."hai..anak yang dua tu dah besar panjang..naklah anak kecil lagi..sementara umur masih muda ni." Seakan tak mampu untuk menyembunyikan rasa rindu pada si kecil..lantas terluah jawapan itu dari hatiku. ternya aku tak mampu untuk menahan betapa rindu dan kepingin untuk mendengar tangisan dan gelak tawa anak kecil lagi. "Ingatlah hasrat dan niat Nabi Allah Zakaria tatkala ia mengadu pada Allah dan memohon dikurniakan zuriat untuknya,hayatilah kisah ibu serikandi suci Siti Mariam tika bernazar dan berdoa moga Allah kurniakan seorang anak baginya" Aku terdiam..terpukul dengan kisah teladan itu yang sepatutnya kuhayati dan contohi. Aku terlupa untuk terus mencontohi hasrat dan niat mereka. Aku ghairah menyusun doa dengan bait patah perkataanku sendiri tanpa meneladani dan mengulangi doa mulia para nabi dan serikandi. Aku juga terlupa menanam benih-benih awal yang maha mulia untuk bakal zuriat yang belum lagi muncul petanda untuk hadir ke dunia.Oh..Tuhan..Sungguh besar dan maha luas rahmat dan IhsanMu. Moga peringatan ini satu petanda bahawa Engkau masih menyayangiku.Syukurlah aku masih mempunyai sahabat sejati yang menegurku tatkala ku terlupa,mengingatkan aku bilamana ku terlena.Semoga jua persahabatan ini berpanjangan dalam redhaNya..ameen.

Syukur tak terhingga pada yang Esa.
Dianella..Perth

Tuesday, May 6, 2008

Pasrah Seorang Muslim Mukmin

فاذا اراد شيأ أن يقول له كن فيكون Itulah gambaran betapa besarnya kekuasaan Allah, kehendakNya mengatasi kehendak hamba. Tika manusia lupa dan hanya percaya pada keupayaan diri sendiri, bersikap takabbur dan lupa pada asal-usul diri. Tatkala itu Allah datangkan hanya secebis dari cebisan bukti kekuasaanNya, lantas kehidupan manusia ranap dan musnah sekelip mata.
Taufan Nargis yang melanda Myanmar semalam 5 mei 2008 adalah antara jutaan amaran Allah untuk manusia. Biarpun ungkapan seperti bencana alam atau fenomena alam semulajadi seolah ingin menutup hakikat ianya peringatan dari Tuhan, namun bagi seorang muslim, ia menerima hakikat itu satu peringatan dan amaran dari Allah yang Maha Esa.

Seorang muslim tidak akan memandang kejadian dasyat itu hanya sebagai hukuman dari Allah di atas kelalaian hambanya. Lantaran rentetan demi rentetan kedegilan,kealpaan,angkuh dan sombong hamba pada Pencipta seolah menjadi sebab Dia mengutuskan ujian berat ini untuk manusia.Namun sifat rahmat Allah tetap terpancar..ihsan dan belas kasihanNya yang melaut seolah tidak ingin hambanya tersiksa di alam kekal abadi lantaran tiada peringatan keras yang memungkinkan mereka terjaga dari kelenaan. Jauh sekali seorang muslim untuk menghukum Allah Azza wajalla dengan ungkapan zalim dan tidak adil sebagaimana ungkapan yang dilaung oleh mereka yang selama ini tidak percayakan Tuhan. Di kala Allah sempitkan hidup mereka di dunia sebagai amaran dan peringatan setelah Allah limpahkan kesenangan dan kelapangan agar mereka bersyukur...di saat itu mereka masih sanggup lagi mencaci nista Allah Rabbul Izzati.

Masih ingatkah kita tatkala Allah menceritakan kisah golongan Yahudi ummat nabi Musa Alaihissalam. Mereka bukan sahaja diselamatkan Allah daripada bala tentera Firaun. Malah terbelahnya Laut Merah seolah-olah membuka jalan untuk direntasi dengan selamat, hingga kini masih disebut. Hidangan al-Manna dan as-Salwa yang tidak pernah dirasai kaum lain telah direzkikan kepada mereka. Namun bagaimana mereka menyambut rahmat dan ihsan Allah buat mereka?Sesungguhnya kelompok manusia itu bukan hanya tidak bersyukur malah kufur terhadap Allah. Sanggup menduakan Allah semata-mata melihat manusia lain menjadikan Idol yang boleh dikesan pancaindera sebagai tuhan yang disembah. Inilah golongan manusia yang tidak tahu bersyukur dan menghargai nikmat yang dikurniakan.

Justeru hidup muslim ternyata menuntut perbezaan yang maha besar. Seorang Muslim sentiasa berwaspada terhadap apa jua amaran Allah. Cuba menghindarkan diri dari dimurkai Tuhan agar diri tidak diketepikan dari rahmatNya yang tak bertepian. Sesungguhnya bila ujian didatangkan Allah, ia akan menimpa semua manusia samada beriman mahupun tidak beriman.Namun bagi hamba muslim dan mukmin, dia menerima segala ujian itu dengan kekuatan kesabaran dan pasrah dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

Friday, May 2, 2008

Bicara Hati


وذكرفان الذكر ثنفع المؤمنين Perintah dan nasihat dari Yang Maha Mengetahui bukan satu perintah dan nasihat yang sia-sia. Sebagai Pencipta..sifat all-knowing Nya yang tidak pernah terbatas, malah merentasi sempadan yang tidak mampu dijangkau fikiran dan pandangan manusia harus diamati dan diperhalusi.Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..kasihNya yang melaut dan rahmatnya yang melangit,tidak pernah mendambakan apa-apa pulangan dari kebaikkan amalan hambaNya.
(along with our usrah member's kids:Iman,Nur,Huda,amir,hanif,Bushra dan si kecil Hamzah when we were in Kings Park on 2006)
Namun kasih dan sayangNya itulah telah mengatur peraturan maha sempurna untuk kehidupan manusia selaras dan seiring dengan fitrah dan kesesuaian kejadian mereka.Jaminan kemuliaan ciptaan manusia akan terus terpelihara lantaran pengamalan peraturan Ilahi.Faedahnya kembali pada manusia..untungnya zahir dalam kehidupan mereka..kedamaian dan ketenangan menghiasi dunia hamba.

Namun hidupnya hamba tidak selalu merendah diri pada Yang Esa. Adakalanya dibuai nafsu dan diulik gelojak jiwa yang meronta. Lalu kekadang aturan langkah tergelincir. Meskipun manusia sifatnya tertulis sebagai pelupa..itu bukanlah alasan untuk terus melupai Pencipta. Bukan jua penyebab untuk terus melayani kehendak hati yang tiada noktahnya. Bagi hati yang basah kerana iman..jiwa yang lembut dengan taqwa, sedikit kesilapan menjadi medan pertaruhan manggandakan amalan. Lantaran ketakutan dan keinsafan membuatkan mereka makin mulia di sisi Tuhan.

Wajarnya kita sebagai hamba melihat dan merenung dengan penuh keinsafan. Selangkah kita berjalan mendapatkan Tuhan..Seribu langkah Ia berlari merapati Insan. Rahmat dan IhsanNya tidak pernah kontang malah sentiasa memayungi dan menyirami hamba-hambanya. Moga renungan sejenak kita..menyingkir segala kehendak jiwa dan nafsu..menghayati dengan pandangan hati disuluhi akal mampu menzahirkan betapa kerdilnya kita di hadapan Pencipta.

Thursday, May 1, 2008

Cintakan Tuhan Kasih sesama insan.

(Our usrah team at Caversham wildlife,Whiteman Park on april 24. Got new experience with Mr. Kanggaroo.Everyone wanna get the feeding experience so that why Mr.Kanggaroo just lying down.He actually can't even move because of too full.)


Erti hidup dibajai iman..indahnya hidup disirami kasih sayang.


Hinanya kita bila lupakan Tuhan ,


Merempat hidup tika hilang persaudaraan,


Sudah ajaran Islam, dua hubungan perlukan perhatian,


Pegangan kita pada Tuhan perlu ditanam,


Bajainya dengan ruh ketaqwaan dan siramkan ia dengan kebaikkan amalan,


Mulianya kita di mata insan dengan ketulinan penghayatan iman dan Islam,


Ingatlah...Bermula agungnya ummat tika mereka hayati Islam,


Namun runtuhnya ketamadunan tika mereka lupakan Tuhan,


Kita menyangka redhanya insan dan murkanya Tuhan buatkan kita dipandang,


Hakikatnya kita menempah kehinaan dan turut mendapat kemurkaan Tuhan.


Hubungan persaudaraan sesama insan perlu jua diutamakan,


Ikatan silaturrahim menyuburkan perpaduan,


Jalinan kemesraan mengeratkan ikatan,


Suburkan ukhuwwah sesama Islam jadikan amalan,


Kelak hidup kita diberkati Tuhan...Ameen.