Pages

Monday, April 5, 2010

Trip to Waverock -easter break 2010-

Salam to all..
Alhamdulillah..trip to Waverock 2010 dah berakhir..
Tahniah pada Anas selaku ketua trip,adik-adik yg diminta tolong membuat kerja dan dah melakukan yg terbaik..

Buat adik2 yg bersama2 memeriahkan trip ini..terima kasih kerana sudi bersama kami..tanpa kalian semua trip ini mungkin tak bermakna
..
(personally bagi kak ti sendiri) Memanjat bukit berbatu..melihat pokok2 yang dah hampir mati dek kerana bushfire memang memenatkan habis sakit semua peha dan betis especially kak ti yg dah tua nih...

walaupun begitu..
trip tuh dah berlalu..bila kak ti bangun pagi..meski pun sakit betis ni tak hilang lagi..kak ti terasa seperti ada satu perasaan yang tak mampu kak ti carik sendiri..

Rupanya kak ti rindukan trip semalam..terasa masa bersama kalian semua terlalu singkat..Tak sempat untuk duduk bersama kalian..berkongsi cerita seperti perkongsian antara kalian yang kak ti dengar di waktu malam yang sunyi di sebalik tirai khemah itu..sungguh menghiburkan..

Kak ti tak sempat nak menggoreng cekodok panas untuk kita semua..tak sempat juga untuk bersama kalian minum2 teh panas di tengah2 kesejukkan malam di ruang tengah antara khemah2 kita..

Namun kak ti bersyukur..masa trip singkat yang Allah kurniakan ini mmbuat kak ti terasa lebih dekat dengan kalian semua.Dikelilingi adik2 yang sibuk mengacau kak ti nak memasak,ada yang nak teh panas,nak makan nasik lagi, tak kurang juga yang hanya nak bertenggek di tepi api dapur kak ti utk memanaskan badan amat mendekatkan kak ti dengan kalian semua..Dan kak ti pasti team memasak kak ti -kak najwa,abg faisal dan ustaz- juga rasa seperti yg kak ti rasakan ini.

Kalian semua memang adik-adik yang baik..kak ti menyaksikan,melalui dan merasakan sendiri pengalaman ini..Sikap ringan tulang "berat sama dipikul,ringan sama dijinjing" yang kalian tunjukkan begitu besar ertinya. Sering menawarkan diri untuk membantu,ringan tulang menolong apa sahaja yang diperlukan meninggalkan memori yang takkan mampu kak ti lupakan..

Pastinya kenangan ini akan menjadi salah satu detik terindah dalam sejarah hidup di sini..Terima kasih kak ti pada kalian semua dan syukur kak ti yang tak terhingga pada PENCIPTA detik-detik ini..DIA yang mempertemukan kita,DIA yang mengatur perjalanan kita..Kita telah saksikan DIA dalam trip semalam..agungnya DIA menciptakan sesuatu yang tak terfikir oleh akal fikiran. Membentuk bukit berbatu, memiliki bentuk dan corak menawan, menghamparkan tasik bergaram di tengah padang pasir yang suatu ketika dahulu di huni ribuan insan..Sungguh agung ciptaanMU TUHAN..dan kami telah menyaksikan..

DIA menginginkan agar kita lebih hampir padaNYA. Dia takdirkan kita bersama meredah padang pasir untuk merenung kejadian alam ciptaanNYA. DIA hadirkan bersama kita hati-hati yang lembut untuk berfikir sejenak bahawa DIA adalah PEnCIPTa kita..KIta datang..kita renung...kita pulang... dengan pertambahan iman..keyakinan... bahawa perjalanan kita takkan sia-sia..kerana iman kita bertambah..yakin kita meningkat..azam kita tersemat bahawa..kita adalah hambaNYA.. dan.. kita ada panduan,adab dan syariat yang amat bermanfaat...untuk bekalan kehidupan kita di dunia dan di akhirat..

Buat adik-adik semua..maaf sekali lagi kak ti pinta atas segala-galanya..semoga tautan persaudaraan yang terbina takkan berlalu sia-sia..

Kak ti&ustaz..
(yg masih tersentuh dengan cerita fiza yang menginsafkan kak ti untuk lebih menghargai nilai sebuah persaudaraan)