Pages

Tuesday, April 29, 2008

Berkunjung ke Caversham wildlife, Whiteman Park




Ke Caversham wildlife, tengok kanggaroo,koala,wombat and other beautiful animals. Sungguh besar keagungan Allah..berbagai rupa dan tabiat perangai animals. Seperti koala yang menghabiskan hampir 20 jam setiap hari hanya untuk tidur. Kanggaroo betina pula memang "super mums" gelaran tepat yang layak diperolehi. Menghabiskan usia mengendong dan menyusui anak hampir sepanjang tahun. Itu sifat animal.

Namun kekadang manusia juga mahu bersifat lebih animal. Sepanjang hari tiada benda bermanfaat untuk diri,agama dan masyarakat yang telah dibuat. Adakalanya juga anak sendiri dibuang entah ke mana,tanpa rasa sekelumit belas dan simpati. Contohilah sifat kanggaroo yang kasihnya pada zuriat sendiri bagai lilin membakar diri. Setiap ciptaan Tuhan punyai seribu hikmat yang perlu direnungi. Walau sekecil semut-semut yang merayapi bumi...nilai muafakat dan saling menghargai wajar diteliti. Jangan kita bersifat lupa asal usul diri..Kerana lahirnya kita ke dunia ini akan dipersoalkan di kemudian hari.

merenung sejenak

Bila terkenang seorang demi seorang orang yang ku kenali pergi menyahut panggilan Ilahi, terasa bagaikan hati ngilu disiat. Bila teringat apa persediaan diri yang telah cuba ku usahakan selama ini..terasa lemah segala sendi..Masakan tidak,usia ku sudah melewati suku abad. Usia yang telah dikurniakan Tuhan..entah ke mana ku habiskan. Tanggungjawab sebagai Muslim yang ku lafaz janjikan di hadapan Ilahi setiap kali waktu sembahyang seakan bertanya sejauhmana ku tunaikan.Ikrar "Sesungguhnya sembahyangku, jalanku, hidupku dan matiku adalah keranaMu ya Allah" menuntutku agar tidak hanya berpura-pura hanya tika menghadapNya azza wajalla. Lantas ku teringat patah kata seseorang"cuba hidup sebagai manusia jauhi sikap seperti binatang". Seekor binatang hanya tahu berfikir tentang isi perut..Apa makanan aku dan siapa bini aku hari ini.?Ia tak berfikir untuk menjangkau lebih jauh lain dari perihal perut dan kepentingan diri sendiri. Tapi manusia dikurniakan Allah akal dan disuluhi pula akal itu dengan cahayaNya(al-Quran dan Sunnah).Hidup manusia ada matlamat dan tujuan kerana penciptaan manusia itu bukanlah sia-sia. Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan mengabdikan diri kepadaKU. Pengabdian kepada Allah,pencipta dan pemilik kita..sesungguhnya amat luas dan besar makna yang tersurat dan tersirat. Bukan sekadar menuntut pelaksanaan rukun iman dan rukun Islam sahaja namun menuntut pelaksanaan dalam konsep yang lebih luas dari itu. Kalau tidak masakan ayat-ayat Allah yang termaktub dalam al-Quran itu berjumlah 1666 ayat. Masakan ribuan hadith dan sunnah Rasul junjungan baginda wariskan hanya untuk menjelaskan perkara sedikit itu. Sesungguhnya hidup sebagai Muslim menuntut penyerahan jiwa dan raga untuk sebuah pengorbanan,pelaksanaan tanggungjawab satu amanah yang diwariskan sejak zaman-berzaman. Itu semua menuntut untuk dilaksanakan sebagai bukti pengabdian. Sejauh mana kita memahami tanggungjawab sebagai muslim yang bertaraf abdi pada Penciptanya..sejauh itulah barangkali kita bergerak melaksanakan tanggungjawab pengabdian itu.

Sunday, April 20, 2008

Kehilangan teman yang dikasihi(Allahyarhamah Wan Asmaria)Moga ruhnya tenang bersemadi bersama para shuhada'

Tanggal 2.00 pagi 18/4/2008 pemergiannya diiringi rasa sendu di hati,tanpa sempat bertemu.. apa yang lebih pasti, Allah lebih menyayangi dirinya. Walau terasa amat pahit untuk menerima erti kehilangan..aku pasrah kerana itu itu sudah ketentuanNYA.Namun jauh di lubuk hati..mampukah ketiadaannya menghilangkan semua detik indah dan kenangan tika bersama merentasi lautan ilmu dan kehidupan.
Terasa saat waktu bergurau senda, bergelak ketawa baru semalam berlalu..Seperti kata seorang teman..saat bersama mengharungi susah senang hidup di negeri orang..tika kaki melangkah penuh azam..hati berpadu jitu ingin memburu ilmu...10 pasang tangan digengam erat demi meneruskan cita dan impian.Namun kini ternyata..tiada kudrat mampu menghalang panggilan Ilahi.Walau hati masih mendambakan kehadirannya di sisi,tapi harus akur dengan ketetapan azali.Itulah resam hidup kita di dunia ini.Tiada yang kekal abadi. Pastinya suatu hari..kita jua akan pergi.. Untuk kesekian kali al-fatihah untuknya moga ruhnya dicucuri rahmat Ilahi dan tenang bersemadi.Ameen.

Pahitnya sebuah kehilangan:
Ummu Mujahid
Perth.

Wednesday, April 16, 2008

Cita-cita

Alhamdulillah..Along got the first place in his class and adik got the second place. 2007 has gone..keep the hard works up.InshaAllah next year you will get an award again.Along with his lovely teacher,sis Jammy and adik amongs others whose also got an awards.

Hari ni aku just masak tom yam putih dan goreng sawi campur hati ayam. Panas-panas ni semuanya berselera. Senang kerja..just kerat dua tiga batang serai dalam pot depan rumah tu..Alhamdulillah..ada serai pusaka peninggalan naqib kami kak su dan abang abdus, kalau tak... mahunya satu dua dolar sebatang harga serai kat kedai Kong tu..


"Ummi masak apa hari ni?" Terjengul kepala si adik dari tingkap..Sejak tadi asyik bermain roller skate kat backyard."It smells yummy!"Komen biasa yang diberikannya bila dah masuk time makan."Ummi masak tom yum dan sayur goreng sawi,cepat panggil along dan abi..kita makan sama-sama". Cepat si adik beredar memanggil along dan abinya. Barangkali dah tak sabar nak menjamah makanan. Maklumlah kalau hari sekolah,jam 12.30 mereka dah makan,inikan pula dah pukul 2.00 petang.


Alhamdulillah..suami dan anak-anakku tak cerewet langsung bab makanan. Apa yang ada itu yang dimakan mereka. Berselera pula tu...Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.Dia tak akan bebankan satu tanggungjawab pada hambanya kalau hambanya tu tak mampu memikulnya. Aku ni bukannya ada kepakaran sangat dalam bab masak-memasak ni. Cuma berani cuba je..sedap ke tak sedap..jadik ke tak jadik..itu lain cerita..Alhamdulillah suami ku banyak bagi idea walaupun dia sendiri tak reti nak buat.


"Hari ni hari apa ye?" Suamiku bersuara memulakan bicara."Wednesday."Pantas si along menjawab." Janganlah lupa pula,hari ni kan kita kerja petang."Aku cuba mengingatkan suami. Memangnya kalau hari rabu,agak terganggu rutin harian kami kerana terpaksa memberi ruang 1/30 minit untuk kerja di sebelah petang. Bukan lama pun..tapi terpaksa jugak keluar rumah."Sekejapnya masa berlalu...seminggu dah tak rasa apa-apa," tambah suamiku lagi."yelah..nanti 7 tahun lagi along dah nak masuk university,sekejap sangat masa berlalu.7 tahun bukannya lama pun..pejam celik,pejam-celik dah tak de hari pun."Aku cuba menambah bicara."Ha..along dah nak masuk uni?"Adik bersuara seakan terkejut."Yelah...dua-dua anak ummi dan abi,inshaAllah akan ke university."Which Uni we are going to?I am not going to abi's one"tambah si adik lagi.."Why?" "Because needs a lot of reading," si adik memberi alasan. Aku dan suami tersenyum.Barangkali si kecil itu naik bimbang bila melihat abinya sentiasa dikelilingi buku-buku setiap masa,tambahan pula akhir-akhir ni,banyak assigment yang perlu disiapkan.Ha..bertambahlah teruk suamiku berjuang..tidur pun tak lena.


"Kat mana-mana pun kita duduk..buku adalah our close friend. Along dan adik kan nak jadik orang pandai..Orang pandai rajin baca buku..lagi pun along dan adik kan nak jadik orang yang tahu everything".Aku cuba meredakan kebimbangan mereka."Nanti bila along dan adik besar, ummi dan abi nak hantar along dan adik ke Timur Tengah,kat sana nanti along boleh belajar nak jadik doktor dan adik pun boleh jadik saintist.Dalam masa yang sama along dan adik boleh mendalami lagi ilmu-ilmu Islam. InshaAllah along dan adik boleh jadik doktor dan saintist yang juga alim dalam agama."Panjang lebar ku cuba jelaskan pada anak-anak hasrat hati ummi dan abinya."whatever we are going to learn,we have to be an expert one..kan..ummi?."Aku tersenyum.."Pandai anak ummi" Alhamdulillah...hatiku berbisik memanjat syukur pada Allah,paling kurang anakku faham cita-cita murni yang cuba ku tanam dalam diri mereka.Along dari tadi asyik diam mendengar butir bicara.Anakku yang sulung ini selalunya banyak mendengar bila ummi atau abinya berbicara.Tak banyak kerenah.."Alhamdulillah..along dan adik ..Allah dah bagi akal yang baik..gunakan sebaik mungkin dan usaha untuk jadi the best one.Boleh kan..along..adik..?"Lantas kedua-duanya mengangguk kepala dan berkata InshaAllah.Aku dan suami menarik nafas lega..Mudah-mudahan mereka terus diberi kekuatan untuk terus meneroka ilmu Allah yang maha luas itu dan beramal serta berbakti kepada agama dan masyarakat.Amen..

Doa ummi dan abi
Dianella..Perth

Tuesday, April 15, 2008

'Tawaran Istimewa"

(creative sungguh anak-anak ummi...uhhh.. snow is falling down covering the ground..good work..keep it up..but don't forget to tidy them away when you have finished playing..)
Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke dua anak-anakku bercuti sekolah. Bermakna sudah dua hari jugalah sistem point dan bonusku untuk mereka berjalan. Nampaknya setakat hari ini...agenda ku berjalan dengan baik sekali. Si abang dan si adik nampaknya bersungguh-sunguh berusaha untuk mengutip point dan bonus tawaran ku sepanjang hari. Paling kurang mereka perlu mengumpul 150 point dan bonus setiap hari untuk berjaya mengutip up to 2000 point untuk melayakkan mereka menerima tawran istimewa kami.Nampaknya mereka amat berhati-hati sekali menjaga perangai dan tingkah laku kerana bimbang point dan bonus di rub out. Perangai si abang yang kadang-kadang suka mengusik dan sesekali membuli si adik dah banyak berkurang..Dan suara jeritan dan pekikan si adik lantaran di uik si abang juga sudah kurang kedengaran.Alhamdulillah....Tak perlu juga ku kejutkan mereka setiap pagi...Ha...nampaknya dah pandai bangun sendiri terus kemaskan tilam dan katil mereka,kemudian terus ke bilik air ambik wudu'. Sejuk hati kami tengok perubahan sikap mereka...Walaupun mereka buat tu sebab nak dapat 'Tawaran Istimewa' kami, namun mudah-mudahan tabiat ini akan jadi amalan kebiasaan dan kekal dalam diri mereka. Alhamdulillah...syukur pada Allah atas segala kurnianNya dan IlhamNYa itu....

Monday, April 14, 2008

Ibu tercinta.

Seakan terbayang wajah bening itu...dengan susuk tubuh yang kurus dan mata cengkung namun cahaya kasihnya yang melaut itu tak mampu disembunyikan. Wanita berhati cekal itu tetap teguh berdiri meskipun berbagai ujian hadir silih berganti dalam hidupnya.Kalau dulu aku hanya tahu menyayangi dan mengasihinya namun jauh sekali untuk cuba mengerti sejuta pengorbanannya. Dari dulu hingga aku meningkat dewasa, kasih sayangnya tak pernah luntur.Tika aku rebah dia hadir menghulurkan tangan..menuntunku bangun dan memimpinku bertatih kembali. Dia datang tatkala ku memerlukannya tanpa peduli walau kesukaran terpaksa dihadapi. Tutur katanya bagaikan azimat yang mampu mencairkan hatiku yang keras dan degil ini. Mungkin barangkali ruh keibuannya itulah yang menjana kekuatan dalam diri itu. Dia tak pernah mengeluh letih atau penat lantaran kasih sayang yang menggunung bagaikan mendesaknya untuk memenuhi apa jua keperluan anak-anaknya. Pengorbanannya yang bagaikan lilin membakar diri itu terlalu mulia dan agung. Bagiku dialah anugerah Ilahi yang terlalu besar dan kehadirannya melengkapkan kehidupanku.Moga ibuku sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi. Semoga Allah mengasihani ibuku bagaikan dia mengasihaniku sewaktu ku kecil hingga ku dewasa. Moga kasih sayang Allah untuknya menggunung bagaikan kasih murni dan kudusnya padaku..Amen..
Setulus hati anakanda
Dianella perth

Saturday, April 12, 2008

Harapan ummi dan hasrat Abi

Antara sedar atau tidak kita hampir melewati suku pertama tahun 2008.Terasa bagaikan baru semalam bunyi letupan firework dilepaskan,lantas langit malam bergemerlapan bermandikan kerlipan percikan api dan cahaya. Gema laungan pekikan "Happy New Year" oleh warga Perth seakan masih terngiang-ngiang di telinga kami.Meskipun hanya berada di laman rumah, namun sorakan mereka masih jelas kedengaran.

(Outing to Mandurah and having crabing experience during their childhood time would be unforgotable memory,though they would not be in here anymore.The picture was taken in Mandurah in summer 2008)
Sorakan dan laungan saban tahun itu sudah berlalu...hari ini cuti penggal pertama anak-anak di sekolah sudah bermula.Subhanallah...Bermakna tugas aku sebagai ibu bertambah lagi.Kalau hari-hari biasa,waktu anak-anak banyak dihabiskan di sekolah. Namun waktu cuti-cuti begini,aku harus menjadi lebih kreatif untuk memastikan waktu mereka terisi sebaik mungkin.Tiga minggu bukan satu jarak waktu yang pendek,berbagai kemungkinan boleh timbul,di tambah lagi berbagai paparan rancangan television sepanjang cuti sekolah amat menggamit perasaan anak-anak untuk menontonnya.Namun wajarkah sebagai ibu, hanya membiarkan anak-anak menonton TV,menekan remote controller bermain games hanya semata-mata kerana kita malas untuk berfikir. Sedarkah kita bahawa secara diam kita cuba untuk membunuh masa depan mereka,anak dari darah daging sendiri.Membiarkan mereka leka dengan permainan games bererti kita berusaha mematikan daya kreativiti mereka dengan membekukan fikiran mereka.Kita biarkan juga fikiran anak-anak kita dijajah oleh pengaruh TV.
Menyedari keburukan ini semua, membuatkan kepala berpusing...dari malam tadi,si adik sudah mengeluarkan kertas tebal meminta ku mencatat point untuk mereka berdua sepanjang cuti sekolah ini. Alhamdulillah...paling kurang mereka mengerti bahawa mereka juga perlu mempamerkan good behavior sepanjang mereka bercuti di rumah. Aku sudah berjanji pada mereka...kalau mereka berjaya mempamerkan persembahan akhlak yang baik dan berjaya mendisiplinkan diri dengan mengikuti jadual cuti sekolah setiap hari,aku akan memberi mereka point. Bonus tambahan juga akan diberikan kalau mereka berjaya memberitahu aku maklumat dari fakta-fakta baru yang di baca setiap hari. Sebagai imbuhan..aku dan abinya akan menawarkan satu hadiah dengan membeli barangan kegemaran mereka.Harapan aku, moga usaha yang sedikit berjaya menjinakkan hati kecil mereka agar menjadi orang yang berdisiplin dan cintakan ilmu.Aku percaya..kejayaan takkan datang dengan sendiri tanpa usaha yang berterusan.Hasrat hati yang menggunung mahukan cahayamata kami menjadi insan berilmu dan berbakti pada agama dan masyarakat tidakkan kesampaian kalau hanya membiarkan waktu dan keadaan yang mencorakkan kehidupan mereka.Junjungan Rasulullah berrsabda..seorang anak ibarat kain putih yang bersih..terpulang kepada ibu bapanya samada menjadikan dia yahudi,nasrani atau pun majusi. Kehidupan ini bukan satu experiment.Masa dan waktu yang berlalu takkan datang kembali.Kita barjalan menuju ke hadapan, begitu jua usia anak-anak..jangan sampai sudah terlewat baru kita mahu melentur...


Yang Mengharap Menjadi Ibu Cemerlang
Dianella,Perth




Monday, April 7, 2008

Berbezanya kita makhluk biasa.

Bezanya antara kita dengan Pencipta. Meminta sesama manusia menjadikan kita makin hina,namun meminta-minta pada DIA menjadikan kita tambah mulia.

Meminta redhaNYA
Perth

Bisikan hati sang ibu




Sesekali bersua muka..menjamu selera bersama-sama sambil menikmati keindahan taman dan menghirup udara segar di luar membangkitkan suasana damai. Melihat anak-anak kecil berlari bermain ke sana ke mari...mengundang rasa puas di hati. Menyaksikan mereka membesar di depan mata merupakan anugarah TUHAN yang tidak mampu untuk diungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah..Terima kasih Tuhan atas rezekiMU yang tak ternilai ini.
(gambar 1&2 di ambil ketika di Kings Park 2007, when we celebrated eid-ul-adha. Gambar 3, ketika hari keluarga MAWAR at UWA.)

Sesekali suara-suara kecil itu datang meminta seteguk air untuk melegakan tekak yang kehausan, meminta sesuap makanan untuk mengalas perut . Mereka terlupa untuk menjamahnya terlebih dahulu kerana terlalu asyik bermain. Di sana juga kelihatan sang ibu berari-lari anak mengejar si kecil yang belum mengerti apa-apa,sukar untuk di pegang dan hanya tahu berlari ke sana ke mari. Sementelah di sana pula, sekumpulan ibu-ibu tekun mengikuti perbualan dan perbincangan yang tak rasmi, terhasil dari kemesraan yang berputik setelah sekian lama tidak bersua."Hai...anak-anak sekarang tak macam zaman kita lagi..mereka dah pandai meminta-minta..lihat kawan ada MP4 mereka nak MP4,lihat kawan ada handset..mereka nak handset juga..lihat kawan ada make-up set..mereka pun naaaak juga."Keluh seorang ibu yang mempunyai anak yang sedang meningkat remaja."Ala..itu trend zaman sekarang..bukan macam kita..dulu,masa kita tak ada benda-benda macam tu,biarlah diaorang nak merasa."Sampuk seorang temannya."Betul tu,duit boleh di cari..tapi kasih sayang tak mampu dibeli." Tambah seorang lagi teman..seolah memberikan satu conclusion yang wajar untuk difikirkan oleh semua kaum ibu yang menngasihi dan menyayangi si anak. Persoalannya wajarkah nilai sebuah kasih-sayang itu disamaertikan dengan curahan pemberian yang seringkali dilapik oleh keinginan nafsu yang tidak bertepian. Adakah corak kasih sayang itu yang kita dambakan dari anak-anak? Dalam sedar atau tidak kita sedang menanam asas kebendaan dalam membentuk kasih sayang antara kita dan mereka. Justeru tidak hairan suatu ketika nanti..saat kita tak berupaya untuk memberi lagi..di waktu kita memerlukan kemuncak bukti kasih sayang mereka..mereka menghilang. Di manakah mereka??Sudah pasti mereka sedang memburu pemberian, mengejar kasih sayang dan hanya bersama insan yang mampu memberi.

Kita gagal untuk menanam ruh iman dan aqidah dalam curahan kasih sayang pada jiwa mereka sejak kecil. Kita cuai menyiramnya dengan nasihat dan teladan penuh hikmat. Kita lupa untuk sentiasa membajainya dengan doa dan harapan yang menggunung kepada Pencipta dan Penjaga kita. Kita terlupa untuk menyatakan pada mereka bahawa pemberian yang kita hulurkan itu hanyalah sekelumit dari lautan nikmat yang Allah kurniakan untuk hambaNya.Kita juga lupa berpesan pada mereka agar bersyukur pada Allah, Pencipta kita dan bukan hanya sekadar melafazkan ucapan terima kasih hanya untuk kita.


Yang mengharap kasih sayang sejati
Dianella

Sunday, April 6, 2008

Duhai hati

"Hidup ini hanya seketika di dunia yang sementara. Kita akan kembali jua menemui pencipta". Bicara ini sentiasa di ulanginya tiapkali aku mengeluh penat setelah sehari suntuk mengejar waktu yang bagaikan tidak pernah cukup itu."Apa amalan yang boleh kita bawa bersama bila ajal datang memanggil?"Soalan itu seakan menghentikan gerak nafas di dada,membungkam seribu perasaan yang sukar untuk kugambarkan. Aku menarik nafas dalam-dalam,seolah ingin meleraikan perasaan yang berbuku di hati.."Ingatlah...Kita berusaha untuk membina sebuah rumah cantik untuk berteduh sementara di dunia,namun adakah kita juga
berusaha untuk membina mahligai indah untuk kehidupan abadi di syurga?"Perlahan dia mengungkap kata-kata itu,membuatku terdiam lagi. Aku termenung sejenak, terasa terpukul dengan pertanyaan dan butir bicara itu. Kepalaku berpusing..satu demi satu persoalan itu hadir...Dari mana aku datang?Untuk apa aku datang? dan ke mana akan ku kembali..terus menghujani benak fikiranku. Aku menghela nafas perlahan-lahan...Benar..untuk seketika aku terleka dibuai angan dan impian indah yang kubina sendiri...Aku terlupa untuk terus berpijak di bumi nyata. Alhamdulillah aku tidak keseorangan tatkala aku terlena..kehadirannya sebagai suami,teman dan sahabat untukku menumpang kasih dalam KEMBARA MEMBURU REDHANYA amat bermakna. Terima kasih TUHAN atas pinjaman dirinya itu untukku.

Yang sentiasa mengharap ihsanMU
Dianella Perth

(gambar aku dan suami tercinta ketika di Rongkingham,PERTH)





Dedicated for My beloved AB

Umie,ijo,jue,K.Ross,Dah,Zam,K.Long,Na.. And also for someone special in our heart, ikin.

Salam rindu buat sahabat yang jauh di mata namun amat dekat di hati. Biarpun perbezaan jarak...ribuan batu memisahkan kita, ikatan ukhuwwah dan persahabatan tetap utuh tersemat di jiwa. Bukan harta yang menyirami,bukan jua darjat yang membajai.. namun keikhlasan berpaksi aqidah dan iman yang dijunjungi.

(The picture with Jue and her hubby(one of my beloved Ab members) was taken at Doha international Airport,1999 when we were on journey home from Damascus)

Sahabat...
Terasa baru semalam kita bersama..berlari..terjatuh namun lantas bangun tanpa rasa jemu demi mengejar lautan ilmu. Biarpun onak dan ranjau seringkali datang namun kehadirannya hanya seketika cuma. Kita akui kekadang antara kita seakan tak berdaya untuk melangkah.. dek kerana luka terkena duri onak dan ranjau, namun kekuatan persaudaraan dan persahabatan kita mampu untuk menjadi penawar mengubati kepedihan luka itu.
Sahabat...Langkah demi langkah kita atur tanpa menoleh lagi. Terasa lambaian ilmu bagaikan memanggil-manggil tanpa jemu. Terbayang indahnya hidup di tengah-tengah lautan ilmu.Moga keizinanNYA membekalkan kekuatan untuk kita terus berkelana memburu ilmu.

Sahabatmu yang jauh di mata:
Perth

Saturday, April 5, 2008

Di dapur PERISTIWA

Alhamdulillah program PERISTIWA yang dirancang adik2 dari Curtin Uni berjalan lancar. Tahniah buat mereka yang bertungkus lumus menjayakan program yang memang cukup baik itu. Untuk Fadil dan Azza,semoga pengorbanan kalian berdua dinilai dengan sebaik2 nilaian di sisi Allah.
(Gambar dirakam ketika malam terakhir PERISTIWA. Athi,aku,kak zah dan Azza kat dapur PERISTIWA).

Rockingham,2007

(alhamdulillah,licin nasi goreng dalam dulang Athi,sedap sungguh air tangan makcik ye athi....)

Friday, April 4, 2008

Syukur pada ILAHI

A gathering we have just now was a special moment Allah gave me. Meski pun seketika namun cukup untuk mengembalikan nostalgia lama tika diri ini masih single.Waktu itu saban minggu kakak-kakak senior datang dan kami berkumpul bermuhasah diri.Membaca sepotong dua ayat suci al-quran dan hadith memberi kekuatan pada hati2,untuk terus menyusuri arus kehidupan di negeri orang. Kini saat itu kurasakan seakan berulang kembali. Namun waktu membuatkan keadaan juga berubah. Kalau dulu aku selalu menadah telinga sambil melapangkan hati menerima nasihat dan peringatan dari para senior,namun kini giliranku pula mencurahkan ilmu yang tak seberapa. Menyedari betapa pentingnya tanggungjawab itu dilaksanakan,ku cuba gagahi diri dan hati untuk sama2 berkongsi ilmu.
Tatkala ku menatap wajah adik-adik yang baru ku kenali itu, terasa bagaikan bibit kasih-sayang,ukhuwwah dan silaturrahim itu seakan sudah lama terjalin. Wajah-wajah jernih itu amat mengagumkan aku. Betapa keinginan dan cintakan ilmu Allah amat mendalam membuatkan mereka tekun mendengar setiap butir perbincangan
.SUBHANALLAH.
Persoalan aqidah menjadi topik perbincangan kami untuk sesi yang julung2 kali ini. Huraian al-Fatihah bagaikan melengkapkan pertemuan.Sesungguhnya rahmat dan kasih Allah itu maha luas dan mendalam. Sebagai muslim yang mukmin kita diajar bagaimana untuk mensyukurinya. ALHAMDULILLAH....Terima kasih TUHAN atas kesempatan yang tak ternilai ini.Tetapkan hati ini agar terus istiqamah di atas jalanMU. Berikan ku kekuatan untuk terus menunaikan amanahMU. Moga secebis usaha ini mendapat perhatian,rahmat dan redhaMU.

Hamba yang kerdil;
Dianella,Perth.

Thursday, April 3, 2008

Thank you for visiting us

The picture was taken when Mummy Choh and
Pakcik Mat were in here.We went to King's Park as holiday couldn't be meaningful without it. It was an unforgotable moment.

Wednesday, April 2, 2008

The Beautiful Creatures

Had a nice day by walking around seing the wonderful underwater creatures in AQWA was a valueable memory we have ever had. Colourful starfishes, fantastic stingrays, giant sharks and much more other creatures had been showing us The Power of Allah. No one can deny that all creatures on earth and space are the fantastic proof of Allah as ONE GOD.

Tuesday, April 1, 2008


Playing with starving crabs.Be carefull! Please don't
hurt them. Otherwise ummi will throw them back
.