Pages

Saturday, December 18, 2010

"Ummi...Think of the future!!!"

Cuti sekolah anak-anak telah bermula. Teratak sementara ku kembali riuh meskipun hanya dua putera yang menghiasi hidupku dan suami saat ini. Saat-saat begini amat kurindui biarpun kadangkala tahap kesabaran ku tewas juga tatkala mendepani kerenah putera yang baru melangkah ke alam remaja. Dengan bebanan kerja yang tak pernah selesai,hasrat hati yang ingin meningkat kemajuan diri, kerja rumah yang tak pernah berkurang, suami dan anak-anak yang sentisa menuntut perhatian adalah rutin tugas yang tidak pernah bersempadan.

Namun itu semua adalah cabaran yang harus ditempuhi..Bukankah hidup ini sendiri adalah cabaran??
"ummi..You wanna go crabbing??" Muaz datang bertanya.."Urm..Ummi banyak kerja..tengok nih..kain baju yang banyak tak berlipat..adik pergi lah dengan abi dan along..Ummi tunggu ketam adik kat umah"..Tiba-tiba rasa bersalah hadir dalam hati..Kenapa perlu aku bersikap mementingkan diri sendiri sedang anak perlukan perhatian. Muaz diam mendengar jawapan dari mulutku. Seketika dia berlalu..

Cuaca yang panas di musim summer menyebabkan tubuh bertambah keletihan. Aku pulang awal lantaran hati masih disaluti rasa bersalah pada anak-anak.
"Ummi..you wanna go crabbing ummi?" Soalan yang sama diajukan lagi..Itulah anak-anak, tidak pernah tahu menyimpan apa-apa perasaan kecil hati..keletah mereka cukup menghiburkan tatkala minda waras menilai "InsyaAllah dik..pergi ambik buku..duduk dan baca kat ummmi ni.." Muaz bangun mencari buku untuk di baca..Seketika matanya pejam..terlelap rupanya anakku ini.

******

Suasana malam di bawah Mandurah Bridge sungguh sejuk. Angin bertiup agak kencang sementara air pasang melimpah hingga ke gigi tebing pasir. Sunyi meghiasi malam mencetus rasa tenang dan damai..Hanya kedengaran tiupan angin dan deruan ombak kecil dari muara sungai ini menghempas pasir..Aku sukakan suasana ini..subhanallah..sungguh agung ciptaan Allah menciptakan malam dan siang..Menjadikan malam itu sunyi kerana lantaran manusia sudah keletihan melayan kebingitan siang..

Dari balik tingkap cermin kaca aku melihat suami,mujahid dan beberapa kawan2 suami berjalan menuju ke jeti di bawah jambatan..Aghhh..sungguh energetic mereka dengan hasrat menangkap ketam2 itu..

"Tunggulah dulu..sejuk sangat kat luar tuh" Aku membalas kata Muaz tatkala dia mengajak ku keluar juga.." Adik tuh dahlah selsema..tidur dulu..insyaAllah nanti ummi kejutkan adik, kita ikut sama". Jam di tangan menunjukkan 12.30 malam. Tak sanggup rasanya untuk bersengkang mata dengan kesejukkan mencengkam tulang. Muaz menurunkan tempat duduk kereta, mencapai bantak busuknya dan membaringkan tubuh..Seketika dia terlelap..

*****
Jam 4.30 pagi ..Mujahid dan MUaz menuju gigi air mengambil wuduk untuk solat subuh.Selesai solat mereka menuju ke jeti..Suami tegar menangkap ketam dari malam tadi bersama kawan2nya.

"Dah banyak ke dapat?" aku bertanya suami dan anak-anak. "Adalah 20 ekor tapi dah bagi kat dorang bawak balik.." tinggal 5 ekor untuk kita dalam bucket tu ha" Suami mebalas.."tak pe..insyaAllah..nanti dapat lagi." Sungguh optimis dan bersemangat suami dan anak-anakku..

Seekor demi seekor ketam dapat dinaikkan..Angka mencecah 30 ekor dengan saiz yang melepasi syarat."Subhanallah!! Besarnya yang nih..." Aku menjerit kecil.."No..No..look!!she's pregnant" Mujahid cepat2 memberi respon." telur dia tuh sedap tuh!!" Aku lantas menjawab" Ummi..ummi.. Think of the future!!" MUjahid bersahaja menegur ku..Namun dari sinar matanya..ku nampak keikhlasan seorang kanak2 yang cintakan alam sekitar..

Alahamdulillah.. ummi bangga dengan kalian.. Kasihkan alam dan makhluk Tuhan menjadikan kalian membesar tidak mementingkan diri sendiri..Bumi Allah yang Dia ciptakan harus dipelihara dan dikongsi dengan penghuni makhluk lain..Semoga rasa cinta dan kasih yang membenih dalam jiwa kalian terhadap makhluk TUHAN tidak akan kekeringan lantaran kerakusan manusia bernama Insan..

Ummi..
Isobel street..

Thursday, December 16, 2010

Niat di sebalik celoteh itu..

Kakiku melangkah menuju ke bilik 2.11. Kelihatan rakan2ku telah memenuhi kerusi yang ada. Aku menjeling ke arah jam tangan " ahh..masih awal" bisik hati kecilku. Sambil melabuhkan punggung ke kerusi, aku menarik helaian kertas yang siap diprint semalam dari celah2 buku dalam "shopping beg" aku..gelaran yang ku kira paling layak utk beg yg berharga $5 aud yang tahan lasak dan mampu ku sumbat buku2 yang agak berat di dalamnya tanpa bimbang akan koyak di pertengahan jalan..

"ehemm..you looked so relax.." Teman di sebelahku,bernama Kumi gadis kelahiran negeri Matahari Terbit itu menegurku.."No..I'm nervous..but you know.. once you have done it..nothing to be worried about anymore...."Aku cuba bertenang sekali pun dalam hatiku hanya Allah yang tahu. Aku tidak risau untuk bercakap di depan khalayak ramai kerana perkara itu sudah agak biasa bagi diriku. Tetapi yang menjadi masalahnya di kala presentation terpaksa menggunakan bahasa lain yang sudah tentu haru bagiku.

KUkuatkan hati dan semangat..jauh di sudut hati kecilku memanjat doa agar apa yang bakal ku lontarkan nanti memberi manfaat..

Perbezaan budaya dan tradisi di kalangan masyarakat majmuk bukanlah alasan untuk saling bercakaran sesama manusia. Allah menjadikan manusia berbeza bangsa,warna kulit dan tutur bahasa bukan untuk dijadikan jurang yang menjauhkan persahabatan dan saling mengenali sesama manusia. Bahkan ia adalah sebab pembina rasa ingin tahu, belajar dan berkongsi keistimewaan setiap bangsa. Lebih dari itu kemuncaknya pencetus kepada siapa Yang Maha Pencipta?

Ku cuba olah kepelbagaian budaya, cara hidup dan tradisi masyarakat di Malaysia. Hakikat yang ingin kunyatakan di sebalik presentation ini ialah Islam agama yang mendominasi kepelbagaian cara hidup di negara kelahiranku ingin kuterjemahkan sebagai agama perpaduan dan kasih sayang..Ku cuba sampaikan kepada mereka menerusi etika pergaulan yang menjadi amalan kita. Penerapan rasa hormat. perintah agar adil kepada semua orang tanpa mengira bulu, sentiasa menunjukkan tanda persahabatan secara langsung difahami menerusi "konsep air muka" yang menjadi amalan kita.

Menjaga"Air muka" samada air muka kita dan air muka orang adalah satu konsep yang diamalkan kita semua. Ia mendidik sikap tolak ansur yang cukup tinggi di kalangan orang kita. Menerusi konsep yang menjadi amalan ini, secara tidak langsung kita diajar agar tidak memalukan orang lain dengan sentiasa menjaga dan mengambil kira perasaan mereka. Ia melatih orang kita agar tidak mementingkan diri sendiri dan sikap ini akan membibit rasa kasih sayang dan mengukuh persahabatan antara kita. Selain itu menjaga air muka sendiri juga mencegah kita melakukan sesuatu di luar batas adat dan tradisi malah yang bercanggah agama. Lantaran semua itu mendatang keaiban dan memalukan air muka membuatkan kita mengelak dari melakukan perkara tersebut.

Tanpa mengatakan bahawa semua itu ajaran Islam, kukira mereka memahami bahawa itulah nilai Islam. Aku yakin personaliti zahiriyyah aku muslimah bertudung telah menjadikan aku sebagai duta kecil islam di hadapan mereka , sedang bercerita secara tak langsung tentang cara hidup seorang muslim di tengah2 kepelbagaian budaya dan tradisi cara hidup masyarakat bukan Islam lain.

"I think muslim in Malaysia are much better than muslim in Europe"..Ku kira conclusion Cristian lelaki warga Belgium itu telah menunjukkan bahawa hasratku sedikit sebanyak telah tercapai meski pun hanya sekelumit cuma. Ternyata aku berjaya menukar persepsi generalnya terhadap muslim setelah sejak kehadirannya seminggu yang lalu jelas menunjukkan tidak senang padaku lantaran aku seorang Muslimah.

Persoalan demi persolan cuba ku jawab dengan baik dan berhati-hati. Dari topik asal meleret hinggalah kepada masalah hijab,poligami, pergaulan telah memaksa aku berada di hadapan mereka lebih satu jam.

"Thank you Tie.I have never ever heard such a good thing about your religion and culture before..It's so beautiful and really nice to know.. "Komentar Darina gadis cantik bertubuh kecil dari Czeck Republic itu cukup kuhargai. Memberi semangat buat diriku untuk terus memperbaiki akhlak dan tingkah laku agar terbukti apa yang kututurkan sebentar tadi terbukti benar menerusi setiap gerak geriku..

Semoga Allah kurniakan aku kekuatan dan Istiqamah..ameen..

Ummu Mujahid
Isobel street..