Pages

Friday, December 5, 2008

Bonda Tercinta




Ibu Tersayang,

Kasih dan perhatianmu tiada tandingan..Mampukah ku jejaki pengorbananmu..ku turuti setiap langkahmu..


Tak pernah kulupa segala perhatian dan ribuan pengertian yang kau hulurkan..

setiap kemelut kehidupan yang kulalui..kau hulurkan simpati dan setiap keluhan ku kau mengerti.


Tak mampu ku balas setiap titis jerit perihmu..

Hanya doa ku pohon agar Allah mengasihani dan menyayangi mu bagaikan kasih dan kasihanmu padaku semenjak ku kecil.


Ibu..Hadirmu di sisiku tiada galang gantinya....semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buatmu..


Ibu..Ku sentiasa memerlukanmu di sisi menuntunku menjadi insan yang mengerti erti liku-liku kehidupan. memimpinku menjadi insan yang diredhai TUHAN.


Yang amat menyayangimu..

anakanda

Isobel street,bentley

Saturday, November 29, 2008

Damainya.....


Cuaca begitu baik dengan langit membiru..sesekali angin sejuk terasa masuk melalui sliding door yang sengaja ku buka luas. Hanya fly screen sahaja yang kubiarkan tertutup agar tiada "makhluk Allah" itu masuk mengganggu ketenteraman makanan di dalam rumah.Sesekali mataku melilau melihat dua puteraku yang asyik bermain soccer di luar rumah.Sejak sehari dua ini mereka teruja berada di luar rumah..Apa taknya..penangan lawn mower baru kami beli..rajinlah semua orang memotong rambut2 rumput kat halaman rumah yang sekejap-sekejap panjang tak terurus tu."ummi nak buat apa beli mesin rumput yang baru ?" Suamiku bertanya tatkala ku mengajaknya survey harga mesin rumput kat Bunning Warehouse pagi-pagi buta tempohari. 7.20 pagi, aku dan suami dah terjegat kat depan kedai besar ni yang menjual berbagai barangan dan kelengkapan "warehouse". "Tak pelah abi,ummi nak angkut semua barang2 kita once kita dah nak balik malaysia nanti""Biar betul ummi..kalau macam tu abi pun nak tumpangkan proton2 wira kita tu jugaklah" suamiku berkata.Aikkk dia pula yang bersemangat."kalau macam tu nanti kita sewa shipping container yang panjang dan besar lah..yang muat untuk dua kereta" "Hehehe..mesin rumput belum jumpa lagi nih ha" Aku bersuara sambil mata melilau ke atas mencari sign-board penunjuk ruang yang dicari. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak lawn-mower baru dengan separuh harga.Puas hatiku..

Melihat rumput yang menghijau dan terurus di halaman rumah sudah cukup menyejukkan hati.Sesekali aku memanjakan kaki tanpa berselipar memijak rumput yang bagaikan carpet permaidani itu. Subhanallah..sungguh damai rasanya..

Tiba-tiba"cepat!!!abi dah lambat ni.."kedengaran suara suamiku memanggil dua putera kami. Meraka bergegas bersiap untuk mengikuti abi ke usrah mingguan. Lalu lamunan ku turut terganggu seketika...

ummu mujahid
Isobel street,bentley


Sunday, November 16, 2008

Di Pagi Raya




Merah Jambu Di Pagi Hari Raya



Abi sedang bercakap dengan keluarga di Malaysia di pagi raya sebelum kami ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil fitri.






Tuesday, October 28, 2008

Assalamualayum..Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah,rahmat dan rezekiNya yang mahaluas dan banyak..ruang waktu dan kesihatan yang mengizinkan kita semua menamatkan "Trip Sedih Tak Dapat Balik Beraya Tahun Ni-Journey toAlbany" .



Syukur alhamdulillah kita semua selamat pergi dan balik walaumelalui perjalanan penuh ranjau berliku..hehehe..



Dikesempatan ini kak Tie nak rakamkan sekalung ucapan terima kasih buatAbg Faisal dan kak Najwa atas susah payah kalian sekeluarga mengetuaiekspedisi ini dengan penuh dedikasi dan kak ti fikir percubaan kalianamat cemerlang jika diukur untuk satu percubaan pertama.TAHNIAH!!Buatsi kecil Harraz..satu2nya baby yang turut serta..kehadirannyamenceriakan lagi our journey.(jgn lupa invite kami sekeluarga lagiye..hehe)



Kedua...Terima kasih untuk semua keluarga yang menyertai..Sheikh Imam(Abg Nizar)dan Kak Hanisah..Pengalaman menjadi makmun dan berimam abgNizar dengan menghayati bacaan-bacaannya yang penuh tajwid dan makhrajyang begitu jelas dan baik sekali,merupakan pengalaman yang begitumanis..kak Nisa yang banyak membantu walaupun keadaannya yang kepenatanberbadan dua banyak menginsafkan diri ini agar sentiasa ingat danmengutamakan orang lain dari diri sendiri dalam apa jua keadaan.Suatubibit petanda ukhuwwah yang begitu bermakna.. Alhamdulillah.



Buat Abg Ibrahim dan kak Liza yang begitu reliable dan sedia membantudalam apa jua keadaan dan waktu..kenangan ini akan dikenang selalu.kaksiti yang sedia turun ke dapur memimpin pasukan ibu2 memasak memangmengkagumkan..dengan bekalan bahan mentah yang minimum..kehandalannyaterserlah dengan menghasilkan masakan yang enak dan lazat walaupunsimple.Alhamdulillah..Akhirnya buat adik2 tersayang yang mengikuti Trip ini..pengalamanbersama walaupun pendek dan singkat mengeratkan ukhuwwah sesama kitadan membuatkan kita lebih mengenali.Sikap ringan tangan,tolong-menolongdan sedia berkhidmat walau masing-masing keletihan amat mengharukan kakTie khususnya.Komitmen kalian dalam bersegera dan menepati waktukhususnya bangun awal pagi meredah dingin subuh dan hujan renyai2semata2 untuk solat jemaah beramai2 begitu membanggakan.Sesungguhnyawalaupun ianya hanya akan tinggal kenangan namun bagi kak tie terlalubanyak teladan dan pengajaran baik yang berjaya dikutip dalam setiapdetik bersama.Buat Umayr..Tika mata terbuka kerana silau cahaya lampu dan melihatUmayr berdiri di kaki katil"Bangun.. dah pukul 5 pagi"..Tiba2 hati iniberkata"Subhanallah!Alhamdulillah!Bagusnya Umayr.."Semoga Allahmemberkatinya.."Kak Ruhi..kita bawak projector" Nabilah berkata tika kami bersuasejurus sebelum memulakan perjalanan.Sejenak hatiku sungguhterharu..betapa dia telah berfikir untuk cuba mengisi masa jika adayang terluang..Aduhai Sang Murabbi.."Banyak sungguh cokelat dan air kat dalam peti ais tu..Haa..taksangka..banyakkk tu diaorang letak...mungkin sebab kita bayar rumahni,nanti kalau kita nak balik..kita ambillah ye",hatiku berbungariang..paling kurang fiza gembira menginap dan bermalam kat Albanymotel Resort ni..walaupun akhirnya dapat tahu kena bayar..hehehe"Kak tie..nabilah tak bangun lagi"Nur berkata..aku memandang ataskatil..mata mencari kelibat nabilah.. tak de orang.."kak Tie..nabilahtak bangun lagi"Sekali lagi nur mengingatkan aku..Mananya?? Tu!! O YaAlllah..kecil dan leper hingga tak sangka kat bawah selimut tu adaorang..Bagus betul si Nur ni..bimbang sangat jika sahabatnya Nabilahterlepas solat subuh berjemaah.."Nanti Fareh hantar dulu makanan ni..lepas ni Fareh datang lagiambik"..Fareh tak jemu2 menawarkan bantuan dan khidmatnya..Ringantulang sungguh si cantik ini..alhamdulillah.."Kak ti..kat mana nak buang semua sampah sarap ni ye?Ooo nanti kak tiecek..rasanya setiap rumah ada big bin....habis semua sampah satu rumahdipungut tanpa disuruh..padahal tak ada tugas pun ditaklif..Najwa yangpenuh sikap bertanggungjawab dan prihatin .alhamdulillah bagusss sangat."Kak Ruhi..kak Ruhi tidurlah atas bed tu..Nanti Iman boleh tidur katbawah..lagipun iman ada sleeping bed" Si manis Iman begitu pemurahmenawarkan tempat tidurnya untukku tatkala aku menagih simpati dirumahmereka menumpang tidur.Cantik betul akhlaknya secantik dan seindahnamanya.Segan pulakk aku dibuatnya."Kak Ruhi..tak sangka kak Ruhi ada kat dalam rumah ni..kitaorang cakapentah apa2..Sue bimbang kalau2 perbualan dan bicaranya sebentar taditersalah atau tersilap..namun aku dapat mendengar sebahagian butirbicaranya..alhamdulillah dalam keseronokkan berjaulah mereka masihmampu menjaga tutur bicara walaupun sering ada usik-mengusik.Jauhsekali perkataan sonsang atau bicara sumbang kedengaran."Syazwan tak sempat habiskan kerja ke..kesian syazwan".Aku bertanyatatkala mengetahui syazwan tak dapat ikut trip.."Saya rasa syazwan takdapat pergi sebab saya..dia tanya saya..kalau saya jadi dia..saya ikuttak trip ni..saya kata saya tak pergi..sebab kalau saya risau sebabkerja tak siap saya tak seronok nak jalan" Hana cuba menyalahkandirinya.Dalam hatiku..sikap Hana patut dicontohi..jujur memberipandangan walau tahu mungkin ada yang kecewa sebab syazwan tak dapatikut..."Kau orang makanlah..tak payah basuh pinggan..Nak ke nasi himpitni?"ayie sibuk memanaskan lauk-pauk sedang kami semua hanya menjamuselera.Sikapnya yang prihatin dan bertanggungjawab amat terkesan dihati ini.Walaupun keletihan baru balik kerja dan bukannya turutsertapun dalam trip ni namun sibuk memastikan keperluan kawan2nyadipenuhi."Kak Ruhi..Syazwan bagi duit..dia tak dapat hadir"Fiza menghulurkanduit tika masing2 cuba untuk membuat bayaran.."OOo..Syazwan tak sempatsiapkan kerja ye,Tak perlah,pulangkan semula duitnya" ya Allah..Bukansenang nak jumpa individu yang begitu sarat dengan perasaantanggungjawab dan amanah dengan janji..Walaupun menyedari dirinya takmengikuti trip tapi masih menghulurkan duit semata2 kerana sudah janji."Kak Tie..tadi Sal telefon..Dia tanya adakah kita masih kat Albany lagike"Bagus ..semangat persahabatan dan ukhuwwah sentiasa dihati walaupunsahabat tidak ada di depan mata.AKHIRNYA KEMAAFAN KAK TIE POHON DARI SEMUA ANDAI ADA SALAH DAN SILAPSEPANJANG BERJAULAH DAN BEREHLAH..IKHLAS:KAK TIE/RUHI

Di mana bumi di pijak di situ KAU kami sembah ya Allah. Semoga rahmat dah kasih MU sentiasa bersama kami.Bergambar kenang-kenangan di hadapan Masjid Katanning..on our way back to Perth

Berada di puncak Tree Top Walk ..Tinggi juga titian ni..dah lah angin kuat dan hujan plak tuh..Mujahid dan Muaz dah naik takut..
Tak boleh dibayangkan titian sirat yang menunggu!!!!!

Wednesday, June 18, 2008

Kasih mereka padanya s.a.w


Air mata mengalir..melilih..hatiku sebak seketika. Ku letak seketika kitab sirah itu..lantas cepat-cepat tangan menyeka airmata di pipi.Sungguh agung kasih para Sahabatmu terhadapmu Ya Rasulullah.
(An outing to Harbour Town with Khali Ya)
Walau berkali-kali sudah kisah riwayat hidup baginda Rasulullah s.a.w ditatapi namun sirah tersebut seakan tak puas untuk ditatap buat kesekian kali lagi.

Terbayangkah kita andainya kita kehilangan seseorang yang amat kita kasihi dan sayangi. Atau paling kurang kita pernah melihat atau membaca kisah mereka yang kehilangan ibu,ayah,suami atau anak yang amat dicintai. Sudah tentu kejutan tersebut membuatkan mereka tercengang seakan tidak menyangka orang yang disayangi sudah tiada lagi. Atau barangkali kehidupan mereka menjadi tidak terurus untuk beberapa tempoh kerana masih tidak dapat menerima kenyataan sebuah kehilangan.

Keadaan ini tidak pelik bagi manusia yang mempunyai pertalian nasab dan darah..

Namun pemergian Baginda Rasulullah s.a.w menghadap Kekasihnya yang tercinta telah ditangisi oleh ribuan sahabat baginda s.a.w.Mereka tidak pernah mempunyai pertalian darah mahupun nasab dengan baginda. Sebahagiannya pernah menjadikan Rasulullah s.a.w musuh yang paling dibenci. Namun siapa sangka hadirnya hidayah,berakarnya iman dan berbunganya ukhuwwah telah membibitkan rasa cinta dan kasih yang mendalam terhadap baginda rasulullah s.a.w. Ternyata kasih para sahabat r.a terhadap baginda s.a.w terlalu agung melebihi kasih ibu terhadap anak dan mengatasi kasih anak terhadap ibu.Ingatkah kita tatkala Mus'ab Umayr berhadapan dengan kerenah ibunya yang tidak mahu menyentuh walau secebis makanan atau seteguk minuman lantaran kecewa di atas pilihan Islam anaknya.Ingatkah kita Zayd adduthanah pernah berkata tatkala disaat dia disiksa..orang musyriq pernah menawarkan pilihan kepadanya."Mahukah tempat engkau ini digantikan oleh Muhammad dan engkau akan kulepaskan bebas?" Zayd berkata "Demi Allah aku tidak sanggup melihat walau sebilah duri pun menikam Muhammad sedangkan aku bersenang-senang dengan keluargaku".

Nah inilah sebahagian bukti kasih dan cinta para sahabat r.a terhadap baginda s.a.w.





Lantaran itu ketika berita kewafatan baginda s.a.w diketahui,mereka tercengang,kebingungan seolah tidak dapat menerima kenyataan. Sayyidina Umar cuba memujuk dirinya dengan berkata baginda menghilang seketika untuk bertemu dengan Allah seperti nabi Musa bertemu Tuhannya. Setelah mendengar bicara dan nasihat sayyidina Abu Bakr"Barang siapa yang menyembah Muhammad..Muhammad telah mati Barang siapa yang menyembah Allah Dialah TUhan yang kekal abadi" lantas Umar rebah ke bumi.

Kewafatan baginda s.a.w memang tidak dijangka oleh para sahabar r.a lantaran senyuman akhir baginda tatkala beliau menguak tirai menyaksikan saf jemaah sahabatnya tersusun rapi untuk menunaikan solat berjemaah.Senyuman murni penuh tulus itu disangka mereka senyuman orang yang beransur sembuh dari sakitnya yang kuat tanpa menyedari senyuman itu merupakan senyuman terakhir yang tidak akan mereka saksikan lagi sampai ke akhir dunia.


Itulah kasih baginda terhadap para sahabatnya dan ummatnya yang terlalu agung. Hingga disaat-saat kematiannya masih berfikir tentang ummatnya tercinta. Saat sakaratulmaut hampir tiba beberapa detik lagi, baginda s.a.w masih sempat tersenyum menatap dan memerhati para sahabatnya tercinta.Masih mampu untuk mengukir senyuman tulus murninya hinggakan senyuman tersebut tak mampu dipadam dari ingatan para sahabat yang menyaksikannya.



Bilal r.a sering menitis airmata tatkala merindui Rasulullah s.a.w. Kerinduannya yang mendalam terhadap baginda s.a.w membuatkannya tak mampu lagi untuk mengalunkan azan setelah kewafatan baginda s.a.w. Itulah kasih para sahabat r.a terhadap baginda s.a.w. Moga kasih kita terhadap junjungan mulia itu juga seagung kasih mereka padanya s.a.w.



Secebis nukilan:dianella Perth



Saturday, June 14, 2008

Titisan Iman

Ketika Rasulullah s.a.w sedang bertawaf di kaabah pada hari pembukaan Mekkah, seorang lelaki bernama fudhalah datang menghampiri baginda. Dia berjalan mendekati Rasulullah s.a.w dengan niat ingin membunuh baginda. Apabila dia datang menghampiri baginda,tiba-tiba Rasulullah s.a.w bersabda"Kamu Fudhalah?"Jawabnya"Ya..saya Fudhalah..wahai Rasulullah,"Kata Rasulullah s.a.w lagi"Apa yang sedang kamu bisikkan dalam hati kamu ya Fudhalah?"Jawabnya"Tiada apa-apa..saya sedang mengingati Allah."Lalu baginda senyum dan berkata"Pohonlah ampun dari Allah.."Kemudian baginda Rasullulah s.a.w meletakkan tangannya ke atas dada Fudhalah,maka tenanglah perasaannya.Fudhalah sendiri menceritakan"..Belumpun sempat Rasulullah s.a.w mengangkat tangannya daripada dadaku,sudah pun terasa padaku tidak ada makhluk Allah yang lebih kukasihi selain darinya"

Maka pulanglah Fudhalah ke rumahnya. Di perjalanan, Fudhalah bertemu dengan seorang wanita yang meminatinya.Wanita itu berkata"Marilah kita berbual." Fudhalah menceritakan peristiwa itu dalam syairnya yang bermaksud:

Dia berkata"Marilah kita berbual" Maka tidak! kata saya,
Kerana Allah dan Islam telah pun melarang saya,
Saya telah melihat Muhammad baru sekejap sebelum ini,
Muhammad dengan kemengannya telah memusnahkan semua patung dan berhala,
Jelaslah agama Allah itu terang dan nyata,
Sedang syirik membawa kegelapan menutup muka.
Sumber:Ibnu Hisyam dalam fiqh al-Sirah:Ramadhan said al-Buti :567

Monday, June 9, 2008

Celoteh anak-anak







Riuh rendah anak-anak kecil bergegas keluar setelah habis kelas tadi. Setengahnya mengunyah cokelat yang dibekalkan guru sehabis belajar,tanpa menghirau parents yang sedang menunggu di luar pagar masjid.Sebahagiannya pula asyik berlari bermain kejar-mengejar walaupun suasana dah makin gelap.

Melihat kelibat Muaz dan Mujahid,aku terus memanggil mereka"Along..adik cepat kita balik..nanti makin gelap ummi tak nampak."Memandu ketika waktu malam memang agak sukar bagiku yang rabun dan silau ini. Disebabkan jalan dari rumah ke madrasah ini dah begitu familiar sangat maka ia taklah menyukarkan sangat. Walaupun begitu aku cukup berhati-hati sebab malang tak berbau..mudah-mudahan Allah selamatkan dari segala perkara yang tak baik.
"Ummi..One old man at the Mosque just now said, if someone listens a lot of music he would turn to dog or monkey..is it right ummi?"Along bertanya sejurus kereta kami meninggal perkarangan masjid."Sorry along! How come people can turn to animals? "Tiba-tiba si adik bersuara kehairanan."Yeahh..he said that.. if we listen to songs or something like heavy music."along menambah penjelasan tentang kata-kata lelaki yang ditemui dalam masjid tadi.

"Betul along.. kata-kata the old Man tadi betul.. Kalau kita dengar music macam tu banyak sangat maka kita mungkin berubah jadi dog dan monkey."Aku menjawab..along dan adik terdiam.."Tapi bukan berubah fizikal..That doesn't means you will have tail or long ears like monkey's one. Tapi perangai kita akan berubah tak macam orang lagi..we behaved like monkey and dog..Suka terhinjut-hinjut dan lupa Allah."Aku cuba menjelaskan pada mereka berdua."You know..dog and monkey tak lupa Allah sebab Allah dah jadi dia macam tu..tapi manusia akan lupa Allah kalau dia bersikap macam monkey dan dog sebab Allah tak jadi dia macam dog dan monkey pada asalnya.""now..I understand why"Along menjawab.."Yess.. Most of the times music buat kita lupa pada Allah, we still can listen it but we have to choose the right song..not the one that makes us bad behaved,lupa Allah dan terkinja-kinja macam monkey tu.."Panjang lebar aku cuba terangkan pada mereka..alhamdulillah..semoga mereka faham..

Kasih ummi buat kalian berdua tak pernah padam:
dianella




Saturday, June 7, 2008

Sepetang di King's Park


Adik dengan bola footy barunya..dikepitnya ke mana pergi..

Tanpa disedari..usia perkahwinan kita dah melewati 10 tahun..Rasa baru je kita kenal..hehehe..anak-anak dah besar panjang..moga hubungan kita kekal dunia dan akhirat..ameen Sama-sama tembam..hehe..Dah besarkan anak teruna sulung ummi..moga membesar jadi anak soleh dan insan yang berbakti pada agama dan masyarakat..ameen..








Suasana petang yang tenang namun kesejukkan mencengkam tulang...
Bergambar kenangan di King's Park today 7 Jun 2008.
Ermm..sama-sama tembammm..hehe







Tuesday, June 3, 2008

Aminah as-Silmi- Peribadimu seindah namamu

Aminah is a renowned female scholar of Islam she travels around the United States to give lectures , her personal story has admired hundreds of individuals ,she is also President of International Union of Muslim Women , the organization that has many achievements under its belt.
"I am so very glad that I am a Muslim. Islam is my life. Islam is the beat of my heart. Islam is the blood that courses through my veins. Islam is my strength. Islam is my life so wonderful and beautiful. Without Islam I am nothing, and should Allah ever turn His magnificent face from me, I could not survive." Aminah

It all started with a computer glitch.
She was a Southern Baptist girl, a radical feminist, and a broadcast journalist. She was a girl with an unusual caliber, who excelled in school, received scholarships, ran her own business, and were competing with professionals and getting awards – all these while she was going to college. Then one day a computer error happened that made her take up a mission as a devout Christian. Eventually, however, it resulted into something opposite and changed her life completely around.
It was 1975 when for the first time computer was used to pre-register for a class in her college. She was working on her degree on Recreation. She pre-registered for a class and then went to Oklahoma City to take care of a business. Her return was delayed and she came back to college two weeks into the class. Making up the missed work was no problem for her, but she was surprised to find that the computer mistakenly registered her for a Theatre class, a class where students would be required to perform in front of others. She was a very reticent girl and she was horrified to think about performing in front of others. She could not drop the class for it was too late
Failing the class was also not a choice, for she was receiving a scholarship that was paying for her tuition and receiving an ‘F’ would have jeopardized it.
Advised by her husband, she went to her teacher to work out some other alternative to performing, such as preparing costumes, etc. Assured by the teacher that he would try to help her, she went to the next class and was shocked by what she saw. The class was full of Arabs and “camel jockeys”. That was enough for her. She came back home and decided not to go back to the class anymore. It was not possible for her to be in the middle of Arabs. “There was no way I was going to sit in a room full of dirty heathens!”
Her husband was calm as usual. He pointed out to her that God has a reason for everything and that she should think about more before quitting. Besides, there was the scholarship that was paying her tuition. She went behind locked doors for 2 days to think about. When she came out, she decided to continue the class. She felt that God gave her a task to convert the Arabs into Christianity.

Thus she found herself with a mission to accomplish. Throughout the class, she would be discussing Christianity with her Arab classmates. “I proceeded to explain to them how they would burn in the fires of hell for all eternity, if they did not accept Jesus as their personal savior. They were very polite, but did not convert. Then, I explained how Jesus loved them and had died on the cross to save them from their sins. All they had to do was accept him into their hearts.” They still did not convert, and so she decided to do something else: “I decided to read their own book to show to them that Islam was a false religion and Mohammed was a false Prophet”.
At her request, one student gave her a copy of the Qur’an and another book on Islam. With these two books she started on her research, which she was to continue for the next one and half years. She read the Qur’an fully and another fifteen books on Islam. Then she came back to the Qur’an and re-read it. During her research, she started taking notes that she found objectionable and which she would be able to use to prove that Islam was a false religion.
Unconsciously, however, she was changing from within which did not escape the attention of her husband. “I was changing, just in little ways but enough to bother him. We used to go to the bar every Friday and Saturday, or to a party, and I no longer wanted to go. I was quieter and more distant.” She stopped drinking and eating pork. Her husband suspected her of having an affair with another man, for “it was only for a man that a woman changes”. Ultimately, she was asked to leave, and she soon found herself living in a separate apartment
"When I first started to study Islam, I did not expect to find anything that I needed or wanted in my personal life. Little did I know that Islam would change my life. No human could have ever convinced me that I would finally be at peace and overflowing with love and joy because of Islam."

Throughout these times, she continued studying Islam and although she was changing subtly from within, she remained a devout Christian. Then one day, there was a knock on her door. It was a man in traditional Muslim robe, who appeared to her as a “man in a long white night gown with a red and white checkered table cloth on his head”. His name was Abdul-Aziz Al-Sheik and he was accompanied by three other men in similar dress. She was very offended by Muslim men coming to her in nightgowns and pajamas. She was further shocked when Abdul-Aziz told her that he understood that she waited to be a Muslim. She replied that she was a Christian and she did not have any plan to become a Muslim. However, she had some questions to ask if they had the time.
At her invitation, they came inside. She now brought up the questions and objections that she noted down while she was researching. “I will never forget his name”, she said of Abdul-Aziz who proved to be a very patient and soft-mannered person. “He was very patient and discussed every question with me. He never made me feel silly or that a question was stupid.” Abdul-Aziz listened to every question and objection and explained it within the proper context. “He explained that Allah had told us to seek knowledge and questions were one of the ways to accomplish that. When he explained something, it was like watching a rose open – petal by petal, until it reached its full glory. When I told him that I did not agree with something and why, he always said I was correct up to a point. Then he would show me how to look deeper and from different directions to reach a fuller understanding.”
It would not be long before she would externally submit to what she had already been submitting to internally during the last one and half years. Later in that same day, this Southern Baptist girl would declare in front of Abdul-Aziz and his companions: “I bear witness that there is no god but God and Mohammed is His Messenger.” It was May 21, 1977.
Conversion to Islam, or to any other religion for that matter, is not always a simple thing to do. Except for a few fortunate ones, a new Muslim usually face consequences. The convert may face isolation from family and friends, if not pressure to go back to the family faith. Sometimes, a convert may even face sever economic hardship, as in the case of those who are asked to leave the house because of converting to Islam. Some converts are fortunate to continue to be well respected by family and friends, but most of them face minor to severe hardship especially during the first few years after the conversion.

But the difficulty that Aminah Assilimi had to go through and the sacrifice that she had to make for the sake of her conviction and faith is almost unheard of. There are few who could rely so much on Allah as she did, standing firm and meeting the challenges, making sacrifices, and yet maintaining a positive posture and influencing people around with the beauty of what she found and believed in.
She lost most of her friends, for she was “no fun anymore”. Her mother did not accept her becoming a Muslim and hoped that it was a temporary zeal and that she would soon grow out of it. Her “mental health expert” sister thought that she lost her mind. She attempted to put her in a mental health institution.
Her father was a calm and wise man. People would come to him for advice and he could comfort anyone in distress. But when he heard that his daughter became a Muslim, he loaded his double-barrel shotgun and started on his way to kill her. “It is better that she be dead rather than suffering in the deepest of Hell”, he said.
She was now without friends and without family.

She soon started wearing hijab. The day she put it on, she was denied her job. She was now without family, friends, and job. But her greatest sacrifice was yet to come.
She and her husband both loved each other very much. But while she was studying Islam, her husband misunderstood her for her apparent changes. She became quieter and stopped going to the bar. Her changes were visible to him and he suspected her of having affair with another man, for whom she must have been changing. She could not explain to him what was happening. “There was no way to make him understand what was changing me because I did not know.” Eventually he asked her to leave and she started living separately.
After she openly accepted Islam, it went worse. A divorce was now inevitable. This was a time when Islam was little known, much less understood for what it is. She had two little children whom she loved dearly and whose custody should have rightfully be given to her. But in a grave violation of justice, she was denied their custody just because she became a Muslim. Before giving the formal verdict, the judge offered her a harsh choice: either renounce Islam and get custody of the children, or keep Islam and leave the children. She was given 20 minutes to make a decision.

She loved her children very dearly. It is perhaps the worst nightmare that a mother can have: asked to willfully leave her child - not for one day, month, or year, but forever. On the other hand, how could she keep the Truth away from her children and live as a hypocrite? “It was the most painful 20 minutes in my life”, she said in an interview. Those of us who are mothers and fathers, especially of young children, little imagination is needed to feel the pain and torment that she must have passed every second in those 20 minutes. What added further to her pain was that according to doctors, she could never bear another child because of certain complications. “I prayed like I had never done before … I knew that there was no safer place for my children to be than in the hands of Allah. If I denied Him, there would be no way in the future to show my children the wonders of being with Allah.”
She decided to retain Islam. Her two dear children – one little boy and one little girl – were taken away from her and given to her ex-husband.


For a mother, is there a sacrifice greater than this – a sacrifice that is done for no material reason but only for faith and conviction?
“I left the court knowing that life without my babies would be very difficult. My heart bled, even though I knew, inside, I had done the right thing” . She found comfort in the following verse of the Qur'an:
There is no god but He,-the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) before or after or behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory). (Quran 2: 255)
Perhaps the air of Colorado was too thin for justice. Or perhaps there was a plan in Allah’s greater scheme of affairs. Aminah Assilimi later fought back and took her case to the media. Although she did not get custody of her children again, a change was made in the Colorado law that one cannot be denied child custody on the basis of his or her religion.
Indeed Allah’s love and mercy engulfed her so much that, as if, she has been granted the touchstone of Islam. Wherever she goes, people are touched by her beautiful words and Islamic manners and become Muslim.

By accepting Islam, she became a changed person, and a much better person. So much so that her family, relatives, and people around her started appreciating her mannerism and the faith that brought about such changes in her. Despite her family’s initial reaction, she remained in touch with them and addressed them with respect and humility, just as the Qur’an enjoins the Muslims to do. She would send cards to her parents on different occasions, but she would always write down a verse from the Qur’an or the Hadith without mentioning the source of such beautiful words of wisdom. It was not long before she started making a positive influence among her family members.

The first to become Muslim was her grand mother. She was over 100 years old. Soon after accepting Islam, she died. “The day she pronounced Shahada, all her misdeeds had been erased, while her good deeds were preserved. She died so soon after accepting Islam that I knew her “book” was bound to be heavy on the good side. It fills me with such a joy!”
Next to become Muslim was her father, the one who wanted to kill her after she became Muslim. Thus he brought alive the story of Umar ibn Khattab. Umar was a companion of the Prophet who persecuted the early Muslims before he converted to Islam. When he heard one day that his sister became a Muslim, he went out with an open sword to kill her. But upon hearing some of the verses from the Qur’an that his sister was reciting, he recognized the truth and went straight to the Prophet and accepted Islam.

Two years after she (Assilmi) accepted Islam, her mother called and said that she appreciated her faith and hoped that she would keep it. Couple of years later, she called again and asked her about what one would need to do to become a Muslim. Assilmi replied that one had to believe that there is only One God and Muhammad was his Messenger. “Any fool knows that. But what do you have to do?”, she asked again. She replied that if that is what she believed, then she was already a Muslim! At this, her mother said, “Well … OK. But let’s not tell your father just yet”.
She was not aware that her husband (Assilmi’s step father) had the same conversation with her a few weeks earlier. Thus the two lived together as Muslims for years in secret without knowing that the other was also a Muslim. Her sister who wanted to put her in mental institution accepted Islam as well. She must have realized that becoming Muslim is indeed the most healthy and sound thing to do.
Her son, upon becoming adult, accepted Islam. When he turned 21, he called her and said that he wanted to become a Muslim.

Sixteen years after the divorce, her ex-husband also accepted Islam. He said that he had been watching her for sixteen years and wanted his daughter to have the same religion that she had. He came to her and apologized for what he had done. He was a very nice gentlemen and Assilimi had forgiven him long ago.
Perhaps the greatest reward for her was yet to come. Assilmi later married another person, and despite the doctors’ verdict that she could never conceive another child, Allah blessed her with a beautiful boy. If Allah (swt) makes a gift to someone, who can prevent Him? It was truly a wonderful blessing from Allah (swt), and so she named him “Barakah
The sacrifice that Assilmi made for the sake of Allah (swt) was tremendous. And so Allah (swt) turned in mercy to her and rewarded her with enormous blessings. Her family discarded her after she accepted Islam, and now by Allah’s mercy, most of them are Muslim. She lost her friends because of Islam, and now she is being loved by so many. “Friends who loved came out of nowhere”, she said. Allah’s blessings came upon her so much that wherever she goes people are touched by the beauty of Islam and accept the Truth. Both Muslims and non-Muslims now come to her for advice and counseling.

She lost her job because of wearing hijab, and now she is the President of the International Union of Muslim Women. She delivers lectures nationwide and is on high demand. It was her organization that successfully lobbied for the “Eid Stamp” and had it approved by the United States Postal Service, but it took many years of work. She is now working on making the Eid Day as a national holiday.
She has tremendous trust on Allah’s love and mercy and she never looses faith on Him. She was once diagnosed with cancer some years ago. Doctors said that it was in an advanced stage and that she would live for another year. But her faith in Allah (swt) remained strong. “We must all die. I was confident that the pain I was experiencing contained blessings.” As a brilliant example of how much one can love Allah, she mentions about a friend of her named Kareem Al-Misawi who died of cancer when he was in his 20’s:
"Shortly before he died, he told me that Allah was truly Merciful. This man was in unbelievable anguish and was radiating with Allah’s love. He said: “Allah intends that I should enter heaven with a clean book.” His death experience gave me something to think about. He taught me of Allah’s love and mercy."

All praise is due to Allah, she continues to live in good health. She now thinks that having cancer was the greatest blessing that she ever had.

(Copied from:http://www.famousmuslims.com)

Monday, June 2, 2008

Inzar (peringatan)


(Along,adik,syakir dan khali Ya di Murdoch Hall tika menghadiri lecture Ustaz haji Rosli-mantan Imam Masjid Negara- bertajuk Penyucian Jiwa dan Hati)
Ketahuilah! kamu dapat melihat bagaimana ilmu yang ada di kepala seorang yang mengikut hawa nafsu menjadi senjata yang mematikan dan menghancurkan syari'at. Ketahuilah juga! kamu dapat melihat bagaimana mereka menjadi seperti anjing yang menghulurkan lidahnya,disebabkan kerana tamak yang tidak mengetahui rasa cukup dan kenyang-Dr. Ramadhan Said al-Buti:432: Syarh al-hikm al-'Ataiyyah.

Sunday, June 1, 2008

Ermmm..Sembang-sembang..


"Seronok juga lecture yang disampaikan oleh ustaz semalam..ye tak?"Aku bersuara sambil menjamah makanan. Berada di sebelahku tika itu Atikah dan Nabiki. "Emm,saya tak pernah dengar nama dia kat Malaysia" Atikah memberi respon."Betul..Kak Tie pun tak pernah tahu dia tu bekas Imam Masjid Negara" Sememangnya.. nama Ustaz Haji Ahmad Rosli tak pernah ku kenali sebelum ini."Kalau Ustaz Firdaus saya kenallah."tambah Nabiki lagi."Ustaz firdaus yang mana?ke..ajk pemuda UMNO tu ke?"Aku bertanya sekadar untuk mengenalpasti."saya tak tahu dia terlibat ke tak dalam politik..tapi yang muda-muda tu,ala-ala china sikit mukanya tu dan pakai kaca mata." Nabiki cuba described Ustaz Firdaus yang dimaksudkannyaki ."Ooo..kalau yang itu..betullah ajk pemuda UMNO sekarang ni dia..hehe" aku menambah lagi."Saya bukan suka campur politik ni kak Tie..Bagi saya Rasulullah berjuang bukan dengan menyertai politik. Dia tak pernah terima pelawaan menjadi pemimpin oleh kafir Quraish ketika permulaan Islam."Nabiki memberi alasannya yang tersendiri."."Betul rasulullah tak terima pelawaan kafir Quraish.. sebab apa?sebab syaratnya Rasulullah tidak boleh lagi nak berdakwah dan menyampaikan agama tauhid.Tapi Rasulullah juga menjadi ketua negara Islam di Madinah.Rasulullah sebagai pemimpin No 1 berupaya menjadi ketua negara yang terulung tanpa tertakluk kepada syarat-syarat ketat manusia." "Bagi Kak tie..caknanya kita pada politik tanahair bererti kita sayang pada masyarakat dan negara kita, kalau kita tak ambil peduli bererti kita tak ambil peduli juga terhadap nasib agama,masyarakat dan negara" Nabiki diam..mungkin masih keliru macammana persoalan politik itu berkait dengan agama,masyarakat dan negara."Betul ke Kak Tie..orang yang bertanggungjawab melantik pemimpin yang zalim akan disoal pada hari akhirat?"Dia bertanya"Betul ..Nanti bila orang-orang ini ditimpa azab, dia mintak agar Allah gandakan lagi azab untuk pemimpin mereka,jadi ini bermakna perkara ini ada dalam perkiraan Allah"Sedaya mungkin aku cuba untuk memahamkan Nabiki." Nabiki terfikir tak..Islam ini satu agama yang Syumul sedang persoalan politik satu perkara yang penting,takkanlah persoalan sepenting itu Islam tidak bincangkan." aku menambah lagi"Saya tak suka politik sebab saya tengok macam-macam perkara buruk yang berlaku. Korupsi,rasuah macam-macam lagilah,bagi saya politik itu kotor."Nabiki memberi sebab lagi."Betul Nabiki..manusia menggunakan kesempatan berpolitik untuk mencari nama,harta dan kedudukan,sedangkan dalam Islam berpolitik itu satu tanggungjawab dan amanah bagi individu yang terlibat.Pemimpin yang adil termasuk salah satu dari golongan yang akan berada di bawah naungan arash Allah di padang Mahsyar kelak. Lihat..betapa besarnya ganjaran pemimpin yang bertaqwa.So sekarang hasrat kita mahukan pemimpin yang bertaqwa agar mereka boleh menjaga agama,masyarakat dan negara." Bukan senang nak faham konsep politik dalam Islam. Aku dulu pun macam Nabiki. Walaupun dikelilingi dengan orang-orang yang memungkinkan aku faham..tapi sejujurnya sedikit sebanyak ideologi politik ciptaan manusia yang tak jujur dan suasana masyarakat di negara sendiri banyak mengelirukan aku."Persoalannya nabiki..sejauhmana kita faham konsep politik atau siyasah dalam Islam..cubalah Nabiki baca buku-buku tulisan ulama yang diiktiraf oleh majoriti ummat Islam dunia seperti dr al-Qardhawi, dr Wahbah. dr Said Ramadhan Buti, dr Mustafa al-sibaa'i dan lain-lain,buku-buku ni banyak yang diterjemah ke dalam bahasa melayu, contohnya fiqh al-daulah dan masyarakat Muslim yang kita idam-idamkan."aku cuba memberi jalan kepada Nabiki untuk memahami perkara tersebut dengan lebih mendalam.Bagi aku bukan senang untuk membuatkan seseorang faham kinsep ini.Lebih-lebih lagi berbagai konsep politik telah diketengahkan ditambah pula perlaksanaan yang tidak menepati Islam. Namun semoga berbaliknya kita kepada sumber yang benar dan berpandukan kepada suluhan para ulama yang tidak dinafikan kredibilitinya boleh memimpin kita untuk memahaminya sebaik mungkin."Emmm..Nampaknya kak Tie kena jadikan Fiqh al-Daulah sebagai teks usrah kita nih.." saran Nabiki." Apa-apa pun Nabiki cubalah baca dulu buku tu..baca tau.."Aku berkata kepadanya sebelum kami beredar untuk pulang malam tadi. Bukan aku tak mahu bawa buku tersebut dalam usrah..tapi biarlah secara perlahan. semoga Allah memberi kefahaman yang sebenar kepadaku,Nabiki dan adik-adik yang lain dalam isu yang seberat dan amat sensitif ini.

Kak TIe
Musolla Curtin University.

Saturday, May 31, 2008

Renungan di Pagi Ahad

Kata-kata hikmah al-'Ataaillah:

"Permulaan dari semua maksiat dan kelalaian serta syahwat itu kerana ingin memuaskan hawa nafsu,
Sedangkan asas segala ketaatan, kesedaran dan kesopanan akhlak budi ialah kerana ada penahanan hawa nafsu,
Sekiranya engkau berkawan dengan seorang bodoh yang tidak mengikut hawa nafsunya lebih baik daripada berkawan dengan seorang berilmu yang menurut hawa nafsunya,
Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang yang berilmu yang selalu menurut hawa nafsunya,
Sebaliknya kebodohon apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang hawa nafsunya."

Friday, May 30, 2008

Celoteh ilmu dalam USRAH

"Kadang kita fikir kita dah dilahirkan Muslim..buat apa kita nak bincang pasal tauhid lagi?"Aku berkata seolah menyimpulkan penafsiran ayat 21 dan 22 dari surah al-Baqarah semalam. Soalan yang kukira wajar untuk difikirkan bersama."Betul..teringat lagi masa kita zaman sekolah dulu..antara nota yang paling pendek ialah berhubung ayat-ayat pasal aqidah.Kalau nota yang panjang tu..mesti pasal cerita-cerita nabi,kita tak tahu pun nak relate macammana ayat-ayat aqidah ni masa tu."Sambung Azza lepas huraian tafsir ayat tersebut kukupas.

Ayat-ayat tauhid dan aqidah inilah yang menjana kekuatan iman muslim mukmin. Ayat-ayat ini jugalah yang membuka pintu hati non-muslim untuk mengenal siapa tuhan mereka yang sebenarnya. Betapa hebatnya iman para sahabiyah dan betapa unggulnya taqwa para serikandi."Cuba kita renung bersama..secara zahirnya antara kita dengan NUsaibah r.a, Aminah as-Silmi, Zainab al-Ghazali tidak ada bezanya. Mereka ni semua perempuan macam kita, kalau kita tak mampu nak angkat satu tong air maka mereka juga tak mampu nak angkat benda seberat tu ..sebab kudrat wanita kita sama je.." aku cuba membawa diriku mengimbas kembali rentetan hidup dan kisah serikandi terbilang ini dalam sessi perbincangan ayat21-22 tadi."Tapi hakikatnya antara kita dan mereka ada bezanya, kita masih tak mampu lagi untuk menjadi seperti mereka, iman yang kita miliki tak mampu menjadi sekuat mereka, di manakah silap kita?" Hatiku terharu tatkala mengimbau balik perjalanan hidup wanita muslimah terbilang ini."Marilah kita hayati dan renungi bersama..apa rahsia yang menjana kekuatan iman mereka?Kenapa mereka boleh menjadi sekuat dan setabah itu?" Hati bertambah pilu..insaf kelemahan dan kekurangan diri..kenapa kita tak boleh menjadi seperti mereka atau sekurang-kurangnya menghampiri level iman mereka..

+++++++++++++++++++++++

"Kita bertuah dikurniakan peluang merasai nikmat Islam dan Iman,kita ada sesuatu yang menjana kekuatan dalam diri kita,kita ada Allah yang rahmatnya sentiasa terbuka luas untuk hambanya,"aku menambah bicara lagi."Kak Tie..Kak Azza..Macammana ye kita nak kawal nafsu kita..maksud saya bila kita nak buat baik.. contohnya kita nak bagi derma..nanti hati kita akan kata..kau bukannya ada banyak duit pun..tapi masa tu kita nak bagi jugak..time kita nak bagi tu,hati kita berkata lagi..nanti bila kau bagi duit tu,sikit jadi duit engkau.. dahlahduit JPA bagi tak banyak..macamana ye nak buat?"Tiba-tiba Nabiki bersuara risau."Betul Nabiki..Memang kita ni tak sunyi dari bisikan syaitan,time kita nak buat baik tulah dia datang..Tapi ingatlah itu semua dugaan.Kalau kita lepas..ertinya time syaitan tu bisik ..jangan bagi tapi kita terus buat ..bermakna kita dah pass ujian tu"Azza cuba menjawab kemusykilan Nabiki."Apa yang kita harap dan doa selalu..moga diri kita dalam perhatian Allah..kerana bila kita diganggu syaitan atau nafsu berbisik kita akan cepat tersedar."Aku cuba menambah jawapan Azza.

+++++++++++++++++++++++

"Kak Tie,saya ada tengok you tube hari tu,pastu adalah sorang non-muslim ni dia dakwa"kalau kita mengaku tuhan tu betul-betul berkuasa..kenapa kita tak boleh menerima yang dia juga mampu untuk menyerupai makhluk. Seperti Tuhan yang boleh dan berkuasa menyerap dalam jasad Jesus."Umai pula mencelah meminta penjelasan pada kekeliruan yang dirasainya."Kita tak pernah menafikan Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dia inginkan apatah lagi perkara seremeh itu.Tapi kita tak boleh menerima bahawa Allah layak untuk menyerupai makhlukNya, agung dan hebatNya Allah tidak melayakkanNya untuk disamakan dengan ciptaanNYa."Aku cuba memberi sedikit penjelasan."Nanti mungkin ada orang akan kata..ish..Tuhan pun boleh makan tidur sama macam kita..mungkin juga manusia akan keliru antara tuhan dengan magician..kan haru..hehehe..macam mana pulak kita nak beza antara mereka?" Aku menambah seraya memberi sedikit gambaran dengan harapan boleh menjawab kekeliruan Umai tersebut..Umai kelihatan mengangguk-angguk kepala..Mudah-mudahan terjawab persoalannya itu.

Kak Tie..
Cannington-Perth

Thursday, May 29, 2008

ragam anak didik

Riuh-rendah anak-anak kecil bergegas keluar. Kanak-kanak lelaki menuju ke dalam Masjid di tingkat bawah manakala kanak-kanak perempuan menghala ke ruangan khas untuk muslimah di tingkat atas. "Sister can I go now."Murid-murid ku juga tidak sabar untuk keluar sama bila melihat anak-anak kecil lain sibuk di luar. "Yes, you can go now..but don't run,be quiet and good behaved otherwise you not allowed to get in to masjid and just pray in the classroom."Peringatan yang sama ku ulang pada mereka. Nampaknya mereka faham dengan amaranku setelah dua minggu mereka tidak dibenarkan menyertai jemaah dewasa di dalam masjid gara-gara bising dan nakal.

Melayan berbagai kerenah budak-budak kadang menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Adakalanya perlu kepada pengamatan yang berhati-hati.Kalau tidak pastinya terlepas pandang..ada sahaja helah dan alasan mereka."Where are you going?" aku bertanya seorang budak perempuan pada yang fikiranku berusia 10 tahun. Walaupun bukan dari kalangan murid-murid kelasku tapi tanggungjawab memerhati mereka semua merupakan tanggungjawab bersama seluruh tenaga pengajar. Murid-murid yang lain sudah berada dalam masjid."I am go..go..going to have a wudu' sister."Agak terkejut bila terpandang aku..tergagap dia menjawab pertanyaanku."Hurry up..They are praying as Imam is not waiting you.."Aku bersuara agak tegas. Tergopoh-gapah dia menuju ke bilik air..

Seketika aku melihatnya mundar-mandir di luar lagi..namun bila terpandang aku..cepat-cepat dia menuju ke arah pintu masjid. Dalam hatiku terbit rasa seakan tidak enak..Aku pura-pura tidak menyedari.Selang seminit aku menyusuri langkahnya.Setiba dekat corner berhampiran pintu masuk aku dapatinya terjegat di tepi dinding.Subhanallah.. rupanya dia berpura-pura masuk ke masjid dan mengelak untuk sembahyang.Ku pegang bahunya "You are cheating me. You thought you can cheat peoples by standing here and pretend to them you also prayed. Yes..you can cheat people but not Allah."Aku berkata kepadanya"Sorry Sister." "Just say sorry to me is not enough. You have to make istighfar to Allah. He is all-knowing,all-seeing and all-hearing for what you have done even peoples didn't see it."Matanya terkebil-kebil memandang mukaku. "Now get inside and pray properly."Aku menghela nafas..seketika hatiku menjadi kecut..kalau dibiarkan anak-anak ini membesar tanpa teguran dan bimbingan..apalah yang akan terjadi bila mereka besar kelak dan berada di tengah-tengah masyarakat yang sudah hilang pedoman ini.

Sister Tie
Dianella

Tuesday, May 27, 2008

Nilai pekerti

Akhlak ulama dan ilmuan Islam sepanjang zaman menjadi contoh teladan yang terbaik untuk diikuti. Elakkan permusuhan jauhkan persengketaan. Adakala diam itu lebih bermakna dari membalas kata. Ayuh! kita hayati syair pujangga tinggalan warisan tokoh ilmuan Islam.

Puisi al-Imam al-Syafie

قل بما شئت في مسبة عرضي فسكوتي عن اللئيم جواب

ما أناعادم الجواب ولكن ما من الأسد أن تجيب الكلاب

Maksudnya

Celalah apa sahaja tentang keburukkan dan maruahku
Hanya diamku dari membalas sebagai jawapan
Tidaklah bermakna aku tidak mampu menjawab(tidak mempunyai jawapan)
Tetapi Sang singa tidak akan membalas salakan seekor anjing

Ilmu itu Cahaya

"Aku dah banyak kali baca benda yang sama..masih lupa juga." Keluhan sebegini mungkin sudah beribu kali diulang bagi seorang pelajar. Atau " emm..dulu masa periksa aku dapat tinggi bila jawab soalan macam ni..tapi sekarang tak tahu pulak camne nak buat". Terfikirkah kita di mana silapnya hingga menyebabkan semua ilmu itu hilang dan lesap entah ke mana? Sedarkah kita kenapa ilmu yang kita baca dan cuba dikaut itu tak muncul-muncul diingatan?

Ayuh kita renungi bersama syair al-Imam as-Syafie. Walau kebolehan dan kemampuan kekuatan daya ingatan tajam beliau tidak pernah dinafikan sesiapa..namun masih merasa insaf dan merendah diri.

Puisi Imam al-Syafie:
شكوت إلى وكيع سوء حفظي فأرشدني الى ترك المعاصي

وأخبرني بأن العلم نور ونور الله لا يهدى لعاصي

Maksudnya:

Aku mengadu kepada Waqi" lemahnya ingatanku
Dia menyuruhku meninggalkan kemaksiatan
Dikhabarkannya padaku sesungguhnya ILMU itu cahaya
Dan CAHAYA ALLAH bukan untuk seorang Aasi

ّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّ

Harun al-Rashid berkata kepada Abu al-'Ataaiyyah"Berikanlah peringatan kepada ku"

Abu al-'Ataaiyyah menjawab"Aku takut" Harun al-Rashid berkata pula" Engkau bebas,aku tidak akan melakukan apa-apa terhadapmu"

Lalu Abu al-'Ataaiyyah berpuisi seraya menasihati khalifah Harun al-RAshid

ترجو النجاه ولم تسلك مسالكها ان السفينة لا تجري على اليبس

Maksudnya:

Engkau mengharap satu kejayaan Tapi engkau tidak mengikuti syarat-syaratnya

Sesungguhnya sebuah bahtera tidak belayar di atas di atas daratan.

Sunday, May 25, 2008

As-Syam

(My sister,ADA and her friends enjoy at epal farm covered by thick snow in Bouldan,Damshiq.10 years ago it was me in there)

Kadang manusia hanya akan mengerti untuk menghargai sesuatu bila ia sudah hilang dan tiada dalam genggaman. Kenangan waktu di Damshiq masih segar di ingatan.. kerinduan pada Dataran Syam itu begitu menggamit perasaan.

Thursday, May 22, 2008

Sembang Malam

(Gambar aku,Azza dan Kak Su tika kami berbarbeque sempena kepulangan Kak Hanum sekeluarga ke Malaysia on October 2007)

Mata yang mengantuk ini tiba-tiba menjadi segar kembali"Tie..ada someone tegur tu!"Beritahu suamiku sambil menjuih mulutnya pada laptop ku. Dia sejak sehari dua ini berhempas pulas menyiapkan final assignment tentang Taiwan sovereignty.

Aku bingkas bangun dan menjenguk pada skrin komputer.Bukannya ada sesiapa tegur, tapi salah seorang rakan baik kami baru je online yms.Alang-alang bangun hingga hilang rasa mengantuk kusapa teman dengan ucapan salam dan bertanya khabar.

Sambil menaip patah-patah perkataan,aku pasangkan niat tak mahu menggaggunya,mana tahu dia sedang menyusun fakta dan menulis untuk thesis Masternya itu."waalaikumusssalam,Alhamdulillah,"dia membalas sapaanku. "Tie ada webcam tak?"Dia bertanya lagi."Emmm..ada,tapi..webcam kami pandai berjalan sendiri merata-rata,entah ke mana lesapnya.."Aku membalas sambil mata melilau mencari webcam kami.

Tiba-tiba"Triiiit..triiit..."Rupanya dia membuat panggilan pula..Tidak sempat menjawab, aku membuat panggilan kembali.Seperti sudah lama tak berjumpa dan bersembang,alhamdulillah banyak perkara yang kami bualkan."Macammana kehidupan di Perth?"Walaupun soalan ini sudah berkali di tanya dan di jawab tika chatting tapi rasa tak sempurna kalau tak disebut,dia memulakan bicara."Alhamdulillah..baik..Ikin macammana pula?Tentu seronokkan belajar kat UIA?"Aku bertanya balik temanku."Alhamdulillah..suka sangat,banyak benda dan pengalaman baru yang saya dapat belajar di sini,ia seolah membuka mata dan fikiran untuk melihat dalam skop yang lebih luas." Bersungguh-sungguh dia memberitahuku.Aku faham benar,sejak dulu lagi dia memang berminat benar nak belajar kat UIA walaupun dan belajar hingga ke Oversea."Betul kin..lain tempat yang kita pergi..lain pengalaman yang kita dapat."

'Tapi Tie..kat sini macam-macam jenis orang yang saya jumpa..cukup lengkap..ada Wahabi,salafi dan macam-macam lagi.."Dia berkata lagi"Bagi saya kin..kita tak mampu nak bawak semua orang pada satu pendapat..Tapi sebagai seorang yang mengaku bahawa dia seorang yang mencintai Islam dan mendukung Islam sewajarnya dia menghormati orang lain juga."Aku menambah dan cuba memberi pendapatku."Saya setuju Tie..Saya pun lebih suka pada pendekatan yang natural namun dalam masa yang sama saya ada hujjah dan pendirian sendiri. So dengan cara tu saya bebas pergi ke majlis ilmu mana yang saya nak pergi. Kalau ada kesempatan saya akan bertanya dan kemukakan pandangan saya." Panjang lebar dia berkata, aku mengangguk kepala.Dalam hati, aku memang percaya dia boleh buat semua ni.Sejak zaman sekolah lagi dia memang suka bertanya dan mencari benda-benda baru.

"Macam sekarang..banyak pertubuhan-pertubuhan yang ditubuhkan,kebanyakkannya mahu membawa mesej Islam. So bagi saya,jangan kita saling buruk-memburukkan organisasi lain.Pada pandangan saya, kita wajar saling menghargai dan dalam masa yang sama kita ada prinsip sendiri. Hatta jemaah tabligh pun tak sepatutnya kita burukkan walaupun ada something kita tak setuju dan berbeza pendapat dengan mereka. Sebab mereka pun ada sesuatu yang telah mereka sumbangkan untuk perkembangan Islam." Terlanjur buka topik tersebut..aku cuba huraikan lagi pendapatku.Mana tahu kami boleh berkongsi something untuk manfaat bersama.Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Di kala manusia suka mencaci para pendukung Islam..menghina para ulama yang ikhlas berkhidmat. Siapalah kita untuk menghina mereka. Apa sumbangan kita untuk agama kalau nak dibandingkan dengan sumbangan mereka yang bertahun-tahun mengajak manusia untuk memahami dan menghayati agama.

Teringat kata-kata seorang teman (menantu seorang guru pondok di Kelantan) yang sama-sama mengajar di kolej dulu .Ayah mertuanya pernah berpesan"Jangan kita kurang ajar dengan orang alim (ulama) kelak hidup kita tak berkat."

Ummu Mujahid
Perth

Monday, May 19, 2008

Bila berlakunya SAAT itu.


Kesejukkan winter sudah makin terasa, apatah lagi di waktu subuh-subuh begini. Walaupun terasa berat mahu menanggalkan selimut yang membaluti tubuh,namun demi tugas yang beratur menunggu untuk ditunaikan, aku cepat-cepat bingkas bangun. Azan subuh yang di set-up dari Islamic finders di komputer sebelah katilku ini sudah lama memanggil.

Sambil menuju ke bilik air untuk berwudhuk,aku menjenguk ke bilik along dan adik."Alonng,adiik! cepat bangun,subuh dah banyak ni..cepat ambik wudhuk..ummi tunggu,kita sembahyang sama-sama." Aku mengejutkan mereka dari tidur. Suis lampu ku buka dan tubuh-tubuh kecil itu kelihatan bergerak.Mungkin silau dek kerana cahaya lampu..tangan-tangan itu menggosok-gosok mata.

Aku cepat-cepat mencapai telekung sembahyang selepas berwudhuk. Terasa beku seluruh sendi jari jemari bila terkena air, namun kehangatan mula terasa bila tubuh dah dibaluti telekung putih ini."alongg..adik..cepat!ummi dah siap ni,"aku bersuara lagi."I'm going" kedengaran suara adik diikuti bunyi seretan sepatu bulunya."Haaa..along mana?Cepat.." Anakku yang sulung ini..selalunya berat untuk terus bangun. Bila dengar suaraku makin meninggi..cepat-cepat dia bangun menuju ke bilik air.

Selesai solat subuh, seperti biasa aku mengakhirinya dengan bacaan al-Mathurat. along-dan adik ikut membacanya walaupun kekadang suaranya tenggelam timbul."Kita mintak dengan Allah agar jauhkan kita dari rasa sad and worry sepanjang hidup kita..Kita juga mohon agar Allah sentiasa sayang dan jaga kita" Setiap kali baca al-Mathurat,sedikit demi sedikit aku cuba jelaskan pada mereka kenapa kita perlu amalkannya. Kedua anakku memandang mukaku..Seketika hatiku rasa terharu dengan kurniaan rezeki AllaH yang tak ternilai ini. Rezeki cahayamata namun aku sedar..di sebalik rezeki ini, terbeban tanggungjawab mendidik yang cukup besar untuk ditunaikan agar mereka menjadi Muslim Mukmin yang bertaqwa.

Telekung ku lipat dan ku gantung pada hanger. Ku capai baju tebal atas katil sambil kaki melangkah menuju ke dapur.Kepalaku ligat berfikir.."Mahu masak apa hari ni?'Aku berbisik sendirian. Tudung periuk rice cooker ku buka, "emmm..nasi semalam banyak lagi..senang-senang buat nasi goreng..tak banyak cerita" Alhamdulillah..rezeki Allah tak pernah putus. Itulah rahmatNya yang melaut dan kasihnya yang menggunung untuk hambaNYa.

"Ummi..Is there any Earthquake in our Country,Malaysia?"Along bersuara memulakan bicara ketika kami bersarapan."Emmm..alhamdulillah setakat ni tak ada..tapi sesetengah tempat kat malaysia pernah terasa sedikit gegaran.Tapi earthquake tu berlaku kat negara berdekatan dengan malaysia, bukan di Malaysia" Aku menjawab pertanyaan Along."Ooo..tapi ummi..when an earthquake happened,most people died and some people could get injured even if they are muslims..is it ummi?" Seakan bimbang dengan tragedi yang berlaku akhir-akhir ini..along betanya lagi." Betul tu along..Sebab tulah, as a muslim kita mesti get ready setiap masa..begitulah keadaan bila hari kiamat..Ha..bila kiamat tiba-tiba terjadi..kita dah tak boleh buat apa-apa, kalau kita tak bagus, habislah siaplah kita."Aku cuba mengambil kesempatan untuk menanam benih-benih iman dan taqwa.. ke dalam hati mereka."So..if we are not good, does Allah will throw us into the hell ummi? even we are still a muslim?"Adik pula bersuara dengan mata membulat."yeeahh..Tapi Allah Maha Penyayang dan Pengasih..sebelum dia throw kita ke dalam neraka..Allah dah ajar dan bagi banyak chance untuk kita bagaimana kita nak avoid diri kita dari kena fire burning."Kedua-dua anak-anakku melopong melihat mukaku."Itu sebab kita baca al-Mathurat every morning dan evening.InshaAllah,kalau kita baca al-Mathurat...tiba-tiba kita mati within the hours kita baca al-mathurat tu..Allah kata Dia akan lepaskan kita dari azab api neraka."

"Kita juga kena selalu mintak ampun dengan Allah..mintak Allah selamatkan kita dari azab Dia..dan mintak moga Allah tetapkan kita jadi Muslim forever until kita mati."Along dan adik menggangguk kepala. Jauh di dalam hati aku berdoa moga iman yang ku cuba tanam dalam hati mereka akan terus berbunga dan berbuah..ameen.

"You know ummi..My religious teacher told us when qiamat is coming..other planets would come and crash the earth.No one know when it is going to happen.It might happen tonight.And you know ummi..He said.. on qiamat..All parents will say to their kids.."go away from me, I never know you."Along bersemangat menceritakan apa ang diajar gurunya di sekolah pada ku dan adiknya."One girl in year 3c was crying too much on that day, the teacher asked her why she cried, she said..because you say the qiamat would happen tonight."

"haa..betul kata cikgu along..kita tak tahu bila kiamat nak jadik..so kita kena buat bagus-bagus dari sekarang..okay?"'InshaAllah kalau kita semua baik..di hari akhirat nanti along, adik, ummi dan abi akan jumpa lagi dan kita semua akan tinggal sama-sama forever..." "InshaAllah ummi" along dan adik berkata dan tersenyum lebar. "emm..cepat dah 8.30 pagi dah..nanti loceng sekolah berbunyi ..cepat basuh mulut."

Alhamdulillah..aku berbisik memanjat syukur pada Allah..Semoga anak-anakku membesar dengan penuh keyakinan pada kekuasaan dan qudratMU ya Allah. Ameen.

Doa ummi
Perth

Mendidik biarlah dari rebungnya.



"Ummi, the girl that cried last week calls you miss tie." Mulut adik tak henti-henti bercakap sejak pulang dari madrasah tadi. Dia mula start untuk complain apa yang didengarinya tadi. "Yeaah..she is not supposed to call you miss..but sister Tie,is it ummi?""Emm..betul tu..lebih baik dia panggil ummi sister Tie.." Aku cuba melayan bicara anakku yang banyak mulut ini."But why did she cry?"Along pula seolah berminat nak tahu cerita yang dibuka si adik."Because ummi pinched her foot"Cepat-cepat adik menambah."Ooo.Why did you do that to her ummi?" Along bersuara lagi seolah-olah tidak puas hati dengan tindakan ku.


Aku cuba jelaskan pada along dan adik kenapa aku bertindak demikian pada budak perempuan tadi."Budak tadi .. dah banyak kali ummi nasihat..Jangan step over the Quran or any book. Tapi hari tu lepas ummi cakap je dia buat lagi. So ummi cubitlah kaki dia". Aku berkata pada along dan adik.Bulat mata along dan adik memandang ke arah aku."Ummi buat macam tu pada dia sebab ummi sayang dia,ummi tak nak bila dia besar nanti dia jadi orang yang Allah tak suka sebab dia tak hormat kitab Allah.Ummi harap dengan ummi cubit kaki dia tu, akan ingat dan tak akan buat lagi."Panjang lebar ku jelaskan pada mereka berdua the reasonnya.Walaupun hakikatnya cubitan aku tu,entah kena atau tidaknya pada kaki dia.Anak murid ku yang sorang ni memang terlalu sensitif..kalau aku suruh dia ulang bacaan berkali-kali pun, dia hampir menangis.

"Along dan adik tahu tak Quran tu ayat-ayat Allah..Tuhan kita. We have to respect it more than others."Keduanya lantas mengangguk. "Kalau kita tak hormat al-Quran dan buat al-Quran sesuka hati nanti Allah tak berkati hidup kita,mungkin hidup kita unhappy dan sad sepanjang masa."Sebaik mungkin aku cuba bagi penjelasan untuk memahamkan mereka.Maklumlah..mereka masih lagi anak-anak kecil.Seboleh-bolehnya aku cuba pastikan penerangan yang diberi tidaklah terlalu complicated sehingga mereka berdua sukar nak faham.

"You know ummi, when I saw a boy in my class steps over the Quran, I told to him not to do that,but he just said..so what??"Along berkata dengan nada serius. Anakku ini kalau bercakap memang bersemangat dan bersungguh..kata abi..serupa macam umminya."Alhamdulillah..ummi bangga dengan anak ummi.Biarlah dia cakap apa pun..at least along dah tegur dia,InshaAllah kita doa moga dia takkan buat lagi."Along menggeleng-geleng kepalanya seolah masih menyesali sikap kawan sekelasnya itu.

Sememangnya perkara ini banyak berlaku.Mungkin ibubapa mereka di rumah kurang memberi penekanan dalam soal ini pada anak-anak mereka.Justeru..sebab itulah aku sering memerhati dan menegur anak-anak kecil di bawah didikan ku di madrasah agar mereka hormati al-Quran dan ilmu pengetahuan. Sedaya upaya aku cuba pastikan mereka memmperlakukan al-Quran dan buku-buku dengan sebaik-baiknya.

Ummu Mujahid
dianella

Thursday, May 15, 2008

Sejenak Merenung Pada Diri

(Along and adik with al-Fateh were flying a kite..it was a windy day and the bright and colourful kite flew so cool .Definitely it was attracted so many eyes to look at..)

Kelahiran manusia ke dunia bukanlah kelahiran yang sia-sia. Manusia dilahirkan dengan matlamat dan tujuan. Allah s.w.t telah berfirman:وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون . Maksudnya : Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu. Persoalannya,sejauhmana manusia memahami konsep pengabdian. Apakah maksud pengabdian hanya ketika ketika tunduk dan sujud dalam sembahyang?Atau hanya ketika berlapar dan berdahaga di bulan Ramadhan? Sesungguhnya konsep pengabdian yang dituntut meliputi seluruh jiwa raga dan kehidupan manusia. Setiap detik yang berlalu..setiap saat yang hadir silih berganti, tidak pernah terpisah dari mengingati Penciptanya. Jiwanya kental dengan keimanan..Hatinya subur dengan ketaqwaan lantas diterjemah dalam setiap tindak dan amalan. Bukan sekadar lidah dan bibir melafazkan kesaksian..Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Namun hati turut membenar dan mengiyakan dengan penuh yakin setiap patah kata yang terucap. Lalu cuba dibuktikan dengan amal oleh seluruh anggota badan.

Pergertian iman itu cuba dihayati..ikrar dengan dengan lidah berserta tasdiq berpasak di hati. Bukan iman si munafiq yang hanya manis terucap di bibir namun hati tetap menafikannya. Iman seorang abdi penuh perhambaan..menyedari diri mengemis dan menumpang kasih dan redha
Ilahi. Setiap suruhan cuba dilaksanakan dan setiap larangan pasti dielakkan.Langkah di atur penuh berhati di perjalanan penuh berduri.


Demi kasih pada Ilahi,demi cinta pada rasul..setiap tanggungjawab dan suruhan cuba dilaksanakan. Dididknya hati dan jiwa ntuk menyedari dan insafi,di sebalik setiap suruhan itu tersembunyi seribu hikmah dan kebaikkan.Pulangannya tidak kembali pada tuhan namun kebaikkan pada si tuan amalan.


Jiwa abdinya tenang walau mata -mata manusia angkuh memandang sinis dan jengkel padanya. Hatinya kental memikul bebanan dakwah yang menjadi warisan Rasul tercinta sejak zaman berzaman. Hidupnya tidak terpencil malah dia di tengah-tengah manusia yang bermacam ragam dan isinya. Sirah perjalanan dan perjuangan insan tercinta menjadi ikutan dan panduan. Dia menyedari kesukaran yang diredahi hanyalah secebis kesusahan yang dialami rasul junjugan..Lalu kudratnya menjadi kuat..lantas hayunan kaki terus melangkah demi meneruskan perjalanan insan mulia tercinta.

Wednesday, May 14, 2008

Jauh Dari Mata Insan

(Buat diri ini dan juga untuk adik-adik yang sering ditemui saban minggu..Jumaat malam Sabtu sentiasa dirindu)

Bagi insan itu...Sekali terkenang dia jauh di negeri orang..
Tanpa orang tua dan sanak saudara..
Terasa seolah diri keseorangan di alam dunia..
Tiada bahu untuk berpaut..tiada tangan untuk menuntun..
Tiada teman untuk mengadu..
Jiwanya menjerit..meronta..perlunya dia pada manusia..
Tangisannya tak jua reda..
Hanya kerana dia mengemis secebis ihsan sesama manusia..

Bagi insan itu...
Bila menyedari diri jauh di negeri orang..
Tiada orang tua..tanpa sanak saudara..
Terasa bagai tiada mata yang menjaga..
Hati menjerit riang..nafsu menggelegak gembira..
Syaitan menjadi teman..
Lantas diri hanyut di bawa arus..
Hanya kerana menyangka..dirinya bebas jauh dari mata manusia..

Bagi insan itu..
Tika menyedari diri jauh di negeri orang..
Tanpa orang tua..tiada sanak saudara jua tiada teman..
Namun matanya tak menangis..hatinya tak merintih..
Semangatnya makin kental..langkahnya makin teratur..
Dibajainya iman..lantas suburnya taqwa..
Hanya kerana jiwanya berkata...Aku masih ada TUHAN..

Kak tie
dianella

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu





"Happy Mother's Day Ummi". Adik menghulurkan sekeping kad dan sebungkus kotak kecil yang comel.Sejak aku menjemputnya di pintu pagar sekolah tadi, adik seperti menyembunyikan sesuatu dibelakangnya."You not supposed to give it today". Along bersuara seolah ingin membetulkan tindakan adiknya. Adik terkebil-kebil seolah meminta kepastian."yeahhh..you should give it to ummi on Sunday".Adik tersenyum malu tersipu-sipu.."emm..its okay,terima kasih adik..saaayang anak ummi." Aku menyambut kad dan hadiah comel berisi coklat cadburry adik dengan senyuman dan ciuman penuh sayang.



Sebentar tadi..Along pula menghulurkan sekeping kad yang dibuatnya sendiri kepadaku.Happy Mother's Day ditulis berwarna-warni dan dihiasi dengan deretan lukisan hati.Ucapan "Thank you for caring me and support in me,lots of love from Mujahid"menyentuh hati kecilku.Anakku yang sulung ini sentiasa nampak cool,tapi bila sekali buat sesuatu...memang power.Terima kasih along..terima kasih adik..Tiada ucapan yang mampu ummi lafazkan untuk kalian berdua atas ingatan kalian buat ummi.Cuma doa yang mampu ummi panjatkan ke hadrat Ilahi..Moga anak-anak ummi jadi insan berguna untuk agama dan dan berbakti pada manusia.

Saaayang anak ummi
dianella..Perth.

Wednesday, May 7, 2008

Terima kasih Sahabat

Sunyi malam terasa begitu damai. Sesekali kedengaran deru kenderaan memecah keheningan malam. Ku cuba pejamkan mata agar terlelap..tapi nyata tak berjaya. Bicara seorang teman di alam maya siang tadi hadir bertalu-talu biarpun tanpa suara,hanya patah-patah perkataan sebagai pengganti diri. Seakan terbayang di mataku wajah tenangnya tatkala mengajukan soalan padaku. 'Tie..kenapa nak pregnant lagi?" Bait-bait pertanyaan itu terpapar pada skrin komputerku. Soalan yang pada ramalanku amat mudah dan senang untuk dijawab."Emmm..Sebab nak anak lagi.."Terpacul jawapan bodohku..lantas jari jemariku menari menyusun patah-patah ayat."Yelah..kenapa nak anak lagi?" Dia cuba untuk menjelaskan maksud sebenar soalannya sebentar tadi. Cuba untuk memahamkan aku makna tersirat di sebalik pertanyaannya itu."hai..anak yang dua tu dah besar panjang..naklah anak kecil lagi..sementara umur masih muda ni." Seakan tak mampu untuk menyembunyikan rasa rindu pada si kecil..lantas terluah jawapan itu dari hatiku. ternya aku tak mampu untuk menahan betapa rindu dan kepingin untuk mendengar tangisan dan gelak tawa anak kecil lagi. "Ingatlah hasrat dan niat Nabi Allah Zakaria tatkala ia mengadu pada Allah dan memohon dikurniakan zuriat untuknya,hayatilah kisah ibu serikandi suci Siti Mariam tika bernazar dan berdoa moga Allah kurniakan seorang anak baginya" Aku terdiam..terpukul dengan kisah teladan itu yang sepatutnya kuhayati dan contohi. Aku terlupa untuk terus mencontohi hasrat dan niat mereka. Aku ghairah menyusun doa dengan bait patah perkataanku sendiri tanpa meneladani dan mengulangi doa mulia para nabi dan serikandi. Aku juga terlupa menanam benih-benih awal yang maha mulia untuk bakal zuriat yang belum lagi muncul petanda untuk hadir ke dunia.Oh..Tuhan..Sungguh besar dan maha luas rahmat dan IhsanMu. Moga peringatan ini satu petanda bahawa Engkau masih menyayangiku.Syukurlah aku masih mempunyai sahabat sejati yang menegurku tatkala ku terlupa,mengingatkan aku bilamana ku terlena.Semoga jua persahabatan ini berpanjangan dalam redhaNya..ameen.

Syukur tak terhingga pada yang Esa.
Dianella..Perth

Tuesday, May 6, 2008

Pasrah Seorang Muslim Mukmin

فاذا اراد شيأ أن يقول له كن فيكون Itulah gambaran betapa besarnya kekuasaan Allah, kehendakNya mengatasi kehendak hamba. Tika manusia lupa dan hanya percaya pada keupayaan diri sendiri, bersikap takabbur dan lupa pada asal-usul diri. Tatkala itu Allah datangkan hanya secebis dari cebisan bukti kekuasaanNya, lantas kehidupan manusia ranap dan musnah sekelip mata.
Taufan Nargis yang melanda Myanmar semalam 5 mei 2008 adalah antara jutaan amaran Allah untuk manusia. Biarpun ungkapan seperti bencana alam atau fenomena alam semulajadi seolah ingin menutup hakikat ianya peringatan dari Tuhan, namun bagi seorang muslim, ia menerima hakikat itu satu peringatan dan amaran dari Allah yang Maha Esa.

Seorang muslim tidak akan memandang kejadian dasyat itu hanya sebagai hukuman dari Allah di atas kelalaian hambanya. Lantaran rentetan demi rentetan kedegilan,kealpaan,angkuh dan sombong hamba pada Pencipta seolah menjadi sebab Dia mengutuskan ujian berat ini untuk manusia.Namun sifat rahmat Allah tetap terpancar..ihsan dan belas kasihanNya yang melaut seolah tidak ingin hambanya tersiksa di alam kekal abadi lantaran tiada peringatan keras yang memungkinkan mereka terjaga dari kelenaan. Jauh sekali seorang muslim untuk menghukum Allah Azza wajalla dengan ungkapan zalim dan tidak adil sebagaimana ungkapan yang dilaung oleh mereka yang selama ini tidak percayakan Tuhan. Di kala Allah sempitkan hidup mereka di dunia sebagai amaran dan peringatan setelah Allah limpahkan kesenangan dan kelapangan agar mereka bersyukur...di saat itu mereka masih sanggup lagi mencaci nista Allah Rabbul Izzati.

Masih ingatkah kita tatkala Allah menceritakan kisah golongan Yahudi ummat nabi Musa Alaihissalam. Mereka bukan sahaja diselamatkan Allah daripada bala tentera Firaun. Malah terbelahnya Laut Merah seolah-olah membuka jalan untuk direntasi dengan selamat, hingga kini masih disebut. Hidangan al-Manna dan as-Salwa yang tidak pernah dirasai kaum lain telah direzkikan kepada mereka. Namun bagaimana mereka menyambut rahmat dan ihsan Allah buat mereka?Sesungguhnya kelompok manusia itu bukan hanya tidak bersyukur malah kufur terhadap Allah. Sanggup menduakan Allah semata-mata melihat manusia lain menjadikan Idol yang boleh dikesan pancaindera sebagai tuhan yang disembah. Inilah golongan manusia yang tidak tahu bersyukur dan menghargai nikmat yang dikurniakan.

Justeru hidup muslim ternyata menuntut perbezaan yang maha besar. Seorang Muslim sentiasa berwaspada terhadap apa jua amaran Allah. Cuba menghindarkan diri dari dimurkai Tuhan agar diri tidak diketepikan dari rahmatNya yang tak bertepian. Sesungguhnya bila ujian didatangkan Allah, ia akan menimpa semua manusia samada beriman mahupun tidak beriman.Namun bagi hamba muslim dan mukmin, dia menerima segala ujian itu dengan kekuatan kesabaran dan pasrah dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

Friday, May 2, 2008

Bicara Hati


وذكرفان الذكر ثنفع المؤمنين Perintah dan nasihat dari Yang Maha Mengetahui bukan satu perintah dan nasihat yang sia-sia. Sebagai Pencipta..sifat all-knowing Nya yang tidak pernah terbatas, malah merentasi sempadan yang tidak mampu dijangkau fikiran dan pandangan manusia harus diamati dan diperhalusi.Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..kasihNya yang melaut dan rahmatnya yang melangit,tidak pernah mendambakan apa-apa pulangan dari kebaikkan amalan hambaNya.
(along with our usrah member's kids:Iman,Nur,Huda,amir,hanif,Bushra dan si kecil Hamzah when we were in Kings Park on 2006)
Namun kasih dan sayangNya itulah telah mengatur peraturan maha sempurna untuk kehidupan manusia selaras dan seiring dengan fitrah dan kesesuaian kejadian mereka.Jaminan kemuliaan ciptaan manusia akan terus terpelihara lantaran pengamalan peraturan Ilahi.Faedahnya kembali pada manusia..untungnya zahir dalam kehidupan mereka..kedamaian dan ketenangan menghiasi dunia hamba.

Namun hidupnya hamba tidak selalu merendah diri pada Yang Esa. Adakalanya dibuai nafsu dan diulik gelojak jiwa yang meronta. Lalu kekadang aturan langkah tergelincir. Meskipun manusia sifatnya tertulis sebagai pelupa..itu bukanlah alasan untuk terus melupai Pencipta. Bukan jua penyebab untuk terus melayani kehendak hati yang tiada noktahnya. Bagi hati yang basah kerana iman..jiwa yang lembut dengan taqwa, sedikit kesilapan menjadi medan pertaruhan manggandakan amalan. Lantaran ketakutan dan keinsafan membuatkan mereka makin mulia di sisi Tuhan.

Wajarnya kita sebagai hamba melihat dan merenung dengan penuh keinsafan. Selangkah kita berjalan mendapatkan Tuhan..Seribu langkah Ia berlari merapati Insan. Rahmat dan IhsanNya tidak pernah kontang malah sentiasa memayungi dan menyirami hamba-hambanya. Moga renungan sejenak kita..menyingkir segala kehendak jiwa dan nafsu..menghayati dengan pandangan hati disuluhi akal mampu menzahirkan betapa kerdilnya kita di hadapan Pencipta.

Thursday, May 1, 2008

Cintakan Tuhan Kasih sesama insan.

(Our usrah team at Caversham wildlife,Whiteman Park on april 24. Got new experience with Mr. Kanggaroo.Everyone wanna get the feeding experience so that why Mr.Kanggaroo just lying down.He actually can't even move because of too full.)


Erti hidup dibajai iman..indahnya hidup disirami kasih sayang.


Hinanya kita bila lupakan Tuhan ,


Merempat hidup tika hilang persaudaraan,


Sudah ajaran Islam, dua hubungan perlukan perhatian,


Pegangan kita pada Tuhan perlu ditanam,


Bajainya dengan ruh ketaqwaan dan siramkan ia dengan kebaikkan amalan,


Mulianya kita di mata insan dengan ketulinan penghayatan iman dan Islam,


Ingatlah...Bermula agungnya ummat tika mereka hayati Islam,


Namun runtuhnya ketamadunan tika mereka lupakan Tuhan,


Kita menyangka redhanya insan dan murkanya Tuhan buatkan kita dipandang,


Hakikatnya kita menempah kehinaan dan turut mendapat kemurkaan Tuhan.


Hubungan persaudaraan sesama insan perlu jua diutamakan,


Ikatan silaturrahim menyuburkan perpaduan,


Jalinan kemesraan mengeratkan ikatan,


Suburkan ukhuwwah sesama Islam jadikan amalan,


Kelak hidup kita diberkati Tuhan...Ameen.