Cuaca begitu baik dengan langit membiru..sesekali angin sejuk terasa masuk melalui sliding door yang sengaja ku buka luas. Hanya fly screen sahaja yang kubiarkan tertutup agar tiada "makhluk Allah" itu masuk mengganggu ketenteraman makanan di dalam rumah.Sesekali mataku melilau melihat dua puteraku yang asyik bermain soccer di luar rumah.Sejak sehari dua ini mereka teruja berada di luar rumah..Apa taknya..penangan lawn mower baru kami beli..rajinlah semua orang memotong rambut2 rumput kat halaman rumah yang sekejap-sekejap panjang tak terurus tu."ummi nak buat apa beli mesin rumput yang baru ?"Suamiku bertanya tatkala ku mengajaknya survey harga mesin rumput kat Bunning Warehouse pagi-pagi buta tempohari. 7.20 pagi, aku dan suami dah terjegat kat depan kedai besar ni yang menjual berbagai barangan dan kelengkapan "warehouse"."Tak pelah abi,ummi nak angkut semua barang2 kita once kita dah nak balik malaysia nanti""Biar betul ummi..kalau macam tu abi pun nak tumpangkan proton2 wira kita tu jugaklah" suamiku berkata.Aikkk dia pula yang bersemangat."kalau macam tu nanti kita sewa shipping container yang panjang dan besar lah..yang muat untuk dua kereta""Hehehe..mesin rumput belum jumpa lagi nih ha"Aku bersuara sambil mata melilau ke atas mencari sign-board penunjuk ruang yang dicari. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak lawn-mower baru dengan separuh harga.Puas hatiku..
Melihat rumput yang menghijau dan terurus di halaman rumah sudah cukup menyejukkan hati.Sesekali aku memanjakan kaki tanpa berselipar memijak rumput yang bagaikan carpet permaidani itu. Subhanallah..sungguh damai rasanya..
Tiba-tiba"cepat!!!abi dah lambat ni.."kedengaran suara suamiku memanggil dua putera kami. Meraka bergegas bersiap untuk mengikuti abi ke usrah mingguan. Lalu lamunan ku turut terganggu seketika...
Selamat datang untuk teman-teman yang bertandang, Meskipun tiada hidangan idaman menjadi santapan, Juga tiada bingkisan menawan sebagai buah tangan, Hanya senyuman menyambut kedatangan, Biarpun antara kita tiada mata bertentangan, Biarpun jua tangan tidak bersalaman, Namun kedatangan tetap dialukan, Terukir sudah sebuah senyuman, Tanda penghargaan untuk suatu kunjungan, Moga persinggahan menjadi kenangan, Moga jua ikatan silaturrahim kekal berpanjangan, Mendapat restu dan diredhai TUHAN..Ameen..
Bersua Tanpa Wajah Berbicara Tanpa Suara
Dedicated to my beloved hubby : Moga kasih kita abadi dunia dan akhirat-ameen-
tika mulut melafazkan sayang, hati turut berkata moga Allah merestui ikatan dua hati ini-ameen-
kaulah teman tersayang,sahabat yang dikasihi dan suami ku yang tercinta.
Cahaya cinta
Erti hidup dibajai iman.Indahnya hidup disirami kasih dan sayang
ربنا لا ثزغ قلوبنا بعد اذهديثنا وهب لنا من لدنك رحمة انك انث الوهاب Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau balikkan hati kami setelah Engkau kurniakan hidayah pada kami, dan kurniakanlah dari sisiMu untuk kami kerahmatan. Sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
semalam dalam kenangan
Semalam yang berlalu usah ditangisi.. Teruskan langkah penuh berhati.. Jadikan memory semalam sebagai cermin penyuluh diri.. Setiap detik yang berlalu mematangkan diri.. Namun hanya pada jiwa yang melihat dengan hati.. Setiap kali disingkap perilaku diri..akan timbul keinsafan dihati.. Betapa alpa si empunya diri..lantas istighfar pengganti diri.. Itulah sikap muslim mukmin sejati..merendah diri sujud ke bumi.. Mohon ampun hanya pada Ilahi..agar kasihnya tidak berbelah bahagi...