Pages

Friday, July 9, 2010

aku dan dia 2

Ti..awak seorang Muslim? Ti..kenapa awak tutup kepala awak? Ti..kenapa awak tidak seperti mereka? Segenap pertanyaan itu cuba kujawab secara jujur dan berhemah. Aku mengerti kehadiran ku di tengah-tengah kelompok mereka barangkali satu kesempatan untuk mereka mencari jawapan untuk setiap pertanyaan yang bersarang dalam benak mereka. Setengah mereka tidak pernah berpeluang bertemu seorang muslim apatah lagi mejadikan muslim sebagai seorang kawan.

Ti..awak nampak sungguh gembira.." Seorang kawan menegurku ketika berjalan menuju ke kelas setelah 10 minit break time berlalu." Oo ye ke..apa maksud awak?" Aku membalas." yelah..awak seorang Muslim..awak menutup kepala awak tapi awak tetap ceria.""Dia menjelaskan pertanyaanku." Saya ada kawan..dia kristian seperti saya,tapi setelah dia berkahwin dengan seorang bishop dia terpaksa menutup kepalanya..dan saya tahu dia tidak bahagia dipaksa berpakaian seperti itu."Panjang pula dia bercerita kepadaku."Urm..saya tidak memandang pakaian saya sebagai penghalang untuk mencari bahagia.Malah saya gembira menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim yang memerlukan saya menutup kepala.Saya masih boleh berkawan dengan awak dan bersama dengan rakan2 kolej yang lain dan awak semua menerima saya." Aku cuba memberi respon pada cerita dia.

" Saya tahu awak berbeza Ti..Awak tidak pernah menjauhi kami malah bersama kami. Saya sendiri selesa bercerita dengan awak.Saya tahu ramai orang Islam menganggap mereka lebih baik lalu mereka memburukkan kami tapi kenapa mereka datang ke negara kami.Kalau mereka terasa baik sangat..duduk sahajalah di negara mereka dan jangan datang ke sini." Seorang rakan yang lain mencelah..Aku faham maksud di sebalik kata-kata mereka itu. Aku arif..kata-kata pedas itu di tujukan kepada rakan muslim dari Timur Tengah yang hidup dalam kelompok mereka sahaja."Hehehe." Aku gelak kecil.."Carlos..bagi saya..kita semua manusia..kita tak de hak untuk menghukum orang.. kalau saya bersikap menghukum..saya mungkin tak tegur awak sebab saya anggap awak mungkin tak mahu berkawan dengan perempuan muslim bertudung macam saya." Dia memandang aku" Awak tak tegur saya pun malah saya yang menegur awak dulu kan..Kenapa awak tak tegur saya?Barangkali kalau saya tak tegur awak mungkin kita tak akan bertegur sapa apatah lagi berkawan..walaupun kita sama kelas.." Dia tersenyum..mungkin faham maksud di sebalik kata-kataku.." Dan saya fikir..mereka pun berfikir macam itu jugak...akhirnya takut untuk memulakan perkenalan dengan awak semua." "Ti..boley saya tanya awak something?'' "Apa dia?" Pantas aku menjawab" Betulkah Islam menghalalkan poligami? Bukankah itu satu penganiaan??" "Ya..betul. Agama saya menghalalkan poligami..Tapi Carlos..bukan bermakna semudah itu semua lelaki boleh mengamalkannya. Kalau dia tak mampu berlaku adil dan tidak mempunyai financial support yang baik dia strongly forbidden untuk berpoligami.Tapi kalau dia mampu..secara logiknya kenapa kita menghalang." Dia tersenyum..lalu aku menmbah lagi"Awak seorang lelaki..jujurnya saya ingin bertanya awak..andai awak ada keinginan untuk mencari perempuan yang lain atas apa sahaja reason perlu dan relevan yang hadir dan awak seorang yang kaya. Mungkinkah awak tetap bersama dengan isteri awak atau awak curang..Saya tak yakin awak akan terus setia sedang naluri awak berkata-kata kan..." Lelaki ini terdiam.."Dalam agama kami..ada penyelesaian..tiada salahnya awak beristeri lagi..Perempuan lain hadir dalam hidup awak sebagai isteri dalam keadaan cukup terhormat dan awak menyedari tenggungjawab awak sebagai suami.Mana yang lebih baik...status isteri yang cukup terhormat dengan gelaran perempuan simpanan yang nasibnya tidak pernah terjamin." "Tapi saya rasa satu sudah cukup bagi saya..satu pun mungkin tidak terjaga apatah lagi ramai" Dia membalas bicaraku." Baguslah awak..beruntung bakal isteri awak.."Aku cuba bergurau.."Tapi awak jangan lupa..Ini penyelesaian dalam agama kami bagi yang mempunyai sebab tertentu..paling kurang Islam ada solution untuk masalah ini.." Dia tersenyum...
Kalau tidak kerana masa yang terbatas barangkali banyak lagi persoalan yang ingin dia tanyakan padaku..

Ku kira inilah harga yang harus ku bayar berada di tengah-tengah mereka..melayan setiap pertanyaan yang hadir silih berganti..Semoga Allah kurniakan aku kekuatan dan cahaya ilham yang penuh hikmahnya.

2 comments:

Ayie_Nazahie said...

Subhanallah!
mantap sungguh penjelasan kaktie. saya pun terkedu =]
insyaAllah, teruskan memberi kaktie. teruskan memberi tanpa mengira siapa mereka.
Rasa terisi dengan tazkirah kaktie walau tidak bertentang mata tapi ia sampai ke hati. insyaAllah ;)

hidayah fatihah said...

salam kak ti..hehhe..along doakan moga kak ti tak jemu2 utk dakwah fardiyyah kat non muslim...sungguh,,,mereka tidak tahu betapa indahnya agama Islam, betapa tenangnya diberikan nikmat IMAN n ISLAm..

kak ti, klu rajin, ziarahlah blog along: www.tasnimfilfirdaus.blogspot.com :)