Pages

Friday, January 9, 2009

Secebis luahan rasa

Kesejukkan yang mencengkam seluruh jasad disebabkan penyaman udara yang dipasang sepanjang malam menyedarkan aku dari lena yang nyenyak di hujung minggu.Biasanya aku terjaga di tengah malam lantas memadamkan penyaman udara dari terus bekerja sepanjang malam. Barangkali mind-setting untuk berehat seketika di malam minggu menyebabkan otak tak bekerja untuk mengarah tubuhku bangkit di tengah malam. Pantas mataku menjeling ke arah jam. Ahhh..hampir jam 6 pagi..kelam kabutku mengejutkan anak-anak yang masih lena untuk menunaikan tanggungjawab muslim terhadap PenciptaNya di waktu subuh.Alhamdulillah..mereka tidak banyak kerenah walaupun si adik harus dikejut berulang kali.

Kedatangan hujung minggu memang dinanti-nantikan lantaran seminggu hari-hari biasa penat mengisi aktiviti yang tak pernah berpenghujung. Letih tidak tergambar hanya hayunan langkah lesu terus maju setapak demi selangkah .Itulah harga sebuah kehidupan yang nyata perlu diteruskan. Segala cabaran harus dianggap penjana kekuatan dan pemankin kejayaan.
Kepalaku ligat berpusing meneroka sebarang idea untuk menceriakan waktu-waktu istimewa sebegini.Pastinya aku tak mahu mensia-siakan nikmat lapang waktu yang Allah kurniakan.Sebolehnya ingin kuisikan dengan sesuatu sekurang-kurangnya memberi natijah keharmonian kepada rumahtangga dan keluarga tercinta.

Tanganku pantas memaut dahan pintu pantry..mata melilau melihat bahan-bahan mentah yang ada di dalam..sementara otak ligat bekerja merumus resepi yang bersesuaian.Emmm...LAKSAM!!! Sudah lama kami sekeluarga tidak merasa masakan Pantai Timur ini. Bukan aku tidak mahu memasaknya..namun setiap kali bibirku meluahkan hasrat KEke arah itu..pastinya suamiku menghalang. Walaupun dia sendiri menggemarinya, namun dia tidak mahu memenatkan aku yang sudah kepenatan.maklumlah..hidup dirantauan segalanya perlu di buat sendiri..begitu juga proses memasak laksam yang agak memakan masa dan memaksa ku berdiri sehingga segalanya selesai.

Ku kuatkan semangat di hujung minggu.Alhamdulillah..LAKSAMKU berjaya juga di masak. Ia menjadi juadah sarapan pagi kami di pagi Sabtu. Suami,anak-anak dan adik lelaki yang tinggal bersama kami menjamu dengan selera. Aku tersenyum puas..Alhamdulillah atas kurniaan ilham dan idea di pagi minggu.

Ku capai lap top yang berada di tepi sofa. Jari jemariku menari menekan keypad mencari berita dalam dan luar negeri.Tidak puas rasanya melalui hari-hari tanpa mengetahui perkembangan terkini dan semasa. Walaupun kekadang hatiku bagai dijerut kuat,disiat ngilu bila menatap keperitan dan penderitaan saudara seaqidah dan seagama diperlaku bagai tiada harga diri dan maruah, namun untuk membiarkan hari berlalu tanpa mengikuti perkembangan mereka ternyata lebih memenatkan akal yang tertanya-tanya.Baru semalam rasanya hatiku berbunga bangga tika perkhabaran wira Muntazer al-Zaidy melontar penghinaan yang dasyat kepada pemimpin laknatullah itu.Walaupun balingan sepasang kasut itu dianggap hanya sekadar lontaran sepasang kasut yang tidak mengena sasaran oleh pemimpin berhati kejam itu namun ia tetap satu penghinaan untuknya yang akan terus di kenang di sepanjang sejarah tamadun manusia.

Mengikuti berita penderitaan ummat Islam Palestine melalui media tempatan tika berada di bumi Australia ini begitu menguji kesabaran. Paparan berita yang begitu bias dan tidak adil amat menyakitkan hati.Melihat gambar si kecil hanya memegang lastik buatan sendiri di muka depan akhbar digambarkan sebagai "young militant boy" membuatkan hatiku terkedu..benci, marah dan dendam membuak-buak..Seketika hatiku berbisik"kenapa mesti mengharap secebis simpati dari mereka untuk menyebelahi Islam sedangkan mereka juga dalang di sebalik penderitaan ummat Palestine?"

Fikiranku terganggu..Islam di serang dari segenap penjuru. Dari titisan darah yang membasahi bumi, jeritan,tangisan, ratapan dan airmata menjadi saksi segala keperitan lantaran fizikal yang disakiti. Semua menjadi bukti penindasan hanya kerana benci dan dendam terhadap agama Ilahi. Nun jauh di sana..barangkali ramai yang tidak menyedari meskipun diri sendiri bergelar muslim. Ummat ini juga sedang diracuni di segenap urat saraf dan nadi yang bergerak. Bisanya racun itu mampu melenyapkan segala keberanian yang pernah digeruni pihak lawan suatu waktu dulu. Natijahnya mata-mata muslim di seluruh dunia hanya mampu melihat, bibir mereka hanya diam membisu dan anggota tangan mereka bagaikan terkunci oleh jeriji yang maha berat.

Benar...di sana ada pemimpin negara yang bagaikan wira lantang bersuara seolah mendesak agar dunia bertindak sesuatu untuk menghalang kekejaman fizikal oleh Israel laknatullah. Namun suara yang sama itulah melaungkan Happy New Year dan Selamat Tahun Baru, meraikan satu pesta yang terang dan nyata menjadi jarum halus merosakkan nilai akhlak muda-mudi harapan agama dan bangsa.Sudah terang lagi tersuluh berbagai masalah sosial semakin membarah lantaran aqidah dan agama bukan menjadi pemankin setiap tindakan.Samada tidak disedari atau sengaja tidak mahu menyedari..itulah realiti pemimpin yang hatinya telah malap untuk melihat bahaya racun senyap pemusnah akhlak dan pelenyap keperwiraan yang lebih berbisa dari hujanan peluru dan bedilan mortar..Itulah penangan serangan racun yang melemahkan akhak dan kekuatan keperibadian muslim..


Luahan hati...
Aminah munirah
Isobel street Bentley

No comments: