Pages

Thursday, January 1, 2009

Summer 2008




Keriuhan anak-anakku di luar mengejutkan aku dari terlena. Kalau ikutkan hati mahunya aku terus melayan mata yang mengantuk lantaran keletihan berendam dalam swimming pool hampir tiga jam. Bak kata teman "kak tie sekeluarga nampaknya dah addicted dengan air ni". Apa pun itulah penangan summer kat bumi Perth. Hari-hari yang dilalui sepanjang Disember ini 40 degree dan kadang-kadang mencecah 42c.

(Along dan adik bersama ammah hamidah ketika di malaysia on holiday 2008)
Jam 7 pagi matahari sudah agak terik bagaikan pukul 10 pagi di Malaysia. Kulitku akan gatal bila terkena panahan cahaya matahari jika tidak dialas dengan sunscreen atau sunblock. Di waktu begini kerinduan pada winter seakan menggamit hati..alahai hati..tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.




Melayan kerenah anak-anak memang agak meletihkan,lebih-lebih lagi di usia begini. Menghampiri usia 11 dan 9 tahun, mendidik mereka memerlukan kecekalan dan kesabaran yang bukan sedikit. Di waktu mereka di bawah umur tujuh tahun setiap teguran hanya memerlukan sedikit alasan dan sebab lantas mereka akan mengangguk mengiyakan. Namun mencipta alasan dan sebab di usia mereka kini memerlukan aku dan abinya bijak mengatur kata. Mereka sudah mampu berfikir di mana kewajaran dan logiknya umi dan abinya mencipta sebab. Kalau anak-anak di zaman dahulu..sudah tentu sikap ini dianggap biadap dan kurang ajar.Namun bila kufikirkan, tiada bibit-bibit biadap yang lahir dari pertanyaan dan persoalan itu hanya lontaran pertanyaan yang tulus terbit dari lubuk hati kecil mereka. Aku tidak fikir bahawa sewajarnya aku memaksa mereka berdiam diri dari bersuara..Setidak-tidaknya aku sebagai ibu mampu mengambil kesempatan itu untuk berinteraksi dengan mereka secara matang.Alhamdulillah.. Kekadang aku tersenyum dalam hati..sengaja menyembunyikan rasa bangga mendengar kepetahan hujjah kecil mereka yang agak bernas .Ada ketikanya membuatkan ku terdiam.




Semua ini membuatkan ku insaf..bukan senang untuk mendidik anak menjadi insan beriman yang intelek dan kreatif.Tersilap mendidik menjadikan anak yang telah dibekalkan Ilahi dengan anugerah akal yang baik akan membesar menjadi insan statik dan reaktif. Sudah tentu anak-anak sebegini tidak mampu untuk menghadapi cabaran di zaman mereka walaupun cemerlang dalam pendidikan.




Semoga Allah menunjukkan jalan terbaik buat kami dalam mendidik mereka.




Yang Mencari redhaMU




Isobel street

No comments: