Pages

Thursday, December 16, 2010

Niat di sebalik celoteh itu..

Kakiku melangkah menuju ke bilik 2.11. Kelihatan rakan2ku telah memenuhi kerusi yang ada. Aku menjeling ke arah jam tangan " ahh..masih awal" bisik hati kecilku. Sambil melabuhkan punggung ke kerusi, aku menarik helaian kertas yang siap diprint semalam dari celah2 buku dalam "shopping beg" aku..gelaran yang ku kira paling layak utk beg yg berharga $5 aud yang tahan lasak dan mampu ku sumbat buku2 yang agak berat di dalamnya tanpa bimbang akan koyak di pertengahan jalan..

"ehemm..you looked so relax.." Teman di sebelahku,bernama Kumi gadis kelahiran negeri Matahari Terbit itu menegurku.."No..I'm nervous..but you know.. once you have done it..nothing to be worried about anymore...."Aku cuba bertenang sekali pun dalam hatiku hanya Allah yang tahu. Aku tidak risau untuk bercakap di depan khalayak ramai kerana perkara itu sudah agak biasa bagi diriku. Tetapi yang menjadi masalahnya di kala presentation terpaksa menggunakan bahasa lain yang sudah tentu haru bagiku.

KUkuatkan hati dan semangat..jauh di sudut hati kecilku memanjat doa agar apa yang bakal ku lontarkan nanti memberi manfaat..

Perbezaan budaya dan tradisi di kalangan masyarakat majmuk bukanlah alasan untuk saling bercakaran sesama manusia. Allah menjadikan manusia berbeza bangsa,warna kulit dan tutur bahasa bukan untuk dijadikan jurang yang menjauhkan persahabatan dan saling mengenali sesama manusia. Bahkan ia adalah sebab pembina rasa ingin tahu, belajar dan berkongsi keistimewaan setiap bangsa. Lebih dari itu kemuncaknya pencetus kepada siapa Yang Maha Pencipta?

Ku cuba olah kepelbagaian budaya, cara hidup dan tradisi masyarakat di Malaysia. Hakikat yang ingin kunyatakan di sebalik presentation ini ialah Islam agama yang mendominasi kepelbagaian cara hidup di negara kelahiranku ingin kuterjemahkan sebagai agama perpaduan dan kasih sayang..Ku cuba sampaikan kepada mereka menerusi etika pergaulan yang menjadi amalan kita. Penerapan rasa hormat. perintah agar adil kepada semua orang tanpa mengira bulu, sentiasa menunjukkan tanda persahabatan secara langsung difahami menerusi "konsep air muka" yang menjadi amalan kita.

Menjaga"Air muka" samada air muka kita dan air muka orang adalah satu konsep yang diamalkan kita semua. Ia mendidik sikap tolak ansur yang cukup tinggi di kalangan orang kita. Menerusi konsep yang menjadi amalan ini, secara tidak langsung kita diajar agar tidak memalukan orang lain dengan sentiasa menjaga dan mengambil kira perasaan mereka. Ia melatih orang kita agar tidak mementingkan diri sendiri dan sikap ini akan membibit rasa kasih sayang dan mengukuh persahabatan antara kita. Selain itu menjaga air muka sendiri juga mencegah kita melakukan sesuatu di luar batas adat dan tradisi malah yang bercanggah agama. Lantaran semua itu mendatang keaiban dan memalukan air muka membuatkan kita mengelak dari melakukan perkara tersebut.

Tanpa mengatakan bahawa semua itu ajaran Islam, kukira mereka memahami bahawa itulah nilai Islam. Aku yakin personaliti zahiriyyah aku muslimah bertudung telah menjadikan aku sebagai duta kecil islam di hadapan mereka , sedang bercerita secara tak langsung tentang cara hidup seorang muslim di tengah2 kepelbagaian budaya dan tradisi cara hidup masyarakat bukan Islam lain.

"I think muslim in Malaysia are much better than muslim in Europe"..Ku kira conclusion Cristian lelaki warga Belgium itu telah menunjukkan bahawa hasratku sedikit sebanyak telah tercapai meski pun hanya sekelumit cuma. Ternyata aku berjaya menukar persepsi generalnya terhadap muslim setelah sejak kehadirannya seminggu yang lalu jelas menunjukkan tidak senang padaku lantaran aku seorang Muslimah.

Persoalan demi persolan cuba ku jawab dengan baik dan berhati-hati. Dari topik asal meleret hinggalah kepada masalah hijab,poligami, pergaulan telah memaksa aku berada di hadapan mereka lebih satu jam.

"Thank you Tie.I have never ever heard such a good thing about your religion and culture before..It's so beautiful and really nice to know.. "Komentar Darina gadis cantik bertubuh kecil dari Czeck Republic itu cukup kuhargai. Memberi semangat buat diriku untuk terus memperbaiki akhlak dan tingkah laku agar terbukti apa yang kututurkan sebentar tadi terbukti benar menerusi setiap gerak geriku..

Semoga Allah kurniakan aku kekuatan dan Istiqamah..ameen..

Ummu Mujahid
Isobel street..

No comments: