Pages

Sunday, June 1, 2008

Ermmm..Sembang-sembang..


"Seronok juga lecture yang disampaikan oleh ustaz semalam..ye tak?"Aku bersuara sambil menjamah makanan. Berada di sebelahku tika itu Atikah dan Nabiki. "Emm,saya tak pernah dengar nama dia kat Malaysia" Atikah memberi respon."Betul..Kak Tie pun tak pernah tahu dia tu bekas Imam Masjid Negara" Sememangnya.. nama Ustaz Haji Ahmad Rosli tak pernah ku kenali sebelum ini."Kalau Ustaz Firdaus saya kenallah."tambah Nabiki lagi."Ustaz firdaus yang mana?ke..ajk pemuda UMNO tu ke?"Aku bertanya sekadar untuk mengenalpasti."saya tak tahu dia terlibat ke tak dalam politik..tapi yang muda-muda tu,ala-ala china sikit mukanya tu dan pakai kaca mata." Nabiki cuba described Ustaz Firdaus yang dimaksudkannyaki ."Ooo..kalau yang itu..betullah ajk pemuda UMNO sekarang ni dia..hehe" aku menambah lagi."Saya bukan suka campur politik ni kak Tie..Bagi saya Rasulullah berjuang bukan dengan menyertai politik. Dia tak pernah terima pelawaan menjadi pemimpin oleh kafir Quraish ketika permulaan Islam."Nabiki memberi alasannya yang tersendiri."."Betul rasulullah tak terima pelawaan kafir Quraish.. sebab apa?sebab syaratnya Rasulullah tidak boleh lagi nak berdakwah dan menyampaikan agama tauhid.Tapi Rasulullah juga menjadi ketua negara Islam di Madinah.Rasulullah sebagai pemimpin No 1 berupaya menjadi ketua negara yang terulung tanpa tertakluk kepada syarat-syarat ketat manusia." "Bagi Kak tie..caknanya kita pada politik tanahair bererti kita sayang pada masyarakat dan negara kita, kalau kita tak ambil peduli bererti kita tak ambil peduli juga terhadap nasib agama,masyarakat dan negara" Nabiki diam..mungkin masih keliru macammana persoalan politik itu berkait dengan agama,masyarakat dan negara."Betul ke Kak Tie..orang yang bertanggungjawab melantik pemimpin yang zalim akan disoal pada hari akhirat?"Dia bertanya"Betul ..Nanti bila orang-orang ini ditimpa azab, dia mintak agar Allah gandakan lagi azab untuk pemimpin mereka,jadi ini bermakna perkara ini ada dalam perkiraan Allah"Sedaya mungkin aku cuba untuk memahamkan Nabiki." Nabiki terfikir tak..Islam ini satu agama yang Syumul sedang persoalan politik satu perkara yang penting,takkanlah persoalan sepenting itu Islam tidak bincangkan." aku menambah lagi"Saya tak suka politik sebab saya tengok macam-macam perkara buruk yang berlaku. Korupsi,rasuah macam-macam lagilah,bagi saya politik itu kotor."Nabiki memberi sebab lagi."Betul Nabiki..manusia menggunakan kesempatan berpolitik untuk mencari nama,harta dan kedudukan,sedangkan dalam Islam berpolitik itu satu tanggungjawab dan amanah bagi individu yang terlibat.Pemimpin yang adil termasuk salah satu dari golongan yang akan berada di bawah naungan arash Allah di padang Mahsyar kelak. Lihat..betapa besarnya ganjaran pemimpin yang bertaqwa.So sekarang hasrat kita mahukan pemimpin yang bertaqwa agar mereka boleh menjaga agama,masyarakat dan negara." Bukan senang nak faham konsep politik dalam Islam. Aku dulu pun macam Nabiki. Walaupun dikelilingi dengan orang-orang yang memungkinkan aku faham..tapi sejujurnya sedikit sebanyak ideologi politik ciptaan manusia yang tak jujur dan suasana masyarakat di negara sendiri banyak mengelirukan aku."Persoalannya nabiki..sejauhmana kita faham konsep politik atau siyasah dalam Islam..cubalah Nabiki baca buku-buku tulisan ulama yang diiktiraf oleh majoriti ummat Islam dunia seperti dr al-Qardhawi, dr Wahbah. dr Said Ramadhan Buti, dr Mustafa al-sibaa'i dan lain-lain,buku-buku ni banyak yang diterjemah ke dalam bahasa melayu, contohnya fiqh al-daulah dan masyarakat Muslim yang kita idam-idamkan."aku cuba memberi jalan kepada Nabiki untuk memahami perkara tersebut dengan lebih mendalam.Bagi aku bukan senang untuk membuatkan seseorang faham kinsep ini.Lebih-lebih lagi berbagai konsep politik telah diketengahkan ditambah pula perlaksanaan yang tidak menepati Islam. Namun semoga berbaliknya kita kepada sumber yang benar dan berpandukan kepada suluhan para ulama yang tidak dinafikan kredibilitinya boleh memimpin kita untuk memahaminya sebaik mungkin."Emmm..Nampaknya kak Tie kena jadikan Fiqh al-Daulah sebagai teks usrah kita nih.." saran Nabiki." Apa-apa pun Nabiki cubalah baca dulu buku tu..baca tau.."Aku berkata kepadanya sebelum kami beredar untuk pulang malam tadi. Bukan aku tak mahu bawa buku tersebut dalam usrah..tapi biarlah secara perlahan. semoga Allah memberi kefahaman yang sebenar kepadaku,Nabiki dan adik-adik yang lain dalam isu yang seberat dan amat sensitif ini.

Kak TIe
Musolla Curtin University.

No comments: