Pages

Saturday, June 14, 2008

Titisan Iman

Ketika Rasulullah s.a.w sedang bertawaf di kaabah pada hari pembukaan Mekkah, seorang lelaki bernama fudhalah datang menghampiri baginda. Dia berjalan mendekati Rasulullah s.a.w dengan niat ingin membunuh baginda. Apabila dia datang menghampiri baginda,tiba-tiba Rasulullah s.a.w bersabda"Kamu Fudhalah?"Jawabnya"Ya..saya Fudhalah..wahai Rasulullah,"Kata Rasulullah s.a.w lagi"Apa yang sedang kamu bisikkan dalam hati kamu ya Fudhalah?"Jawabnya"Tiada apa-apa..saya sedang mengingati Allah."Lalu baginda senyum dan berkata"Pohonlah ampun dari Allah.."Kemudian baginda Rasullulah s.a.w meletakkan tangannya ke atas dada Fudhalah,maka tenanglah perasaannya.Fudhalah sendiri menceritakan"..Belumpun sempat Rasulullah s.a.w mengangkat tangannya daripada dadaku,sudah pun terasa padaku tidak ada makhluk Allah yang lebih kukasihi selain darinya"

Maka pulanglah Fudhalah ke rumahnya. Di perjalanan, Fudhalah bertemu dengan seorang wanita yang meminatinya.Wanita itu berkata"Marilah kita berbual." Fudhalah menceritakan peristiwa itu dalam syairnya yang bermaksud:

Dia berkata"Marilah kita berbual" Maka tidak! kata saya,
Kerana Allah dan Islam telah pun melarang saya,
Saya telah melihat Muhammad baru sekejap sebelum ini,
Muhammad dengan kemengannya telah memusnahkan semua patung dan berhala,
Jelaslah agama Allah itu terang dan nyata,
Sedang syirik membawa kegelapan menutup muka.
Sumber:Ibnu Hisyam dalam fiqh al-Sirah:Ramadhan said al-Buti :567

No comments: