Pages

Thursday, May 15, 2008

Sejenak Merenung Pada Diri

(Along and adik with al-Fateh were flying a kite..it was a windy day and the bright and colourful kite flew so cool .Definitely it was attracted so many eyes to look at..)

Kelahiran manusia ke dunia bukanlah kelahiran yang sia-sia. Manusia dilahirkan dengan matlamat dan tujuan. Allah s.w.t telah berfirman:وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون . Maksudnya : Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu. Persoalannya,sejauhmana manusia memahami konsep pengabdian. Apakah maksud pengabdian hanya ketika ketika tunduk dan sujud dalam sembahyang?Atau hanya ketika berlapar dan berdahaga di bulan Ramadhan? Sesungguhnya konsep pengabdian yang dituntut meliputi seluruh jiwa raga dan kehidupan manusia. Setiap detik yang berlalu..setiap saat yang hadir silih berganti, tidak pernah terpisah dari mengingati Penciptanya. Jiwanya kental dengan keimanan..Hatinya subur dengan ketaqwaan lantas diterjemah dalam setiap tindak dan amalan. Bukan sekadar lidah dan bibir melafazkan kesaksian..Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Namun hati turut membenar dan mengiyakan dengan penuh yakin setiap patah kata yang terucap. Lalu cuba dibuktikan dengan amal oleh seluruh anggota badan.

Pergertian iman itu cuba dihayati..ikrar dengan dengan lidah berserta tasdiq berpasak di hati. Bukan iman si munafiq yang hanya manis terucap di bibir namun hati tetap menafikannya. Iman seorang abdi penuh perhambaan..menyedari diri mengemis dan menumpang kasih dan redha
Ilahi. Setiap suruhan cuba dilaksanakan dan setiap larangan pasti dielakkan.Langkah di atur penuh berhati di perjalanan penuh berduri.


Demi kasih pada Ilahi,demi cinta pada rasul..setiap tanggungjawab dan suruhan cuba dilaksanakan. Dididknya hati dan jiwa ntuk menyedari dan insafi,di sebalik setiap suruhan itu tersembunyi seribu hikmah dan kebaikkan.Pulangannya tidak kembali pada tuhan namun kebaikkan pada si tuan amalan.


Jiwa abdinya tenang walau mata -mata manusia angkuh memandang sinis dan jengkel padanya. Hatinya kental memikul bebanan dakwah yang menjadi warisan Rasul tercinta sejak zaman berzaman. Hidupnya tidak terpencil malah dia di tengah-tengah manusia yang bermacam ragam dan isinya. Sirah perjalanan dan perjuangan insan tercinta menjadi ikutan dan panduan. Dia menyedari kesukaran yang diredahi hanyalah secebis kesusahan yang dialami rasul junjugan..Lalu kudratnya menjadi kuat..lantas hayunan kaki terus melangkah demi meneruskan perjalanan insan mulia tercinta.

Wednesday, May 14, 2008

Jauh Dari Mata Insan

(Buat diri ini dan juga untuk adik-adik yang sering ditemui saban minggu..Jumaat malam Sabtu sentiasa dirindu)

Bagi insan itu...Sekali terkenang dia jauh di negeri orang..
Tanpa orang tua dan sanak saudara..
Terasa seolah diri keseorangan di alam dunia..
Tiada bahu untuk berpaut..tiada tangan untuk menuntun..
Tiada teman untuk mengadu..
Jiwanya menjerit..meronta..perlunya dia pada manusia..
Tangisannya tak jua reda..
Hanya kerana dia mengemis secebis ihsan sesama manusia..

Bagi insan itu...
Bila menyedari diri jauh di negeri orang..
Tiada orang tua..tanpa sanak saudara..
Terasa bagai tiada mata yang menjaga..
Hati menjerit riang..nafsu menggelegak gembira..
Syaitan menjadi teman..
Lantas diri hanyut di bawa arus..
Hanya kerana menyangka..dirinya bebas jauh dari mata manusia..

Bagi insan itu..
Tika menyedari diri jauh di negeri orang..
Tanpa orang tua..tiada sanak saudara jua tiada teman..
Namun matanya tak menangis..hatinya tak merintih..
Semangatnya makin kental..langkahnya makin teratur..
Dibajainya iman..lantas suburnya taqwa..
Hanya kerana jiwanya berkata...Aku masih ada TUHAN..

Kak tie
dianella

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu





"Happy Mother's Day Ummi". Adik menghulurkan sekeping kad dan sebungkus kotak kecil yang comel.Sejak aku menjemputnya di pintu pagar sekolah tadi, adik seperti menyembunyikan sesuatu dibelakangnya."You not supposed to give it today". Along bersuara seolah ingin membetulkan tindakan adiknya. Adik terkebil-kebil seolah meminta kepastian."yeahhh..you should give it to ummi on Sunday".Adik tersenyum malu tersipu-sipu.."emm..its okay,terima kasih adik..saaayang anak ummi." Aku menyambut kad dan hadiah comel berisi coklat cadburry adik dengan senyuman dan ciuman penuh sayang.



Sebentar tadi..Along pula menghulurkan sekeping kad yang dibuatnya sendiri kepadaku.Happy Mother's Day ditulis berwarna-warni dan dihiasi dengan deretan lukisan hati.Ucapan "Thank you for caring me and support in me,lots of love from Mujahid"menyentuh hati kecilku.Anakku yang sulung ini sentiasa nampak cool,tapi bila sekali buat sesuatu...memang power.Terima kasih along..terima kasih adik..Tiada ucapan yang mampu ummi lafazkan untuk kalian berdua atas ingatan kalian buat ummi.Cuma doa yang mampu ummi panjatkan ke hadrat Ilahi..Moga anak-anak ummi jadi insan berguna untuk agama dan dan berbakti pada manusia.

Saaayang anak ummi
dianella..Perth.

Wednesday, May 7, 2008

Terima kasih Sahabat

Sunyi malam terasa begitu damai. Sesekali kedengaran deru kenderaan memecah keheningan malam. Ku cuba pejamkan mata agar terlelap..tapi nyata tak berjaya. Bicara seorang teman di alam maya siang tadi hadir bertalu-talu biarpun tanpa suara,hanya patah-patah perkataan sebagai pengganti diri. Seakan terbayang di mataku wajah tenangnya tatkala mengajukan soalan padaku. 'Tie..kenapa nak pregnant lagi?" Bait-bait pertanyaan itu terpapar pada skrin komputerku. Soalan yang pada ramalanku amat mudah dan senang untuk dijawab."Emmm..Sebab nak anak lagi.."Terpacul jawapan bodohku..lantas jari jemariku menari menyusun patah-patah ayat."Yelah..kenapa nak anak lagi?" Dia cuba untuk menjelaskan maksud sebenar soalannya sebentar tadi. Cuba untuk memahamkan aku makna tersirat di sebalik pertanyaannya itu."hai..anak yang dua tu dah besar panjang..naklah anak kecil lagi..sementara umur masih muda ni." Seakan tak mampu untuk menyembunyikan rasa rindu pada si kecil..lantas terluah jawapan itu dari hatiku. ternya aku tak mampu untuk menahan betapa rindu dan kepingin untuk mendengar tangisan dan gelak tawa anak kecil lagi. "Ingatlah hasrat dan niat Nabi Allah Zakaria tatkala ia mengadu pada Allah dan memohon dikurniakan zuriat untuknya,hayatilah kisah ibu serikandi suci Siti Mariam tika bernazar dan berdoa moga Allah kurniakan seorang anak baginya" Aku terdiam..terpukul dengan kisah teladan itu yang sepatutnya kuhayati dan contohi. Aku terlupa untuk terus mencontohi hasrat dan niat mereka. Aku ghairah menyusun doa dengan bait patah perkataanku sendiri tanpa meneladani dan mengulangi doa mulia para nabi dan serikandi. Aku juga terlupa menanam benih-benih awal yang maha mulia untuk bakal zuriat yang belum lagi muncul petanda untuk hadir ke dunia.Oh..Tuhan..Sungguh besar dan maha luas rahmat dan IhsanMu. Moga peringatan ini satu petanda bahawa Engkau masih menyayangiku.Syukurlah aku masih mempunyai sahabat sejati yang menegurku tatkala ku terlupa,mengingatkan aku bilamana ku terlena.Semoga jua persahabatan ini berpanjangan dalam redhaNya..ameen.

Syukur tak terhingga pada yang Esa.
Dianella..Perth

Tuesday, May 6, 2008

Pasrah Seorang Muslim Mukmin

فاذا اراد شيأ أن يقول له كن فيكون Itulah gambaran betapa besarnya kekuasaan Allah, kehendakNya mengatasi kehendak hamba. Tika manusia lupa dan hanya percaya pada keupayaan diri sendiri, bersikap takabbur dan lupa pada asal-usul diri. Tatkala itu Allah datangkan hanya secebis dari cebisan bukti kekuasaanNya, lantas kehidupan manusia ranap dan musnah sekelip mata.
Taufan Nargis yang melanda Myanmar semalam 5 mei 2008 adalah antara jutaan amaran Allah untuk manusia. Biarpun ungkapan seperti bencana alam atau fenomena alam semulajadi seolah ingin menutup hakikat ianya peringatan dari Tuhan, namun bagi seorang muslim, ia menerima hakikat itu satu peringatan dan amaran dari Allah yang Maha Esa.

Seorang muslim tidak akan memandang kejadian dasyat itu hanya sebagai hukuman dari Allah di atas kelalaian hambanya. Lantaran rentetan demi rentetan kedegilan,kealpaan,angkuh dan sombong hamba pada Pencipta seolah menjadi sebab Dia mengutuskan ujian berat ini untuk manusia.Namun sifat rahmat Allah tetap terpancar..ihsan dan belas kasihanNya yang melaut seolah tidak ingin hambanya tersiksa di alam kekal abadi lantaran tiada peringatan keras yang memungkinkan mereka terjaga dari kelenaan. Jauh sekali seorang muslim untuk menghukum Allah Azza wajalla dengan ungkapan zalim dan tidak adil sebagaimana ungkapan yang dilaung oleh mereka yang selama ini tidak percayakan Tuhan. Di kala Allah sempitkan hidup mereka di dunia sebagai amaran dan peringatan setelah Allah limpahkan kesenangan dan kelapangan agar mereka bersyukur...di saat itu mereka masih sanggup lagi mencaci nista Allah Rabbul Izzati.

Masih ingatkah kita tatkala Allah menceritakan kisah golongan Yahudi ummat nabi Musa Alaihissalam. Mereka bukan sahaja diselamatkan Allah daripada bala tentera Firaun. Malah terbelahnya Laut Merah seolah-olah membuka jalan untuk direntasi dengan selamat, hingga kini masih disebut. Hidangan al-Manna dan as-Salwa yang tidak pernah dirasai kaum lain telah direzkikan kepada mereka. Namun bagaimana mereka menyambut rahmat dan ihsan Allah buat mereka?Sesungguhnya kelompok manusia itu bukan hanya tidak bersyukur malah kufur terhadap Allah. Sanggup menduakan Allah semata-mata melihat manusia lain menjadikan Idol yang boleh dikesan pancaindera sebagai tuhan yang disembah. Inilah golongan manusia yang tidak tahu bersyukur dan menghargai nikmat yang dikurniakan.

Justeru hidup muslim ternyata menuntut perbezaan yang maha besar. Seorang Muslim sentiasa berwaspada terhadap apa jua amaran Allah. Cuba menghindarkan diri dari dimurkai Tuhan agar diri tidak diketepikan dari rahmatNya yang tak bertepian. Sesungguhnya bila ujian didatangkan Allah, ia akan menimpa semua manusia samada beriman mahupun tidak beriman.Namun bagi hamba muslim dan mukmin, dia menerima segala ujian itu dengan kekuatan kesabaran dan pasrah dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

Friday, May 2, 2008

Bicara Hati


وذكرفان الذكر ثنفع المؤمنين Perintah dan nasihat dari Yang Maha Mengetahui bukan satu perintah dan nasihat yang sia-sia. Sebagai Pencipta..sifat all-knowing Nya yang tidak pernah terbatas, malah merentasi sempadan yang tidak mampu dijangkau fikiran dan pandangan manusia harus diamati dan diperhalusi.Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..kasihNya yang melaut dan rahmatnya yang melangit,tidak pernah mendambakan apa-apa pulangan dari kebaikkan amalan hambaNya.
(along with our usrah member's kids:Iman,Nur,Huda,amir,hanif,Bushra dan si kecil Hamzah when we were in Kings Park on 2006)
Namun kasih dan sayangNya itulah telah mengatur peraturan maha sempurna untuk kehidupan manusia selaras dan seiring dengan fitrah dan kesesuaian kejadian mereka.Jaminan kemuliaan ciptaan manusia akan terus terpelihara lantaran pengamalan peraturan Ilahi.Faedahnya kembali pada manusia..untungnya zahir dalam kehidupan mereka..kedamaian dan ketenangan menghiasi dunia hamba.

Namun hidupnya hamba tidak selalu merendah diri pada Yang Esa. Adakalanya dibuai nafsu dan diulik gelojak jiwa yang meronta. Lalu kekadang aturan langkah tergelincir. Meskipun manusia sifatnya tertulis sebagai pelupa..itu bukanlah alasan untuk terus melupai Pencipta. Bukan jua penyebab untuk terus melayani kehendak hati yang tiada noktahnya. Bagi hati yang basah kerana iman..jiwa yang lembut dengan taqwa, sedikit kesilapan menjadi medan pertaruhan manggandakan amalan. Lantaran ketakutan dan keinsafan membuatkan mereka makin mulia di sisi Tuhan.

Wajarnya kita sebagai hamba melihat dan merenung dengan penuh keinsafan. Selangkah kita berjalan mendapatkan Tuhan..Seribu langkah Ia berlari merapati Insan. Rahmat dan IhsanNya tidak pernah kontang malah sentiasa memayungi dan menyirami hamba-hambanya. Moga renungan sejenak kita..menyingkir segala kehendak jiwa dan nafsu..menghayati dengan pandangan hati disuluhi akal mampu menzahirkan betapa kerdilnya kita di hadapan Pencipta.

Thursday, May 1, 2008

Cintakan Tuhan Kasih sesama insan.

(Our usrah team at Caversham wildlife,Whiteman Park on april 24. Got new experience with Mr. Kanggaroo.Everyone wanna get the feeding experience so that why Mr.Kanggaroo just lying down.He actually can't even move because of too full.)


Erti hidup dibajai iman..indahnya hidup disirami kasih sayang.


Hinanya kita bila lupakan Tuhan ,


Merempat hidup tika hilang persaudaraan,


Sudah ajaran Islam, dua hubungan perlukan perhatian,


Pegangan kita pada Tuhan perlu ditanam,


Bajainya dengan ruh ketaqwaan dan siramkan ia dengan kebaikkan amalan,


Mulianya kita di mata insan dengan ketulinan penghayatan iman dan Islam,


Ingatlah...Bermula agungnya ummat tika mereka hayati Islam,


Namun runtuhnya ketamadunan tika mereka lupakan Tuhan,


Kita menyangka redhanya insan dan murkanya Tuhan buatkan kita dipandang,


Hakikatnya kita menempah kehinaan dan turut mendapat kemurkaan Tuhan.


Hubungan persaudaraan sesama insan perlu jua diutamakan,


Ikatan silaturrahim menyuburkan perpaduan,


Jalinan kemesraan mengeratkan ikatan,


Suburkan ukhuwwah sesama Islam jadikan amalan,


Kelak hidup kita diberkati Tuhan...Ameen.