Pages

Wednesday, May 7, 2008

Terima kasih Sahabat

Sunyi malam terasa begitu damai. Sesekali kedengaran deru kenderaan memecah keheningan malam. Ku cuba pejamkan mata agar terlelap..tapi nyata tak berjaya. Bicara seorang teman di alam maya siang tadi hadir bertalu-talu biarpun tanpa suara,hanya patah-patah perkataan sebagai pengganti diri. Seakan terbayang di mataku wajah tenangnya tatkala mengajukan soalan padaku. 'Tie..kenapa nak pregnant lagi?" Bait-bait pertanyaan itu terpapar pada skrin komputerku. Soalan yang pada ramalanku amat mudah dan senang untuk dijawab."Emmm..Sebab nak anak lagi.."Terpacul jawapan bodohku..lantas jari jemariku menari menyusun patah-patah ayat."Yelah..kenapa nak anak lagi?" Dia cuba untuk menjelaskan maksud sebenar soalannya sebentar tadi. Cuba untuk memahamkan aku makna tersirat di sebalik pertanyaannya itu."hai..anak yang dua tu dah besar panjang..naklah anak kecil lagi..sementara umur masih muda ni." Seakan tak mampu untuk menyembunyikan rasa rindu pada si kecil..lantas terluah jawapan itu dari hatiku. ternya aku tak mampu untuk menahan betapa rindu dan kepingin untuk mendengar tangisan dan gelak tawa anak kecil lagi. "Ingatlah hasrat dan niat Nabi Allah Zakaria tatkala ia mengadu pada Allah dan memohon dikurniakan zuriat untuknya,hayatilah kisah ibu serikandi suci Siti Mariam tika bernazar dan berdoa moga Allah kurniakan seorang anak baginya" Aku terdiam..terpukul dengan kisah teladan itu yang sepatutnya kuhayati dan contohi. Aku terlupa untuk terus mencontohi hasrat dan niat mereka. Aku ghairah menyusun doa dengan bait patah perkataanku sendiri tanpa meneladani dan mengulangi doa mulia para nabi dan serikandi. Aku juga terlupa menanam benih-benih awal yang maha mulia untuk bakal zuriat yang belum lagi muncul petanda untuk hadir ke dunia.Oh..Tuhan..Sungguh besar dan maha luas rahmat dan IhsanMu. Moga peringatan ini satu petanda bahawa Engkau masih menyayangiku.Syukurlah aku masih mempunyai sahabat sejati yang menegurku tatkala ku terlupa,mengingatkan aku bilamana ku terlena.Semoga jua persahabatan ini berpanjangan dalam redhaNya..ameen.

Syukur tak terhingga pada yang Esa.
Dianella..Perth

2 comments:

dayanasofea said...

Itulah teman sejati,yang akan selalu mengingatkan tatkala kita alpa.kerana resmi manusia yang sering tidak dapat memisahkan diri dari sifat lupa.

aminahmunirah said...

Thank you Umie for the warm supports.I really appreciate for what u have done.