Pages

Tuesday, April 29, 2008

merenung sejenak

Bila terkenang seorang demi seorang orang yang ku kenali pergi menyahut panggilan Ilahi, terasa bagaikan hati ngilu disiat. Bila teringat apa persediaan diri yang telah cuba ku usahakan selama ini..terasa lemah segala sendi..Masakan tidak,usia ku sudah melewati suku abad. Usia yang telah dikurniakan Tuhan..entah ke mana ku habiskan. Tanggungjawab sebagai Muslim yang ku lafaz janjikan di hadapan Ilahi setiap kali waktu sembahyang seakan bertanya sejauhmana ku tunaikan.Ikrar "Sesungguhnya sembahyangku, jalanku, hidupku dan matiku adalah keranaMu ya Allah" menuntutku agar tidak hanya berpura-pura hanya tika menghadapNya azza wajalla. Lantas ku teringat patah kata seseorang"cuba hidup sebagai manusia jauhi sikap seperti binatang". Seekor binatang hanya tahu berfikir tentang isi perut..Apa makanan aku dan siapa bini aku hari ini.?Ia tak berfikir untuk menjangkau lebih jauh lain dari perihal perut dan kepentingan diri sendiri. Tapi manusia dikurniakan Allah akal dan disuluhi pula akal itu dengan cahayaNya(al-Quran dan Sunnah).Hidup manusia ada matlamat dan tujuan kerana penciptaan manusia itu bukanlah sia-sia. Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan mengabdikan diri kepadaKU. Pengabdian kepada Allah,pencipta dan pemilik kita..sesungguhnya amat luas dan besar makna yang tersurat dan tersirat. Bukan sekadar menuntut pelaksanaan rukun iman dan rukun Islam sahaja namun menuntut pelaksanaan dalam konsep yang lebih luas dari itu. Kalau tidak masakan ayat-ayat Allah yang termaktub dalam al-Quran itu berjumlah 1666 ayat. Masakan ribuan hadith dan sunnah Rasul junjungan baginda wariskan hanya untuk menjelaskan perkara sedikit itu. Sesungguhnya hidup sebagai Muslim menuntut penyerahan jiwa dan raga untuk sebuah pengorbanan,pelaksanaan tanggungjawab satu amanah yang diwariskan sejak zaman-berzaman. Itu semua menuntut untuk dilaksanakan sebagai bukti pengabdian. Sejauh mana kita memahami tanggungjawab sebagai muslim yang bertaraf abdi pada Penciptanya..sejauh itulah barangkali kita bergerak melaksanakan tanggungjawab pengabdian itu.

No comments: