Pages

Saturday, April 12, 2008

Harapan ummi dan hasrat Abi

Antara sedar atau tidak kita hampir melewati suku pertama tahun 2008.Terasa bagaikan baru semalam bunyi letupan firework dilepaskan,lantas langit malam bergemerlapan bermandikan kerlipan percikan api dan cahaya. Gema laungan pekikan "Happy New Year" oleh warga Perth seakan masih terngiang-ngiang di telinga kami.Meskipun hanya berada di laman rumah, namun sorakan mereka masih jelas kedengaran.

(Outing to Mandurah and having crabing experience during their childhood time would be unforgotable memory,though they would not be in here anymore.The picture was taken in Mandurah in summer 2008)
Sorakan dan laungan saban tahun itu sudah berlalu...hari ini cuti penggal pertama anak-anak di sekolah sudah bermula.Subhanallah...Bermakna tugas aku sebagai ibu bertambah lagi.Kalau hari-hari biasa,waktu anak-anak banyak dihabiskan di sekolah. Namun waktu cuti-cuti begini,aku harus menjadi lebih kreatif untuk memastikan waktu mereka terisi sebaik mungkin.Tiga minggu bukan satu jarak waktu yang pendek,berbagai kemungkinan boleh timbul,di tambah lagi berbagai paparan rancangan television sepanjang cuti sekolah amat menggamit perasaan anak-anak untuk menontonnya.Namun wajarkah sebagai ibu, hanya membiarkan anak-anak menonton TV,menekan remote controller bermain games hanya semata-mata kerana kita malas untuk berfikir. Sedarkah kita bahawa secara diam kita cuba untuk membunuh masa depan mereka,anak dari darah daging sendiri.Membiarkan mereka leka dengan permainan games bererti kita berusaha mematikan daya kreativiti mereka dengan membekukan fikiran mereka.Kita biarkan juga fikiran anak-anak kita dijajah oleh pengaruh TV.
Menyedari keburukan ini semua, membuatkan kepala berpusing...dari malam tadi,si adik sudah mengeluarkan kertas tebal meminta ku mencatat point untuk mereka berdua sepanjang cuti sekolah ini. Alhamdulillah...paling kurang mereka mengerti bahawa mereka juga perlu mempamerkan good behavior sepanjang mereka bercuti di rumah. Aku sudah berjanji pada mereka...kalau mereka berjaya mempamerkan persembahan akhlak yang baik dan berjaya mendisiplinkan diri dengan mengikuti jadual cuti sekolah setiap hari,aku akan memberi mereka point. Bonus tambahan juga akan diberikan kalau mereka berjaya memberitahu aku maklumat dari fakta-fakta baru yang di baca setiap hari. Sebagai imbuhan..aku dan abinya akan menawarkan satu hadiah dengan membeli barangan kegemaran mereka.Harapan aku, moga usaha yang sedikit berjaya menjinakkan hati kecil mereka agar menjadi orang yang berdisiplin dan cintakan ilmu.Aku percaya..kejayaan takkan datang dengan sendiri tanpa usaha yang berterusan.Hasrat hati yang menggunung mahukan cahayamata kami menjadi insan berilmu dan berbakti pada agama dan masyarakat tidakkan kesampaian kalau hanya membiarkan waktu dan keadaan yang mencorakkan kehidupan mereka.Junjungan Rasulullah berrsabda..seorang anak ibarat kain putih yang bersih..terpulang kepada ibu bapanya samada menjadikan dia yahudi,nasrani atau pun majusi. Kehidupan ini bukan satu experiment.Masa dan waktu yang berlalu takkan datang kembali.Kita barjalan menuju ke hadapan, begitu jua usia anak-anak..jangan sampai sudah terlewat baru kita mahu melentur...


Yang Mengharap Menjadi Ibu Cemerlang
Dianella,Perth




No comments: