Pages

Tuesday, March 23, 2010

Agungnya QudratMu ya Allah..

Melihat langit gelap dilitupi awan hitam,hatiku terdetik "barangkali sebentar lagi hujan akan turun".Ternyata telahan ku tepat.Berada dikedudukan mengadap jendela kaca,mataku kadangkala terpejam rapat tatkala melihat sinar kilat yang kelihatan sambar menyambar diikuti bunyi guruh yang silih berganti.Hujan turun mencurah-curah membasahi bumi Perth yang ketandusan.Hampir empat bulan bumi ini tidak dibasahi hujan.

Aku mencapai telefon bibit "abang kat mana sekarang?"We are on the way going to Milner".Kedengaran suara adik di hujung talian".Aku menanti penuh sabar.Penuntut-penuntut lain bersesak di pintu keluar kolej.Ku lihat biji-biji ais bertaburan di atas jalan."Oh...hujan batu rupanya."Hatiku berbisik..Subhanallah...

"Ermm..kita ke Nedlands bang..Ummi janji dengan Shara nak bincang pasal kereta." Ku kata pada suami sejurus melabuhkan punggung ke dalam kereta.

"Cuba tengok awan hitam tuh..bergulung-gulung..takut rasanya" Suamiku menunjukkan ke arah langit yang gelap. Jam di tangan baru menujukkan pukul 5 petang.Namun suasana seakan maghrib sudah lama berlalu.Hujan turun semakin lebat. Kenderaan semakin banyak di atas jalan.."Pukul berapa agaknya kita boleh sampai ni?"Ermm..tak tahulah..lambat lagi agaknya.. lebih pada semut semua kereta bergerak nih.."Suami menjawab pertanyaanku.Aghhh.. Untuk berpatah balik pulang ke rumah, rasanya agak mustahil dalam keadaan kenderaan yang penuh sesak.

"Harap-harapnya janganlah kereta kita mati kat tengah-tengah jalan nih." Suami ku meluahkan kerisauan tatkala kereta kami meredah air yang melimpah. Dalam samar cahaya lampu jalan yang malap, aku dapat melihat banyak kereta yang tersadai di atas jalan, begitu juga kemalangan yang berlaku..barangkali kereta-kereta tersebut terbabas tika dipandu laju lalu meredah air hujan..keadaan ini tentunya menambahkan kesesakan yang sememangnya sudah sesak.

Setelah memandu hampir satu jam, kami sampai juga ke destinasi.Menunggu Shara yang tidak nampak bayangnya di rumah Fairway.. kami ke rumah Cooper."Kak tie..tingkap umah kak Ana pecah terkena ais..cermin depan keretanya pun pecah sama..berdebar dada saya bila dengar berita nih..tak hilang lagi ni ha.." Suara Syida bergetar tatkala memberitahu aku..barangkali kesejukkan meredah hujan sambil berbasikal tak hilang lagi..

Melihat keadaan kereta Ana dan kereta adik2 Mount Joy yang kemek..penuh dengan kesan-kesan ditimpa ais batu menimbulkan perasaan kasihan di hati.Tambah lagi memikirkan mereka terpaksa mengeluarkan belanja membaiki cermin depan kereta yang pecah.."Nazirul..angkat kereta barulah..ke guana?" Nazirul tersenyum sambil gelak-gelak kecil mendengar gurauan suami.Aku terharu melihat wajah-wajah tenang adik-adik ini tatkala diuji Ilahi.

Tiba-tiba telefon bimbit suamiku berdering"Ustaz...rumah Syafiqah dibaling batu..habis pecah tingkap cermin rumah mereka.Nak mintak tolong ustaz datang tengok..kami semua ada kat rumah mereka nih.." Nabilah menelefon." MasyaAllah...ok..ok..kami datang sekarang InsyaAllah..

Pelawaan adik-adik cooper untuk makan malam di rumah mereka terpaksa kami tolak. "Barangkali cermin tu pecah sebab kena ais kut" " Kena ais ke..kena baling ke..kita ke sana dulu..tengok apa yang terjadi..Tak boleh jadi nih..kawasan tu dahlah tak berapa selamat." Suami ku membuat keputusan.

Ku sangka kesesakan kenderaan sudah makin reda di atas jalan..namun sangkaanku ternyata jauh meleset.Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 20 minit namun telah tersasar lebih dari 2 jam akibat kesesakkan jalanraya.Subhanallah...Hati berkata"agaknya kalau berjalan kaki..lagi cepat kut."

"Ishhh ...black out ke..gelap semua kawasan nih" A..aalah" Aku mengiyakan bila melihat semua lampu jalan padam dan rumah kegelapan di sepanjang perjalanan menyusuri Shepperton street membelah bandar Vic Park.

Kelihatan sepasang suami isteri berbual-bual di tepi jalan di hadapan rumah mereka setiba kami di depan rumah Syafiqah."Barangkali mereka ni jiran adik-adik tu tak" Hati kecil ku berbisik.Kami bergegas masuk ke dalam" Besar jugak batu nih..macam tak logik je di tiup angin."Itulah pasal..terkejut kami..tiba-tiba batu ni masuk ke dalam rumah." Syafiqah,Fatin dan Liyana menceritakan kejadian itu."Tadi call Owner rumah..dia tak bagi kitaorang tinggalkan rumah nih..katanya..bimbang kut terjadi apa-apa kat rumah" "Ishh..mana boleh macam tuh..mana yang lebih utama?Keselamatan korang ke..keselamatn rumah..tak pe..saya cakap dengan tuan rumah."Suami ku cuba meredakan keadaan.

Memandangkan keadaan rumah tidak selamat untuk didiami buat seketika, mereka menumpang bermalam di rumah umai dan kawan-kawan"Sebelum ke sana kita buat report polis dulu" Mereka mengangguk bersetuju dengan cadangan suamiku."Taree street??Where did you get the house? You got the wrong place to live..discuss with the owner to move out.You have the rights and reason to breach the contract.It's not a safe place to live ..you are students."Terkejut polis tersebut tika mereka memberitahu alamat tempat tinggal..Panjang lebar pegawai polis itu menasihati bila mengetahui mereka student baru yang menyewa di rumah tersebut.

Kami meninggalkan police station.Seribu perasaan berbaur di dalam hatiku.Sukar untuk ku nyatakan dengan kata-kata. Bimbang,risau,serba salah,sedih, susah hati..silih berganti perasaan itu hadir dalam diri. Dalam kesejukkan meredah malam selepas hujan batu, kilat ribut dan banjir melanda..pastinya kejadian ini tersirat seribu hikmah yang tersembunyi..Semoga Allah membuka pintu mata hati kami untuk memahami hikmat yang tersurat.Lalu menjadikan kami hambaNya yang tahu menilai erti rahmat.Mudah-mudahan kami bersyukur serta bersabar atas setiap pemberian dan ujian.

Isobel Street..

No comments: