Pages

Wednesday, March 17, 2010

Itu sahabat namanya..

Cuaca yang agak dingin di waktu pagi ditambah dengan hembusan angin sepoi-sepoi mewujudkan rasa damai di hati. Keletah anak kecil umairah ( the litle princess) sangat menghiburkan diri..Cerdik,manja,comel dan lucu sekali..Oh..TUHAN..rindu itu bertamu lagi...

Si kecil umairah berbaring manja di pangkuanku."Kak tie,mintak maaf menyusahkan kak tie lagi, Sheeda nak mintak tolong tengokkan umairah hari nih,abang kena baiki pagar rumah tu,sheeda pulak ada meeting dengan supervisor."Suara lembut Sheeda menelefon aku pagi tadi. Selembut dan secantik si empunya diri meluahkan harapan memohon bantuan. Ada nada serba salah pada suaranya andainya dia bakal menyusahkan aku. Sungguh!! Timbul rasa dihargai dalam diriku. Dapat kurasakan aku bagaikan di hati mereka. Masakan tidak..aku menjadi pilihan. Bagiku,jalinan persahabatan yang terjalin suatu yang tidak ada galang gantinya. Teman di kala susah dan senang.

Aku masih ingat..Tika aku terlantar di hospital di bumi orang ini..sheeda dan suaminya antara orang yang tak pernah lupa menziarahi ku setiap hari..Teman-teman tak pernah putus-putus datang semata-mata menghulur makanan buatku dan suami. Tidak kurang yang menjenguk anak-anakku di rumah saban waktu..subhanallah.Ku katakan pada suami"Bang..Kita tak pernah memberi apa-apa pada mereka namun mereka tak pernah jemu menziarahi,menjenguk,menemani,menolong kita saban hari.""Itulah sahabat namanya ummi" Perlahan suamiku bersuara.

Ketika perkhabaran arwah ayah sakit dan meninggal...Hadi dan muni tak lekang berada di sisi ku..memberi sokongan yang menguatkan hati dan semangat.Tika aku terpaksa pulang dan meninggalkan suami dan anak di bumi orang..merekalah tempat suami dan anak2 menumpang perhatian.. Mereka terlebih dahulu menghulurkan tangan itu tanpa diminta.. hanya mampu kuungkap perkataan "terima kasih" lantaran hanya Allah yang mampu membalasnya..Subhanallah..Betapa nikmat ukhuwwah keranaMu ya Allah..sungguh bernilai dan bererti..


Segala itu tak pernah padam dari hati ini.Selagi hayat dikandung badan..dengan izin Yang Maha Esa..aku masih mengingati dan mendoakan semua teman-teman yang banyak berjasa dan berbudi pada diri ini..Untuk ku ulang sebut segala jasa dan budi mereka mengundang rasa bersalah dalam hati..Aku tak pernah berkesempatan untuk membalas kebaikkan mereka semua.Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan..ameen.

"Tak pe Sheeda..bawaklah umairah ke sini. Sheeda jangan kata macam tuh."Sementelahan aku sendiri sukakan anak kecil itu, justeru bagaikan mata mengantuk disorong bantal aku menerima kehadiran si kecil litle princess erti namanya dengan penuh senang hati.
Seperti biasa dua putera sangat gembira mendapati Umaira di rumah kami tika pulang dari sekolah..masing-masing begitu teruja mahu mendukung si kecil itu"Jangan dukung dia..nanti kesian umminya..terpaksa dukung umaira kat rumah..umminya kan pregnant."

Suka duka berada di rantauan ini banyak menguja diri. Menjadikan diriku lebih menghargai suatu yang ku terlepas pandang suatu ketika dulu. Itulah erti persahabatan dan persaudaraan yang sedang kunikmati ini.. "Ummi..ummi rasa tak kelainan yang dirasai tatkala bersama dengan kawan-kawan di sekeliling kita?"..Ku teringat pertanyaan suami suatu ketika dulu.."Apa maksud abang?" Aku bertanya kembali" YA lahhh..di sekeliling kita ni ramai orang..semua boleh kita anggap kawan..tapi ada certain2 orang yang hubungan kita dengan mereka terasa ada kelainan.." "Maksud abang??" Aku memandang suami "Hubungan tu terasa seperti ada suatu yang istimewa..sukar untuk digambarkan dengan kata-kata..hanya hati yang merasai dan mampu berkata" Ujar suami dengan perlahan."Ummi faham maksud abang..teman yg menjadi tempat kita berkongsi ilmu dan nasihat saban minggu..teman yang sentiasa berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran di setiap waktu tidak sama dengan teman yang kita hanya berkongsi gelak dan tawa di waktu tertentu..Betull..kita akan terhibur tika bersenda gurau waktu bertemu namun kita terasa seperti ada lubang kekosongan yang menjadi jurang antara kita dan mereka."Aku cuba berkata jujur..meluahkan yg terbuku di hati " Tapi teman yang menjadi tempat kita berkongsi ilmu,nasihat,pesanan..kemesraan yang terjalin itu terasa lebih bermakna dan terisi...Tak tahulah kut abang sorang je yang terasa begitu.."Suamiku menambah kata.

Hakikatnya aku membenarkan kata-kata suami..kerana aku jua merasainya..Persaudaraan dan ukhuwwah yang terbina oleh bibit-bibit ilmu,nasihat dan iman akan lebih bermakna dari persaudaraan yang tercipta oleh bibit-bibit senda dan gurau semata.. Semoga Allah merestui dan meredhai ukhuwwah yang terbina.

Secebis rasa..
Isobel street

No comments: