Pages

Friday, March 26, 2010

Analogi Kentut

Melepasi Tonkin Highway, kereta meluncur laju membelah lebuhraya Leach Highway.Kenderaan agak banyak di waktu pagi begini. Namun tidaklah sesesak bandar kuala Terengganu mahupun Pekan Bt 6. Kalau di Malaysia pastinya kereta bergerak terlalu lambat.Bagi pemandu separuh senior seperti saya pastinya agak kelam-kabut apabila banyak motosikal mencelah sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Pemandangan seperti itu agak pelik ditemui di sini..mungkin kerana kepadatan penduduk yang tidak seberapa atau mungkin barangkali sikap pemandu di sini lebih berhemah dan sopan..

Tiba-tiba teringat kata-kata Ilham Hamdani..kalau nak menulis..jangan tangguh-tangguh.Berapa ramai anak Malaysia yang dahagakan tulisan yang ada sentuhan keagamaan, namun hanya sedikit yang ada di pasaran. Tak mampu memenuhi keperluan.

Buktinya lihat sahaja novel-novel Islamic yang ada sekarang. Jualannya begitu hangat mendapat sambutan.Tapi berapa kerat sangat yang dapat dihasilkan..Ohhh.....

"Tapi ummi tak suka tulis novel..rasa macam banyak berkhayal lah pulak dan kuat berangan.."Aku luahkan rasa di hati..yang sekian lama sudah dirasai."urmm...khayal dan angan yang tak de isinya..tu lain cerita." Suamiku pantas menjawab"Apa lainnya bang?" " macam orang kentut..kalau kentutnya tu wangi..lalu kewangiannya itu memberi manfaat semua orang di sekeliling..hilang sudah nama kentutnya itu..Timbul wanginya lah pulak" Suamiku beranalogi mudah."A aa..ya tak ya jugak".Aku mengangguk bersetuju

"Kenapa tidak ita pindahkan segala kefahaman ilmu yang kita dapat dan pengalaman yang kita lalui dalam bentuk penulisan.Barangkali ramai di luar sana yang akan dapat mengambil manfaat."

"Ulama dan cendikiawan Islam dulu dan sekarang tidak pernah lupa untuk menulis.Selain ilmu yang disampaikan lisan.. mereka juga mencatit dan menulisnya dalam bentuk tulisan"

"Bayangkan berapa banyak pahala ganjaran yangdikurniakan TUHAN akan diperolehi secara berterusan andainya tulisan diambil manfaat orang".

SUBHANALLAH...

Isobel street..

No comments: