Pages

Thursday, May 22, 2008

Sembang Malam

(Gambar aku,Azza dan Kak Su tika kami berbarbeque sempena kepulangan Kak Hanum sekeluarga ke Malaysia on October 2007)

Mata yang mengantuk ini tiba-tiba menjadi segar kembali"Tie..ada someone tegur tu!"Beritahu suamiku sambil menjuih mulutnya pada laptop ku. Dia sejak sehari dua ini berhempas pulas menyiapkan final assignment tentang Taiwan sovereignty.

Aku bingkas bangun dan menjenguk pada skrin komputer.Bukannya ada sesiapa tegur, tapi salah seorang rakan baik kami baru je online yms.Alang-alang bangun hingga hilang rasa mengantuk kusapa teman dengan ucapan salam dan bertanya khabar.

Sambil menaip patah-patah perkataan,aku pasangkan niat tak mahu menggaggunya,mana tahu dia sedang menyusun fakta dan menulis untuk thesis Masternya itu."waalaikumusssalam,Alhamdulillah,"dia membalas sapaanku. "Tie ada webcam tak?"Dia bertanya lagi."Emmm..ada,tapi..webcam kami pandai berjalan sendiri merata-rata,entah ke mana lesapnya.."Aku membalas sambil mata melilau mencari webcam kami.

Tiba-tiba"Triiiit..triiit..."Rupanya dia membuat panggilan pula..Tidak sempat menjawab, aku membuat panggilan kembali.Seperti sudah lama tak berjumpa dan bersembang,alhamdulillah banyak perkara yang kami bualkan."Macammana kehidupan di Perth?"Walaupun soalan ini sudah berkali di tanya dan di jawab tika chatting tapi rasa tak sempurna kalau tak disebut,dia memulakan bicara."Alhamdulillah..baik..Ikin macammana pula?Tentu seronokkan belajar kat UIA?"Aku bertanya balik temanku."Alhamdulillah..suka sangat,banyak benda dan pengalaman baru yang saya dapat belajar di sini,ia seolah membuka mata dan fikiran untuk melihat dalam skop yang lebih luas." Bersungguh-sungguh dia memberitahuku.Aku faham benar,sejak dulu lagi dia memang berminat benar nak belajar kat UIA walaupun dan belajar hingga ke Oversea."Betul kin..lain tempat yang kita pergi..lain pengalaman yang kita dapat."

'Tapi Tie..kat sini macam-macam jenis orang yang saya jumpa..cukup lengkap..ada Wahabi,salafi dan macam-macam lagi.."Dia berkata lagi"Bagi saya kin..kita tak mampu nak bawak semua orang pada satu pendapat..Tapi sebagai seorang yang mengaku bahawa dia seorang yang mencintai Islam dan mendukung Islam sewajarnya dia menghormati orang lain juga."Aku menambah dan cuba memberi pendapatku."Saya setuju Tie..Saya pun lebih suka pada pendekatan yang natural namun dalam masa yang sama saya ada hujjah dan pendirian sendiri. So dengan cara tu saya bebas pergi ke majlis ilmu mana yang saya nak pergi. Kalau ada kesempatan saya akan bertanya dan kemukakan pandangan saya." Panjang lebar dia berkata, aku mengangguk kepala.Dalam hati, aku memang percaya dia boleh buat semua ni.Sejak zaman sekolah lagi dia memang suka bertanya dan mencari benda-benda baru.

"Macam sekarang..banyak pertubuhan-pertubuhan yang ditubuhkan,kebanyakkannya mahu membawa mesej Islam. So bagi saya,jangan kita saling buruk-memburukkan organisasi lain.Pada pandangan saya, kita wajar saling menghargai dan dalam masa yang sama kita ada prinsip sendiri. Hatta jemaah tabligh pun tak sepatutnya kita burukkan walaupun ada something kita tak setuju dan berbeza pendapat dengan mereka. Sebab mereka pun ada sesuatu yang telah mereka sumbangkan untuk perkembangan Islam." Terlanjur buka topik tersebut..aku cuba huraikan lagi pendapatku.Mana tahu kami boleh berkongsi something untuk manfaat bersama.Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Di kala manusia suka mencaci para pendukung Islam..menghina para ulama yang ikhlas berkhidmat. Siapalah kita untuk menghina mereka. Apa sumbangan kita untuk agama kalau nak dibandingkan dengan sumbangan mereka yang bertahun-tahun mengajak manusia untuk memahami dan menghayati agama.

Teringat kata-kata seorang teman (menantu seorang guru pondok di Kelantan) yang sama-sama mengajar di kolej dulu .Ayah mertuanya pernah berpesan"Jangan kita kurang ajar dengan orang alim (ulama) kelak hidup kita tak berkat."

Ummu Mujahid
Perth

No comments: